klasifikasi | classify | Menyusun sesuatu secara sistematik ke dalam kumpulan menurut kriteria yang ditetapkan. | Menengah Rendah |
tentu sah | verify | Proses untuk memastikan penyelesaian satu masalah adalah betul dengan memastikan jawapan tersebut memenuhi semua persamaan atau ketaksamaan dalam masalah yang berkenaan. Contohnya, tentu sahkan bahawa x = 3 merupakan penyelesaian kepada persamaan x² - 5x + 6 = 0. Apabila digantikan x = 3 ke dalam persamaan 3² - 5(3) + 6 = 0, maka 9 - 15 + 6 = 0. Oleh itu, 0 = 0 adalah sah. | Menengah Atas |
sebutan ke-n | nth term | Sebutan yang boleh mewakili sebarang nilai yang diberikan dalam satu persoalan matematik. Contohnya, jika n = 7, maka sebutan yang dimaksudkan ialah sebutan ke-7. | Menengah Atas |
altitud | altitude | 1. Jarak serenjang dari bucu ke tapak kon. 2. Jarak serenjang dari bucu ke tapak segi tiga. 3. Jarak serenjang antara dua garis selari dalam segi empat selari. Lihat Contoh | Menengah Atas |
pepenjuru utama | main diagonal | Pepenjuru dalam matriks segi empat sama yang bermula pada sudut kiri sebelah atas hingga ke sudut kanan sebelah bawah matriks. | Menengah Atas |
pepenjuru sekunder | secondary diagonal | Pepenjuru dalam matriks yang membentuk garis lurus bermula dari sebelah atas sudut kanan matriks hingga ke sebelah bawah sudut kiri matriks. Lihat Contoh | Menengah Atas |