Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.da.ku.da] | کودا٢

Definisi : 1. penyangga (penopang) papan hitam yg berkaki tiga; 2. kayu penyangga tulang bumbung rumah; 3. kayu palang utk menyangga (kayu yg akan ditarah dll); 4. bahagian senapang atau pistol yg meledakkan peluru; 5. (Muz) penyangga pd alat bunyi­-bunyian (spt biola dll) utk meregangkan tali; 6. kuda-kudaan; 7. (dlm seni mempertahan­kan diri) sikap siaga dgn kedudukan tubuh dan kaki yg bersedia menerima serangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.da.ku.da] | کودا٢

Definisi : , kekuda 1 alat berkaki tiga utk menopang papan hitam. 2 kayu utk menahan bumbung rumah. 3 bahagian senapang atau pistol yg meledakkan peluru. 4 penyangga tali pd alat bunyi-bunyian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuda-kuda

Puisi
 

Laksamana naik kuda,
     Kuda datang dari Acheh;
Bukan senang bermain muda,
     Nak ada ilmu yang terpilih.


Lihat selanjutnya...(72)
Peribahasa

Kuda itu kuda juga,
     keldai itu keldai juga.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu itu akan kembali kepada asalnya.

 

Lihat selanjutnya...(32)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
terlalu lemah dan nipis untuk mempengaruhi cuaca. Angin timuran ini terhad kepada jalur sempit sepanjang khatulistiwa di hemisfera musim sejuk. (HID) equine-encephalitis virus (virus) (ensefalitis ekuin) Jangkitan ensefalomielitis pada kuda dan keldai disebabkan oleh virus yang disebarkan oleh nyamuk dan kutu. Gejala jangkitan ini ialah demam dan keca- catan deria saraf, serta boleh membawa maut. (BIO) equivalent altitude of aerodrome ombak laut. (KEJ) sea smoke (asap laut) Kabut stim yang terbentuk di atas permukaan laut apabila udara berkeadaan stabil dan agak sejuk. Sinonim arctic sea smoke. (METEO) seahorse (unduk-unduk/kuda laut) Ikan laut daripada genus Hippocampus yang terdiri daripada 50 spesies, ke- banyakannya terdapat di laut tropika dan subtropika. Ciri utama ikan dari- pada genus ini ialah mempunyai kepala yang

Kembali ke atas