Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.la.ngi] | مڠولڠي

Definisi : 1. = mengulang-ulang, meng­­­ulang-ulangi selalu benar melakukan (sesua­tu), kerap kali mengulang: dia ~ pertanya­an­nya yg masih belum berjawab; 2. = meng­ulang-ulangi selalu pergi ke (utk menengok, men­ziarah, dll), kerap kali mendatangi: sejak dia menanam tebu, pegawai-pegawai per­ta­nian selalu ~ ladang-nya; 3. mempelajari kem­bali (apa-apa yg telah diajarkan), menghafal kembali (pelajaran): setelah makan malam, aku duduk di meja kerja ~ pelajaran sekolah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.la.ngi] | مڠولڠي

Definisi : 1 melakukan sesuatu berulang kali; selalu sangat melakukan sesuatu: Ia ~ pertanyaan itu sehingga mendapat jawapannya. 2 kerap kali pergi menziarahi (menemui, menengok dll): Tuan Pengurus itu selalu ~ ladangnya. 3 menghafaz atau membaca semula apa-apa yg telah dipelajari banyak kali: Ahmad ~ pelajaran sekolahnya sebelum peperiksaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengulangi

Peribahasa

Seperti anjing mengulangi bangkai.

Bermaksud :

Lelaki yang suka pergi ke tempat perempuan jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai biawak mengulangi bangkai).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
resistance (rintangan lelasan) Rintangan terhadap geseran permukaan yang berlaku pada struktur. (KEJ) abreaction (abreaksi) Proses psikoanalisis yang digunakan untuk meluahkan perasaan pesakit ber- hubung dengan pengalaman buruk yang terpendam dengan mengulangi pe- ngalaman berkenaan melalui pertuturan atau perbuatan. Sinonim catharsis. (UBAT) abrupt wave (gelombang dadakan) Gelombang jalar atau tambahan kedalaman air dalam suatu alur terbuka yang disebabkan oleh perubahan mengejut pada yang sama, bunyi loceng (rangsangan sekunder) akan menyebabkan terkeluarnya air liur anjing (kom - ponen motor yang sama). Semakin lama, refleks tersuasana menjadi semakin lemah, dan dengan itu perlu diperkuat dengan mengulangi pengalaman asal. Pada manusia, refleks tersuasana mengawal kebanyakan tindakan. Contohnya, berjalan, bermain bola dan menulis. (BIO, UBAT) conditioning treatment (rawatan penyesuaian) Rawatan pada peringkat akhir pengeringan kayu untuk menghasilkan taburan

Kembali ke atas