Definisi : (réman); tahanan ~ a) tindakan menahan seseorang selepas mendapat perintah drpd mahkamah bagi tujuan siasatan, dlm tempoh tertentu: sebelum ini dia pernah ditahan utk siasatan berhubung dgn pembunuhan itu tetapi dibebaskan selepas tempoh tahanan ~ tamat; b) seseorang yg ditahan selepas mendapat perintah drpd mahkamah bagi tujuan siasatan, dlm tempoh tertentu; mereman menahan seseorang yg dituduh melakukan jenayah ke dlm tahanan (penjara atau lokap) utk siasatan lanjut sementara menunggu perbicaraan dsb: mereka tidak dibenarkan ikat jamin dan direman sehingga kes mereka disebut semula di mahkamah; semua lelaki berkenaan direman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : Pr kayu atau buluh kecil (spt jarum) yg diikat pd tali dan menyebabkan perangkap tertutup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : /réman/; tahanan ~ a. tindakan menahan seseorang bagi tempoh tertentu selepas mendapat perintah mahkamah bagi tujuan siasatan: Dia dibebaskan selepas tempoh tahanan ~ tamat. b. orang yg ditahan bagi tempoh tertentu selepas mendapat perintah mahkamah bagi tujuan siasatan. mereman menahan seseorang yg dituduh melakukan kesalahan jenayah, atau menghantar balik seseorang ke dlm tahanan (penjara atau lokap) utk siasatan lanjut sementara menunggu perbicaraan: Mereka tidak dibenarkan ikat jamin dan direman hingga kes mereka disebut semula di mahkamah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)