Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.bal] | ݢوبل

Definisi : kayu yg lembut di antara kulit dgn teras; teras terunjam, ~ melayang prb penduduk bumiputera akan tetap tinggal di negerinya sedangkan orang asing akan keluar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.bal] | ݢوبل

Definisi : bongkah (tanah, batu, dll); ~ besi bongkah besi (besi yg belum ditempa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.bal] | ݢوبل

Definisi : ; menggubal membuat, menyusun, mencipta (undang-undang, perlembagaan, dll), membentuk dan mengatur (menyusun): jawatankuasa itu telah ~ satu perlembagaan yg baru; terpulanglah kpd kerajaan kelak utk ~ dasar-dasar utk menggalakkan bumiputera dlm perniagaan dan perdagangan; tergubal terbentuk, tercipta, tersusun (peraturan, formula, dll): dgn itu ~lah siri abjad Jawi yg lengkap bagi bahasa Melayu; penggubalan perihal (perbuatan, tindakan,dsb) menggubal;penggubal orang yg menggubal: ~ istilah; ~undang-undang orang yg menggubal undang-undang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.bal] | ݢوبل

Definisi : ; menggubal menyusun undang-undang dgn memilih perkataan-perkataan yg sesuai: Mereka telah ~ perlembagaan itu selama setahun. penggubalan perbuatan atau hal menggubal undang-undang. penggubal orang yg menyusun undang-undang dgn menggunakan perkataan-perkataan yg sesuai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[gu.bal] | ݢوبل

Definisi : bongkah tanah, batu dsb: ~ besi bongkah besi; besi kasar (yg belum dikerjakan). menggubal mengetuk hujung besi, ribet dsb supaya berbentuk spt bongkah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gubal


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
hutan paya gam - but di Sarawak. (HUT) alan batu (alan batu) Nama dagang Shorea albida yang lebih berat. Nama tempatan di Sarawak termasuk empenit, meraka, meraka alan, sengawang, dan seriagawan. Gubal kayu alan batu berwarna coklat kelabu dan beransur-ansur berubah kepada warna teras kayunya, iaitu coklat kemerah-merahan. Tekstur kayu ini kasar dan sekata dengan ira yang lurus atau bersimpul ter- dapat di hutan paya bakau. Spesies utama termasuk, api-api putih (Avicennia alba) api-api bulu (A. lanata) api-api jambu (A. marina) dan api-api ludat (A. officinalis). Gubal kayu api-api berwarna kelabu keunguan, dan sukar dibeza- kan daripada teras kayunya yang berwarna agak sama. Tekstur kayu ini kasar dengan ira yang lurus dan kadangkala bersimpul. Ketumpatan keringan

Kembali ke atas