Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[daun] | داءون

Definisi : 1 bahagian tumbuh-tumbuhan yg keluar pd batang (dahan atau akar, biasanya berhelai-helai dan berwarna hijau): ~ pisang banyak gunanya. 2 benda yg berkeping-keping tipis atau berhelai-helai: ~ terup; ~ rokok. 3 benda yg lebar dan tipis: ~ kipas; ~ tingkap. ~ biji daun pertama yg tumbuh dr biji benih. ~ emas ist daun (kepingan) drpd emas tipis (±10-6 in) spt yg terdapat dlm elektroskop. ~ luruh ist jenis (golongan) tumbuh-tumbuhan yg sebahagian atau kesemua daunnya akan luruh pd waktu-waktu tertentu dlm hayatnya. ~ pakau (terup) kepingan kadbod tipis berbentuk empat segi yg ditandai simbol, gambar rajah dsb dan digunakan dlm permainan terup atau utk melihat nasib. ~ pintu papan dll utk menutup pintu.~ sisik ist daun yg kecil dan tipis yg melindungi mata tunas (spt pd ubi kentang). ~ telinga bahagian telinga yg di luar. ~ tirus jenis pokok yg menghasilkan (mengeluarkan) kon; konifer. berdaun 1 ada daunnya: Pokok yg hampir mati itu tidak ~. 2 tumbuh (mengeluarkan) daun: Pokok kacangnya baru ~. daun-daunan berbagai-bagai jenis daun; beberapa banyak jenis daun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daun

Puisi
 

Daun serbat di dalam padi,
     Daun selasih daun semulih;
Tidak galak di dalam hati,
     Mari kita bertambat kasih.


Lihat selanjutnya...(144)
Peribahasa

Laut tidak membuang sungai,
     rimba tidak membuang latah.

Bermaksud :

Orang besar yang baik dan murah hati tiada menolak permintaan atau pertolongan yang diminta daripadanya. latah = sampah (daun-daun dan sebagainya) di bawah pohon.

 

Lihat selanjutnya...(61)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
yang mempunyai hujung lekitan. (BIO) adaxial (adaksial) Berkaitan dengan permukaan atau sisi sesuatu struktur yang terletak hampir dengan sesuatu paksi utama, iaitu tempat terlekatnya struktur tersebut. Con- tohnya, permukaan atas daun yang terletak berhampiran dengan paksi batang sesuatu pokok. (BIO) ADC (ADC) Singkatan bagi analog-to-digital converter. Lihat analog-to-digital converter. (KOM) addend (aden/yang ditambah) Nombor atau kuantiti atau gabungan kedua-duanya. (HID) adventitious root (akar adventitius) Akar yang tumbuh pada bahagian lain tumbuh-tumbuhan biasanya pada buku di bahagian bawah batang seperti pada batang jagung, atau pada daun seperti pada daun setawar. (BIO) adventitious vein (vena adventitius) Vena sekunder yang terdapat pada sesetengah serangga. Vena ini bukan vena silang. (BIO) adverse slope (cerun balikan) Cerun alur yang membubung

Kembali ke atas