polinomial kubik | cubic polynomial | Polinomial yang kuasa tertinggi pemboleh ubahnya ialah 3. Contohnya, x3- 1, 4a3 - 100a2 + a - 6, dan m3n + mn. | Menengah Atas |
ketaksamaan kuadratik | quadratic inequality | Ketaksamaan yang melibatkan ungkapan kuadratik seperti ax2 + bx + c > 0, ax2 + bx + c < 0, ax2 + bx + c ≥ 0 dan ax2 + bx + c ≤ 0, dengan a≠ 0, a, b dan c ialah pemalar. | Menengah Atas |
hukum indeks | law of indices | Peraturan yang digunakan bagi menyelesaikan satu operasi yang melibatkan indeks. Contohnya, am x an = a(m+n). | Menengah Rendah |
fungsi kubik | cubic function | Fungsi yang berbentuk f (x) = ax3 + bx2 + cx + d, dengan a, b, c, d ialah pemalar dan a ≠ 0. Kuasa tertinggi pemboleh ubah ialah 3 dan hanya mempunyai satu pemboleh ubah. Lihat rajah | Menengah Atas |
asas | base | 1. Asas dalam tatatanda an merujuk kepada a. Contohnya, 24 = 16, asas ialah 2. log5 125 = 3, asas ialah 5. 2. Cara untuk mengungkapkan sistem pernomboran. Asas dalam sistem perpuluhan ialah 10. Nombor-nombor lain juga boleh wujud. Lihat Contoh | Menengah Atas |
polinomial | polynomial | Ungkapan yang berbentuk seperti berikut: a0xn + a1xn-1 + ... + anx + an dengan a0, a1, a2, ..., an merupakan nombor tertentu, n merupakan integer positif dan x ialah pemboleh ubah. | Menengah Atas |
indeks | index | Nombor yang menyatakan kuasa. Secara umumnya, an dengan n merupakan indeks bagi a. | Menengah Atas |
fungsi kuadratik | quadratic function | Fungsi yang berbentuk f (x) = ax2 + bx + c, dengan a, b, c ialah pemalar dan a ≠ 0. Kuasa tertinggi pemboleh ubah ialah 2 dan hanya mempunyai satu pemboleh ubah. Lihat rajah | Menengah Atas |
tatatanda indeks | index notation | Penggunaan nombor dalam bentuk indeks. Contohnya, a5. | Menengah Rendah |
terbitan | derivative | Perubahan sesuatu fungsi apabila inputnya mengalami perubahan. Contohnya, jika f(x) = x4, maka f (x) = 4x³. | Menengah Atas |