Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.rat] | سورت

Definisi : 1. kertas yg ditulis, segala sesuatu yg tertulis (tercetak dll): maka dikeluarkannya dua gulung ~; juru~ orang yg menulis surat (penulis); 2. = ~ kiriman kertas yg ditulis (mengandungi khabar dll) dan dikirim kpd orang lain: dia baru menerima ~ drpd ayahnya; peti ~ peti (di tepi jalan, di pejabat pos) tempat mengepos surat; sampul ~ = sarung ~ selongsong drpd kertas (tempat memasukkan surat yg hendak dikirim); tukang ~ Id tukang pos; 3. sesuatu yg ditulis, tulisan: dlm zaman itu, belumlah ada seorang pun yg terlebih pandai bahasa dan ~ Cina daripadanya; ~ akuan surat yg ditulis utk memperakukan sesuatu (spt barang jualan, kelayakan seseorang, dsb); ~ anggota Id surat tanda ahli sesuatu pertubuhan dll; ~ angkatan Id surat rasmi utk menjabat sesuatu jawatan; ~ anonim surat yg tidak diketahui penulisnya; ~ azimat kertas yg bertulis dgn ayat tertentu sbg tangkal dll; ~ bahari ark surat yg menge­sahkan penerimaan, resit; ~ beranak = ~ jadi = ~ lahir surat keterangan mengenai ke­lahiran dll; ~ berdaftar surat kiriman yg didaftarkan di pejabat pos (supaya tidak hilang); ~ berhenti a) surat pengesahan berhenti (dr sekolah) yg diberi oleh guru besar; b) surat memohon berhenti drpd jawatan; c) surat dipecat drpd jawatan; ~ belasungkawa surat utk menyatakan turut berdukacita; ~ buta = ~ gelap = ~ kaling = ~ mentega surat yg tidak diketahui penulisnya (khas utk meng­kritik dll); ~ cap surat yg rasmi; ~ cara dokumen undang-undang spt geran, kontrak, dsb; ~ cepat Id surat (penting) yg mesti disampaikan lekas-lekas; ~ cerai = ~ talak surat yg menyatakan bahawa si isteri telah diceraikan oleh suaminya; ~ dakwa surat yg mengandungi tuduhan yg dibacakan di hadapan hakim; ~ daftar senarai; ~ dinas Id = ~ jawatan surat urusan kerajaan (tidak dikenakan bayaran pos); ~ doktor surat pengesahan drpd doktor (menyatakan seseorang itu uzur dan tidak dapat bekerja); ~ edaran = ~ keliling = ~ pekeliling surat yg diedarkan (utk pengetahuan umum); ~ gadai a) surat tanda meminjam wang dgn meng­gadaikan barang; b) Id surat penetapan cukai; c) Id surat izin (senjata api dll); ~ hasrat (Eko) surat yg menyatakan keinginan seseorang atau sesuatu pihak utk melaksanakan kontrak, projek dsb; ~ hutang surat penga­kuan telah meminjam wang drpd orang; ~ ikatan (Eko) dokumen yg sah bagi perjanjian atau persetujuan antara pihak yg terlibat; ~ insurans surat perjanjian mengenai insurans, polisi; ~ iringan surat penjelasan yg dihantar bersama-sama dgn dokumen, barang dsb; ~ isian Id surat yg harus diisi, borang; ~ izin = ~ kebenaran surat yg menyatakan bahawa