silang | intersect | Dua garis dikatakan bersilang apabila melepasi atau bertemu antara satu sama lain pada satu titik. | Menengah Rendah |
sudut penggenap | supplementary angle | Dua sudut yang berjumlah 180° dikatakan sudut penggenap antara satu sama lain. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
sudut pelengkap | complementary angle | Dua sudut yang berjumlah 90° dikatakan sudut pelengkap antara satu sama lain. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
matriks | matrix | Nombor yang disusun dalam m baris dan n lajur untuk membentuk susunan segi empat tepat. Matriks ini dikatakan matriks berperingkat m × n. Lihat Contoh | Menengah Atas |
anggaran | estimate | Perkiraan kasar sesuatu yang berkaitan dengan nilai, bilangan atau saiz. Contohnya, harga sebuah televisyen ialah RM999. Harga televisyen itu dikatakan lebih kurang RM1000. Nombor 999 menjadi 1000 apabila dibundarkan kepada ratus yang hampir sebagai anggaran harga bagi televesyin itu. | Menengah Rendah |