[pe.me.ri/.sa.an] | ڤمريقساءن
Definisi : 1. perbuatan memeriksa, penyelidikan, penelitian, pengusutan: di hospital, doktor telah menjalankan ~ terhadapnya utk menentukan jenis penyakit yg dihidapinya; 2. hasil atau pendapat drpd memeriksa: ~ yg baik akan memberi panduan kpd kanak-kanak dlm pelajaran mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pe.me.ri/.sa.an] | ڤمريقساءن
Definisi : perbuatan atau hal memeriksa: Pusat Penyelidikan Getah Tanah Melayu selalu mengadakan ~ ke atas kilang-kilang yg mengeluarkan getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)