pemegangnya diberi izin atau kebenaran utk melakukan (memiliki) sesuatu; ~ jaminan surat utk menjamin sesuatu (kelakuan baik orang dll); ~ jemputan = ~ undangan surat utk menjemput orang datang (ke majlis perkahwinan dll); ~ kahwin = ~ nikah surat pengesahan perkahwinan; ~ kawat telegram; ~ keberatan Id surat yg menyatakan ber­keberatan; ~ kenalan surat utk memperkenal­kan seseorang dll; ~ kepercayaan Id surat yg menyatakan bahawa pemegang surat itu telah dilantik menjadi wakil dll; ~ keterangan surat yg memberi keterangan bkn sesuatu; ~ kiriman surat yg dikirimkan dgn pos; ~ kredit (Eko) dokumen drpd sebuah bank kpd bank lain yg membenarkan pembayaran dibuat kpd penamanya apabila syarat telah dipenuhi, biasanya diperlukan oleh pengeksport sbg bukti kemampuan pengimport membayar beliannya; ~ kuasa surat yg memberi kuasa kpd orang tertentu utk mengurus sesuatu; ~ layang = ~ terbang surat yg tidak diketahui penulisnya (biasanya surat yg mengecam, menyebarkan berita buruk atau berita palsu, dll); ~ lepas a) surat cerai; b) surat yg menyatakan sudah diberhentikan drpd jawatan; ~ mati surat keterangan tentang kematian; ~ nujum surat yg mengandungi hal bintang raksi (bintang dua belas); ~ paksa Id surat amaran yg diberikan kpd orang yg tidak membayar cukai; ~ partikelir Id surat yg bukan surat urusan kerajaan (bukan surat jawatan); ~ pas surat yg mengizinkan pembawanya lalu (membawa sesuatu dll); ~ pelekat surat iklan dll yg ditampalkan di mana­mana; ~ pemberitahuan surat utk mem­beritahukan sesuatu kpd orang; ~ pemilih = ~ suara Id surat utk memilih (wakil rakyat dll); ~ pengantar Id surat yg dikirim bersama barang yg dihantar; ~ perintah = ~ tugas Id surat yg menerangkan bahawa pembawanya ditugaskan (diperintahkan) utk melakukan sesuatu; ~ perjanjian surat yg menyatakan perjanjian yg telah dibuat; ~ permintaan = ~ permohonan a) surat utk meminta sesuatu drpd pembesar dll; b) surat utk melamar pekerjaan; ~ pujian = ~ puji-pujian a) surat yg menyatakan kebaikan sesuatu; b) surat yg mengandungi puji-pujian terhadap jasa orang dll; ~ rantai = ~ berantai surat yg dikirimkan kpd orang dan mesti disalin dan dikirimkan pula kpd orang lain; ~ rayuan surat yg mengandungi rayuan (supaya diringankan hukuman, diperkenankan permohonan, dll) kpd pembesar-pembesar dll; ~ salinan surat yg disalin dr surat asal; ~ saman = ~ sita surat yg mewajibkan orang hadir di muka hakim (di mahkamah); ~ sebaran = ~ selebaran surat yg dibahagi-bahagikan kpd orang ramai (mengandungi pengumuman utk orang ramai dll); ~ segel Id surat yg bercap (utk perjanjian dll); ~ sembah sl surat tanda tunduk (kpd raja lain); ~ sumpah a) surat