Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.ku.kan] | ملاکوکن

Definisi : 1 menjalankan sesuatu tugas dll; mengadakan (sesuatu perbuatan, tindakan dll); mengerjakan: Mereka masuk ke rumah berhala kerana hendak ~ upacara penyembahan. 2 menjadikan laku; melariskan jualan: Dia ~ barang-barang di kedainya dgn membuat iklan. 3 membuat laku atau perangai (sbg); berperangai; bertabiat: Dia ~ dirinya spt anak raja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laku (adjektif)
1. Dalam konteks wang
bersinonim dengan sah, boleh digunakan,

2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,

Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku,

Peribahasa

Memanjat dedap.

Bermaksud :

Melakukan perbuatan secara nekad.

 

Lihat selanjutnya...(101)

253

More haste, worse speed

Jika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati).

Terlalu cepat jadi lambat

She was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. Haste makes waste.

Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Terlalu cepat jadi lambat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(56)

Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
tertib operasiorder of operationsKaedah melakukan operasi sama ada dengan operasi darab dan bahagi dari kiri ke kanan, serta tambah dan tolak dari kiri ke kanan.Menengah Atas
tertib operasiorder of operationsKaedah melakukan operasi dimulai dengan operasi × atau ÷ dari kiri ke kanan, dan + atau − dari kiri ke kanan.Menengah Rendah
pendapatanincomeWang yang diterima kerana melakukan pekerjaan termasuk gaji dan elaun. Lihat ContohSekolah Rendah
kiracalculateProses untuk mencari jawapan, biasanya dengan melakukan operasi menambah, menolak, mendarab atau membahagi sebarang nombor. Lihat ContohSekolah Rendah
kesudahan yang mungkinpossible outcomeHasil tertentu yang diperoleh apabila melakukan sesuatu uji kaji atau apabila sesuatu peristiwa berlaku. Contohnya, dalam uji kaji melambung sekeping duit syiling adil, kesudahan yang mungkin sama ada permukaan 'angka' atau permukaan 'gambar' syiling berada di sebelah atas.Menengah Atas
kumpul semularegroupMenyusun semula nombor dalam nilai tempat semasa melakukan operasi penambahan atau penolakan. Lihat ContohSekolah Rendah
tertib operasi aritmetikorder of arithmetic operationHukum yang menyatakan bahawa operasi aritmetik, iaitu melakukan operasi darab dan bahagi diikuti oleh operasi tambah dan tolak.Menengah Atas

Kembali ke atas