dividen | dividend | Keuntungan yang diberikan kepada pelabur atau pemegang saham. | Menengah Rendah |
komisen | commission | Upah yang diberikan kepada seseorang apabila berjaya menjual sesuatu barang. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
dividen | dividend | Untung yang diberikan ke atas wang yang dilaburkan untuk perniagaan atau saham. | Sekolah Rendah |
deposit | deposit | Sejumlah wang yang diberikan sebagai bayaran permulaan ke atas pembelian barang atau harta. Deposit dikenali juga sebagai cengkeram atau wang pendahuluan. | Sekolah Rendah |
wang saku | pocket money | Wang yang diberikan oleh ibu bapa atau pihak lain untuk dibelanjakan. | Sekolah Rendah |
sebutan ke-n | nth term | Sebutan yang boleh mewakili sebarang nilai yang diberikan dalam satu persoalan matematik. Contohnya, jika n = 7, maka sebutan yang dimaksudkan ialah sebutan ke-7. | Menengah Atas |
tambah berulang | repeated addition | Operasi menambahkan kuantiti yang sama kepada nombor yang diberikan sebanyak bilangan tertentu. Contohnya, mencari jawapan kepada 3 × 4 ialah 4 + 4 + 4 = 12. | Menengah Rendah |