pengganti surat beranak yg hilang (dikeluarkan oleh kerajaan); b) surat ikrar atau janji yg teguh; ~ syer surat yg menandakan seseorang memiliki syer (dlm sesuatu syarikat perdagangan dll); ~ tanda surat bukti atau pengakuan (resit, sijil, dll); ~ tempelan Id surat pelekat; ~ terbuka a) surat yg tidak dimasukkan ke dlm sampul surat; b) surat kpd orang tertentu yg disiarkan di dlm akhbar dll (sbg menyatakan bantahan dll); ~ tercatat = ~ terdaftar Id surat berdaftar; ~ titah surat yg mengandungi titah raja; ~ tuduhan surat yg mengandungi tuduhan; ~ tukar nama surat yg mengesahkan pertukaran milik (tanah, syer, dll); ~ ugutan surat yg mengugut atau mengancam; ~ ukur Id surat yg mengandungi pelan tanah serta pelan rumahnya sekali; ~ uleman Id surat jemputan; ~ undi (undian) a) surat yg berisi nombor utk mengundi; b) tiket loteri; ~ wakil surat yg membenarkan pembawanya bertindak sbg ganti orang yg mengeluarkan surat itu; ~ wasiat surat yg mengandungi pesanan orang yg meninggal; ~ atas batu prb sesuatu adat yg terus dipakai selama-lamanya; bersurat 1. memakai surat; para jemputan yg tidak ~ para jemputan yg dijemput dgn mulut (tidak dgn surat); 2. ditulis, bertulis; batu ~ prasasti; menyurat 1. membuat surat: ia pun meng­ambil upah ~; 2. menulis: kerjanya ~; se­bagai ~ di atas air prb pekerjaan yg sia-sia; surat-menyurat 1. saling berkirim surat, berkirim-kiriman surat: selepas banyak ~ antara London, Calcutta dan Singapura, Tengku Ali pun diberi wang sara; 2. perihal tulis-menulis surat, karang-mengarang surat; kerani ~ kerani yg mengurus hal surat (di pejabat dll); menyurati 1. menulis pd, menulisi; 2. menulis (mengirim) surat kpd; menyuratkan 1. menulis utk: suratkan ham­ba cerita ini; 2. menulis sesuatu pd: dirham itu disuratkan nama Raja Iskandar; 3. menulis, mencatatkan: dan hutang hamba suratkan saja dahulu, nanti diselesaikan semuanya; tersurat 1. telah ditulis, tertulis, tercatat: pembaca tidak tahu akan maksud yg ~ itu; 2. telah ditakdirkan: kalau gerak takdir telah ~, entah hilang anakanda di laut lepas; suratan 1. sesuatu yg disurat, tulisan: apabila aku lihat akan ~ kitab itu, hairan besarlah aku, sebab belum pernah aku melihat surat Melayu yg dibubuh cap; 2. = ~ takdir sesuatu yg telah ditetapkan oleh Tuhan, nasib, takdir, untung malang: ia datang ke mari bukan kerana hatinya, tetapi kerana nasibnya dan ~; ~ tangan a) garis-garis (retak) pd tapak tangan; b) suratan takdir; persuratan perihal tulis-menulis, kepus­takaan, kesusasteraan, perpustakaan: cerita Siti Zubaidah dan Perang China ini telah lama tersiar di dlm ~ Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.rat] | سورت

