Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pin.dah] | برڤينده

Definisi : 1. beralih tempat (kediaman, ker­ja, dll), beranjak: dia mengajak isterinya ~ ke Brunei; dia ~ dr tempat duduk yg di hadapan ke tempat duduk belakang; 2. bertukar atau berganti (kenaikan, tempat, tajuk perbin­cangan, dll): datang pula fikirannya hendak ~ ke sekoci kecil; setelah membentangkan isi-isi penting, kita akan ~ kpd pembentangan pendapat yg asasi; 3. = berpindah­-pindah menjangkit, menular; ~ ke negeri yg baqa (ke akhirat) meninggal dunia, mati; ~-randah selalu berpindah­-pindah; ~ tangan berganti pemiliknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pin.dah] | برڤينده

Definisi : 1 beralih tempat (kediaman); pergi menetap ke tempat lain: Minggu depan saya akan ~ ke Kelang. 2 bertukar atau berganti kenaikan (tempat kerja dll): Sesampai di Melaka, mereka telah ~ bas. 3 = berpindah-pindah merebak atau menular (bkn penyakit): Kurap ialah sj penyakit yg mudah sekali ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
bebas. (BIO) allozyme (alozim) Bentuk protein yang berbeza akibat perbezaan alel. Bentuk ini dapat dikesan melalui teknik elektroforesis. (BIO) alluvial channel (alur aluvium) Dasar pada bahan endapan gembur yang boleh berpindah-pindah. (HID) alluvial deposit (mendapan aluvium) Lihat alluvium. (HID) alluvial plain (dataran aluvium/dataran lanar) Dataran yang terbentuk daripada mendapan bahan aluvium yang dihakis dari kawasan yang lebih tinggi. (BIO cation exchange capacity (keupayaan pertukaran kation) Kebolehan sesuatu bahan pepejal yang dalam keadaan bersentuhan dengan larutan untuk saling bertukar kation. Kation tertentu yang tidak terikat dengan kuat dalam pepejal tersebut berpindah ke dalam molekul bahan larutan. Kat- ion yang bebas dari larutan berpindah masuk ke dalam pepejal tersebut. Sifat ini biasanya dimiliki oleh mineral lempung, seperti ilit dan montmorilonit. Di celah

Kembali ke atas