Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.cu] | مماچو

Definisi : 1. menggesa (kuda) dgn menusuk­kan pacu supaya berlari deras: maka Arung Lenga pun ~ kudanya; 2. ki melarikan deras-deras (kereta dll): dipacunya motosikalnya dgn laju; 3. = memacukan memperlumba­kan; 4. menggerakkan sesuatu kegiatan (eko­nomi, pembangunan dsb) dgn lebih cepat atau pesat, memesatkan: beberapa strategi utk ~ pertumbuhan ekonomi negara; mereka berjaya menggunakan pengetahuan dan pengalaman utk ~ perniagaan masing-masing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.cu] | مماچو

Definisi : 1 menggesa kuda dgn pacu supaya kencang larinya: Ketika itu juga, Nikman ~ kudanya, pergi memeriksa pasukan askarnya. 2 mengencangkan perjalanan kereta, motosikal dll: Dia ~ keretanya di medan perlumbaan. 3 menggerakkan sesuatu kegiatan ekonomi, pembangunan dsb dgn lebih cepat atau pesat; memesatkan: Beberapa strategi telah dilaksanakan utk ~ pertumbuhan ekonomi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pacu (kata nama)
Bersinonim dengan taji, susuh, sungga;,
Kata Terbitan : berpacu, memacu, pemacuan,

Puisi
 

Cik Ali memacu kuda,
     Jangan diregang tali ragam;
Asal matahari matahari juga,
     Bulan terbit terangkan alam.


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
bilangan gigi yang berlainan dan berputar dengan laju yang sama pada hala putaran aci. Salah satu daripada roda berkenaan dipacu oleh gear pada aci yang bersebelahan dan yang satu lagi memacu gear pada aci pengikut. Nisbah halaju yang diperoleh daripada sistem rangkaian majmuk sama dengan hasil darab bilangan gigi pada gear pemacu terhadap hasil darab bilangan gigi pengikut. (FIZ) compressibility factor kadar resapan meningkat per unit keupayaan resapan tetapi kadar tindak balas intrinsik meningkat secara eksponen. Oleh itu, keupayaan lebih tinggi diperlukan bagi proses resapan dan menyebabkan keupayaan yang kurang untuk memacu tindak balas kimia. Kecerunan kepekatan bahan tindak balas terbentuk di antara bendalir pukal dengan permukaan mangkin. (KEJ) internal phase (fasa dalam) Titis bendalir atau pepejal yang sangat halus yang terserak

Kembali ke atas