[pu.la] | ڤولا
Definisi : 1. sekali lagi, berulang lagi, datang lagi, kembali lagi: kelmarin sudah tidak hadir, hari ini tidak hadir ~; nampaknya saya ini dicalonkan ~; 2. = lagi ~ lebih-lebih lagi, tambahan lagi: memang ia mempunyai kelayakan, lagi ~ ia seorang yg sangat suka berkhidmat; istimewa ~ lebih-lebih lagi; 3. juga (sama halnya dgn yg terdahulu): saya pun demikian ~; saya ~ yg menyokongnya; 4. gerangan, konon (yg bererti tah): apa ~ yg mengganggui fikirannya itu?; apa ~ ertinya hidup seorang yg telah putus harapannya? (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pu.la] | ڤولا
Definisi : 1 agaknya; gerangan: Siapa ~ yg datang malam-malam begini? 2 berulang lagi; sekali lagi: Pagi tadi sudah datang, sekarang datang ~. 3 juga: Ada ~ orang yg menyokongnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)