Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gan.ding] | ݢانديڠ

Definisi : ; bergandingan, berganding 1. berdampingan, berdekatan (berpegangan tangan): Ismail ~ dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta; 2. berangkaian, berhubungan, berpautan: gerabak-gerabak kereta api yg bergerak ~; 3. berkaitan, berhubungan, bersangkutan: hal-hal yg ~ dgn sesuatu perkara; 4. bekerjasama, tolong-menolong: masyarakat yg berbilang bangsa harus ~ utk mencapai kemakmuran; ~ tangan a) berpegangan tangan; b) bekerjasama, bahu-membahu; ~ tenaga menggunakan tenaga bersama utk melakukan sesuatu, berpadu tenaga, bekerjasama (dgn erat); mengganding 1. menarik sesuatu yg diikat di samping atau di belakang: sebuah kepala kereta api dapat ~ berpuluh-puluh gerabak; 2. memegang tangan, memimpin: orang buta itu diganding oleh seorang budak;menggandingkan, mempergandingkan 1. menghubungkan, memautkan, memper­talikan: kereta yg rosak itu digandingkan dgn sebuah lori; 2. menghubungkan, mengaitkan: kemiskinan rakyat umumnya dapat digandingkan dgn keadaan ekonomi negara; 3. membawa supaya berhampiran (berdampingan), mendekatkan: sampan itu digandingkan dgn motobot; gandingan benda yg digandingkan (di samping atau di belakang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.ding] | ݢانديڠ

Definisi : Mn; gandingan banding, tanding; bergandingan berbanding dgn, berlawanan, bersaingan; menggandingkan membandingkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.ding] | ݢانديڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok), gandang, Carallia brachiata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.ding] | ݢانديڠ

Definisi : ; berganding berada dekat atau di sisi seseorang; berhampiran; berdekatan: Musa berjalan ~ dgn Adli. bergandingan 1 saling berpegangan (tangan); berangkaian: Mereka berjalan ~ tangan. 2 ada hubungannya; ada pertaliannya: Hari ini kita akan membincangkan hal-hal yg ~ dgn penanaman teh di Malaysia. 3 berhubungan atau berkaitan antara satu dgn yg lain; berangkaian: Gerabak kereta api itu ~. 4 bekerja dll bersama-sama; saling membantu: Semua rakyat Malaysia perlu ~ utk menjaga keamanan negara. mengganding 1 memegang tangan; memimpin: Saodah bersiar-siar di taman bunga sambil ~ anaknya. 2 menarik sesuatu benda yg berkait dgn benda yg menarik; menghela sesuatu yg bersambung dgn benda yg menghela: Sebuah kepala kereta api dpt ~ beberapa buah gerabak yg sarat dgn barang-barang. menggandingkan 1 menjadikan berhampiran letaknya; mendampingkan; mendekatkan: Si Tenggang pun ~ perahunya dgn kapal saudagar itu. 2 mengikat atau menghubungkan kpd sesuatu supaya ditarik: Ketika saya sampai di tempat itu, dia sedang ~ keretanya dgn sebuah lori. 3 menjadikan berhubungan (bertalian atau bersangkut paut); mempertalikan: Kita tidak boleh ~ perkara ini dgn perkara-perkara lain kerana tidak ada sangkut pautnya. gandingan apa-apa yg digandingkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ganding


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
atau dengan melakukan pembedahan. (BIO) cloned DNA (DNA klon) Keratan DNA yang bereplika secara pasif dalam sesuatu sel setelah dimasuk- kan ke dalam vektor pengklonan. (BIO) close-coupled roof (bumbung ganding rapat) Bumbung yang kasau utamanya disambungkan terus ke aras plat dinding. Bumbung sedemikian sesuai untuk bangunan yang mempunyai rentang tidak melebihi 3.8 m. (KEJ) closed fracture (fraktur tertutup) Patah tanpa kehilangan mo - mentum. Pergerakan molekul ini dipengaruhi suhu. Suhu yang tinggi memper- cepat gerakan molekul, lalu meningkatkan kekerapan perlanggaran. (FAR) kinetic moment (momen kinetik) Momen bagi daya paduan dan ganding paduan tak terimbang yang bertindak pada jasad, dihitung di sekitar titik yang bukan pusat jisim jasad tersebut. Mo- men kinetik dihitung daripada gambar rajah kinetik sebagaimana momen biasa dihitung daripada

Kembali ke atas