[pe.rem.puan] | ڤرمڤوان
Definisi : 1. wanita, lwn laki-laki: ~ itu isteri dia; raja ~ permaisuri; penyakit ~ penyakit sifilis; 2. isteri: ~nya orang Minangkabau; ~ gatal perempuan yg suka akan laki-laki; ~ jahat =~ jalang pelacur; ~ joget perempuan penari joget; ~ jungkat perempuan gatal; ~ simpanan perempuan yg dijadikan teman utk tujuan seks tanpa ikatan perkahwinan yg sah; ~ melangkahi ular tiada lepas prb perihal kelemahan perempuan; bagai bunyi ~ di air prb sangat bising (riuh-rendah); keperempuanan perihal sifat perempuan: kelakuan Rahimah sehari-hari memberi gambaran yg nyata tentang isi hati ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pe.rem.puan] | ڤرمڤوان
Definisi : 1 jenis manusia sbg pasangan kpd lelaki; jenis manusia yg umumnya akan atau dpt melahirkan anak: Anaknya tiga orang, iaitu dua orang lelaki dan seorang ~. 2 teman hidup bagi lelaki; isteri: ~nya orang Pahang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)