[pa.sar] | ڤاسر
Definisi : bangunan atau kelompok gerai dsb tempat menjual (biasanya) barang-barang makanan keperluan sehari-hari, tempat (lapangan dsb utk) orang berjual beli: ~ Chow Kit di Kuala Lumpur; lebuh pekan ~ pun penuh dgn kedai; ~ amal (derma, ria) pasar yg diadakan oleh badan amal dll utk mengutip derma; ~ besar pasar (tempat menjual ikan, sayur, dll) yg terbesar di sesuatu tempat; ~ borong pasar tempat menjual barang-barang dagangan secara borong atau banyak-banyak kpd peniaga runcit; ~ gelap tempat berjual beli yg tidak dibenarkan menurut undang-undang (barang-barang yg diharamkan dll); ~ lambak tempat menjual barang-barang murah yg dilambakkan (spt di tepi jalan dll); ~ malam a) pasar pd waktu malam; b) tempat diadakan bermacam-macam pertunjukan (tempat makan dll) yg dibuka utk beberapa hari pd waktu malam; ~ mini kedai moden yg tidak berapa besar yg menjual barang-barang makanan (biasanya dlm tin, bungkusan, dsb) dan barang-barang keperluan sehari-harian secara layan diri; ~ modal = pasaran modal (Eko) badan (lembaga) kewangan yg meminjamkan wang (bank dll); ~ raya kedai moden yg besar yg menjual berbagai-bagai barang makanan (biasanya dlm tin, bungkusan, dsb) dan barang-barang keperluan lain secara layan diri; ~ tahunan pasar yg ada bermacam-macam pertunjukan dll yg diadakan tiap-tiap tahun; ~ tani pasar yg khusus utk para petani memasarkan terus hasil-hasil pertanian mereka kpd orang ramai; memasarkan 1. menjual sesuatu di pasar; 2. memperdagangkan: ~ barang-barang pengeluaran; pasaran 1. kawasan atau lingkungan tempat penjual dan pembeli berhubungan (berjual beli); 2. lingkungan (keluasan, kemungkinan, dsb) perniagaan yg memberi kesempatan utk penjualan barang-barang atau perkhidmatan: kita harus bekerja keras utk mencari ~ di luar negeri; 3. permintaan pembeli atau penawaran penjual: bukunya mendapat ~ baik selama beberapa minggu di Amerika; pegawai ~ orang yg bertugas memperluas (mencari dll) pasaran utk barang-barang; 4. kualiti kurang baik (barang dagangan); ~ bebas (Eko) kawasan tempat orang berjual beli dgn bebas tanpa sekatan harga (banyaknya); ~ bersama (Eko) beberapa negara yg meniadakan (menghapuskan) cukai antara mereka dan mengenakan cukai import yg sama terhadap negara lain; ~ buruh pasaran yg berkaitan dgn penawaran dan permintaan tenaga manusia; ~ dlm negeri pasaran terhad di dlm negeri; ~ dunia pasaran di negaranegara di dunia (antarabangsa); ~ saham tempat berjual beli saham; ~ terbuka pasaran yg tidak dikenakan sekatan atau rintangan (terbuka kpd semua peniaga) dgn harga barang bergantung pd penawaran dan permintaan; ~ wang (Eko) pusat (tempat) berjual beli mata wang luar (emas dll); pemasaran perihal atau perbuatan memasarkan: rancangan ~ utk pekebun-pekebun kecil; Lembaga P~ Pertanian Persekutuan badan yg membantu (menguruskan dll) penjualan hasil-hasil pertanian; pemasar pihak (orang, firma dsb) yg memasarkan sesuatu produk, perkhidmatan dsb: ~ utama benih kayu jati tempatan; ~ pakaian berjenama itu sanggup membiayai kos pengiklanan yg agak besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pa.sar] | ڤاسر
Definisi : Mn licin (bkn jalan yg mati rumputnya kerana selalu dilalui); ~ jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang prb Mn orang tentu menjadi mahir dlm sesuatu lapangan kalau selalu mengerjakannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pa.sar] | ڤاسر
Definisi : 1 tempat orang berjual beli; pekan: Saya hendak ke ~ membeli sayur. 2 perdagangan mengenai barang-barang tertentu saja: ~ getah; ~ wang. ~ amal (derma) pasar yg diadakan utk mengutip derma. ~ besar pasar yg terbesar di sesuatu kawasan tempat barang makanan spt ikan, sayur, dan buah-buahan dijual. ~ borong pasar tempat barang-barang dijual secara borong. ~ gelap a. tempat barang-barang yg terlarang di sisi undang-undang dijual. b. jual beli secara haram atau melanggar undang-undang. ~ malam a. pasar yg diadakan pd waktu malam: berniaga di ~ malam. b. tempat berbagai-bagai pertunjukan dll diadakan utk beberapa malam saja. ~ minggu pasar yg diadakan seminggu sekali saja (pd hari minggu). memasarkan menjual barang-barang dagangan; memperdagangkan: Pihak MARA telah berusaha ~ kain batik ke luar negara. pasaran 1 permintaan atau pembelian atas sesuatu barang: Kasut buatan tempatan mendapat ~ yg baik di luar negara. 2 peluang perdagangan atau penjualan: ~ luar negara. pemasaran perbuatan atau hal memasarkan (sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)