Definisi : ark bahagian (bab) dlm Quran; ®surah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.rat] | سورت

Definisi : 1 kertas yg berisi tulisan; kertas yg bertulis: Segala ~ perjanjian itu disimpannya di dlm sebuah peti. 2 = ~ kiriman kertas yg berisi berita dll dan dikirim kpd orang lain: Pagi tadi saya telah menerima sepucuk ~ drpd sahabat saya di Jerantut. ~ beranak (jadi, lahir) surat yg berisi keterangan ttg kelahiran seseorang. ~ berdaftar surat kiriman yg didaftarkan supaya tidak hilang. ~ buta (layang, terbang) surat yg tidak diketahui penulisnya (biasanya bertujuan utk mengecam dsb). ~ doktor surat drpd doktor yg menyatakan bahawa sese­orang itu sakit dan tidak dpt bekerja. ~ edaran (keliling, pekeliling) surat yg diedarkan kpd orang ramai utk memberitahukan sesuatu. ~ gadai surat tanda meminjam wang dgn menggadaikan barang. ~ izin (kebenaran) surat yg menyatakan bahawa pemegangnya dibenarkan me­lakukan sesuatu. ~ jemputan (undang­an) surat utk mengundang orang datang menghadiri sesuatu majlis dsb. ~ kahwin (nikah) surat yg menandakan bahawa sesuatu kelamin itu telah berkahwin dgn sah. ~ keterangan surat yg berisi keterangan mengenai sesuatu. ~ kuasa surat yg memberi kuasa kpd seseorang utk melakukan atau utk mewarisi sesuatu. ~ mati surat yg mengesahkan kematian seseorang. ~ perjanjian surat yg berisi butir-butir perjanjian yg telah dibuat. ~ permintaan (permohonan) surat utk meminta atau utk memohon sesuatu. ~ pujian (puji-pujian) surat yg berisi puji-pujian ttg sesuatu. ~ rayuan surat utk merayu ttg sesuatu. ~ salinan surat yg disalin drpd surat asal. ~ saman surat yg menuntut seseorang hadir di mahkamah utk dibicarakan. ~ sumpah a. surat yg dikeluarkan oleh kerajaan utk mengganti surat beranak. b. surat yg menandakan bahawa seseorang itu telah mengangkat sumpah. ~ terbuka a. surat yg tidak bersampul. b. surat yg disiarkan di akhbar-akhbar. ~ wakil surat yg membolehkan pembawanya bertindak sbg wakil kpd orang yg mengeluarkan surat itu. ~ wasiat surat yg menyatakan bagaimana dan kpd siapa seseorang itu mahu hartanya dibahagi-bahagikan setelah ia mati. bersurat 1 ada suratnya; memakai atau menggunakan surat: jemputan ~ jemputan yg dibuat melalui surat. 2 ada tulisan di atasnya; bertulis: batu ~. menyurat 1 membuat surat; menulis surat: Dia telah mengambil upah ~. 2 membuat tulisan; menulis. surat-menyurat 1 hal mengenai tulis-menulis surat; hal mengenai karang-mengarang surat: kerani ~. 2 saling berkirim surat: Telah banyak ~ antara mereka, akhirnya mereka ke jinjang pelamin jua. menyurati menulis atau mengirim surat kpd: Setiap bulan, saya ~ ibu di kampung. menyuratkan 1 menulis atau mencatat sesuatu dlm bentuk surat. 2 ki menentukan terlebih dahulu; mentakdirkan: Tuhan yg ~ hidup kita begini. tersurat 1 telah ditulis atau disuratkan; tertulis: Kita hendaklah memahami apa-apa yg ~ dlm surat perjanjian itu. 2 sudah ditakdirkan: Sudah ~ agaknya bahawa engkau akan menjadi pembesar negara. suratan 1 apa-apa yg disuratkan; tulisan. 2 = ~ takdir sesuatu yg telah ditentukan oleh Tuhan; takdir; nasib. persuratan hal-hal bersurat; hasil drpd tulis-menulis: Hamzah Fansuri dan Munsyi Abdullah pasti akan tercatat dlm sejarah ~ Melayu. penyuratan hal (perbuatan dsb) me­nyurat atau menyuratkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
surat (kata nama)
Bersinonim dengan warkah, watikah;,
Kata Terbitan : tersurat, persuratan,

Puisi
 

Air ini air minuman,
     Air letak dalam gelas;
Surat ini surat kiriman,
     Harap juga abang balas.


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Surat atas batu,
     tidak akan pupus-pupus.

Bermaksud :

Sesuatu adat yang kekal. surat = kitab.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Thai Melayu Dewan

