Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
setsetSekumpulan unsur yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Set ditulis menggunakan tatatanda set { }. Contohnya, {2, 4, 6, 8} merupakan set yang terdiri daripada nombor genap kurang daripada 10.Menengah Atas
pengelasanclassificationProses mengumpulkan atau menyusun benda atau nombor mengikut ciri-ciri tertentu. Lihat ContohSekolah Rendah
pantulanreflectionPenjelmaan yang membalikkan titik-titik pada satu satah terhadap satu garis yang dikenali sebagai paksi pantulan. Ciri-ciri pantulan ialah (i) objek dan imej berada pada sebelah yang bertentangan dengan paksi pantulan. (ii) objek dan imejnya mempunyai jarak serenjang yang sama dari paksi pantulan. (iii) bentuk dan saiz imej adalah sama dengan objek, tetapi orientasinya terbalik. (iv) imej bagi suatu titik yang ada pada paksi pantulan ialah titik itu sendiri. Lihat rajahMenengah Atas
ciricharacteristicSifat yang khusus untuk membandingkan sesuatu dengan yang lain. Lihat ContohSekolah Rendah
sifatpropertyCiri sepunya yang terdapat pada set nombor, bentuk geometri dan penjelmaan. Contohnya, sifat pentagon sekata ialah mempunyai lima sisi dan lima sudut yang sama.Menengah Atas
sifatpropertyCiri yang dimiliki oleh sesuatu, seperti warna, ketinggian, berat dan seumpamanya. Contohnya, sifat sesuatu pentagon sekata ialah mempunyai 5 sisi dan 5 sudut yang sama.Menengah Rendah
teorem tembereng selang-selialternate segment theoremCiri yang menyatakan bahawa sudut dalam tembereng yang berselang-seli adalah sama. Lihat ContohMenengah Rendah

Kembali ke atas