Kamus Thai 2.indb
่ อซึ่ งกำลังอ ่ านหนังสือพิมพ ์ Adik ร รก รบ Kamus Thai 2.indb 308 4/15/2008 11:11:59 AM ร 309 mengganggu ayah yang sedang mem- baca surat khabar. รบเร ้ า [-raw] ก mendesak: มาลีรบเร ้ า ให ้ สามีของเธอซื้ อรถคันใหม ่ Malee mendesak suaminya supaya membeli kereta baru. รม [rom] ก mengasapi: คนงานกำลัง รมยางแผ ่ น menyo­ kong Encik Samai menjadi ketua per- satuan. ลงชื่อ [-c:] ก menandatangani: ผู ้ ซื้ อบ ้ าน ต ้ องลงชื่ อในสัญญาซื้ อขายกับเจ ้ าของโครงการ Pembeli rumah hendaklah menan­ datangani surat jual beli dengan pi­ hak pemaju. ลงดาบ [-da:p] ก memancung leher, me- menggal leher: เพชฌฆาตลงดาบอาชญากร เมื่ อเวลาตีสี่ Algojo telah memancung leher penjenayah pada pukul empat pagi. ลงทะเบียน [-tabian] ก
Kamus Thai 2.indb
ทั้ งคู ่ ได ้ ไปจดทะเบียนสมรสที่ ที่ ว ่ าการอำเภอ Pasangan itu telah pergi mendaftar­ kan perkahwinan mereka di pejabat daerah. จดบันทึก [-bantk] ดู จด ² จดหมาย [-ma:y] น surat จดหมายลงทะเบียน [-ma:ylota- bian] น surat berdaftar จตุรัส [caturat] น segi empat sama จน¹ [con] ว miskin จนใจ [-cai] ก mati akal: ผมจนใจที่ จะหา ทางออกให ้ ป ั ญหาของคุณ Saya mati akal untuk menyelesaikan masalah ini
Kamus Thai 2.indb
yang ketat di lapangan terbang pada hari ketibaan Bush. แนบ [nε:p] ว 1 (เอกสาร) melampirkan: ฉันแนบรูปถ ่ ายสองใบพร ้ อมกับจดหมายฉบับนี ้ Saya melampirkan dua keping foto ber- sama-sama surat ini. 2 melekapkan: เขา แนบหูกับผนังห ้ องเพื่อฟ ั งการพูดคุยในห ้ องข ้ าง ๆ Dia melekapkan telinga ke dinding untuk mendengar perbualan orang di bilik sebelahnya. แนบเนียน [-nian] ว rapi lelaki itu amat memalukan. บัตร [bat] น kad บัตรประจำตัว [-pracamtua] น kad pengenalan บัตรเลือกตั้ ง [-lakta] น kertas undi บัตรสมนาคุณ [-sommana:kun] น baucar hadiah บัตรสนเท ่ ห์ [-sonte:] น surat layang บั่ น [ban] ก mengerat, memotong บั่ นทอน [-t:n] ก 1 mengurangkan: ยาเสพติดบั ่ นทอนภูมิต ้ านทานร ่ างกายของผู ้ เสพ Dadah mengurangkan daya tahan pe­ nagihnya. 2
Kamus Thai 2.indb
utuniyom- wi  ttaya:] น Jabatan Kaji Cuaca กรม กรม Kamus Thai 2.indb 5 4/15/2008 11:02:57 AM ก 6 กรมธรรม ์ [krommatan] น (เอกสาร ประกันภัย) surat jaminan กรรไกร [kankrai] น gunting = กรรไตร กรรเจียก [kanci  ak] ดู หู กรรเชียง [kancia] น kemudi กรรโชก [kanco:k] ก mengugut, me­ ngancam = กระโชก กรรณิกา [kanni  ka:] น bunga mempunyai waktu untuk berkebun. เกษียน [kasi ˇ :an] ก meminitkan: อธิบดี เกษียนหน ั งสือน ั ้นให ้ แก ่ เจ ้ าหน ้ าที่ ของเขา Ketua Pengarah meminitkan arahan tersebut pada surat itu kepada pegawainya. เกสร [ke:sn] น debunga เกสรตัวผู ้ [-tu:apu:] น stamen เก็บ เกสร Kamus Thai 2.indb 25 4/15/2008 11:03:07 AM ก 26
Kamus Thai 2.indb
apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. สงวนลิขสิทธิ์ ตามกฏหมาย ห ้ ามนำส ่ วนหนึ่ งส ่ วนใดของพจนาน ุกรมนี้ ไปลอกเลียน ผลิตขึ้ นใหม ่ ไม ่ ว

Kembali ke atas