Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; berpasang-pasangan, pasang­-memasang tembak-menembak, bedil-mem­bedil; memasang 1. menembakkan (senapang, meriam, dll): maka bedil pun dipasang orang, terlalu azamat bunyinya; 2. menya­lakan (lampu dll), mencucuh (suluh, rokok, mercun); 3. mengenakan (mencantumkan dsb) bahagian-bahagian sesuatu sehingga menjadi sesuatu yg lengkap atau sempurna, mencantumkan (utk membina, melengkapi, dll): kilang ~ kereta; ~ pagar mendirikan pagar; ~ paip air melengkapi dgn paip air; 4. menahan (perangkap, jerat, lukah, dll); 5. mempertaruhkan wang (dlm permainan judi dll), menahan; 6. mengenakan (melekatkan, memuatkan, menempatkan dll); ~ aksi Id berkelakuan yg dibuat-buat supaya elok kelihatan; ~ badan a) memakai pakaian cantik, menghias diri; b) Jk menjalani hukum­an di penjara; ~ bendera menaikkan (mengi­barkan) bendera; ~ guna-guna mengenakan guna-guna; ~ harga meletakkan (menen­tukan) harga; ~ iklan memasukkan iklan (dlm akhbar, majalah, dll); ~ jaga menempatkan (mengadakan) jaga; ~ kaki mengadakan (menempatkan) pengintip; ~ kancing mengenakan (melekatkan) kancing; ~ layar me­naikkan (mengenakan) layar; ~ mata men­jaga (memerhatikan) baik-baik; ~ mata-mata menempatkan (mengadakan) mata-mata utk menjaga dll; ~ pelana mengenakan pelana; ~ telinga meneliti atau mendengarkan baik-baik (percakapan, bunyi, dll); memasangkan memasang sesuatu utk, me­ngenakan sesuatu pd, melengkapi sesuatu dgn: aku pasangkan juga kipas angin di depan ibu; pasangan 1. sesuatu yg dipasang; 2. wang yg dipasang (dlm permainan judi); 3. kuk yg dipasang pd tengkuk kerbau dll (utk menarik kereta dll); ~ tiba di kodok prb perintah (pe­kerjaan) yg tidak dapat dielakkan lagi; pemasangan perbuatan (kerja) memasang: ~ kawat telegraf; pemasang orang yg memasang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pasang IV


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
bahan kimia. (BIO) amphineustic (amfineustik) 1. Berkaitan dengan haiwan vertebrata yang bernafas dengan menggunakan insang dan paru-paru pada beberapa peringkat hidupnya. 2. Berkaitan dengan serangga yang mempunyai hanya dua pasang spirakel fungsian, satu anterior dan satu posterior. Keadaan ini terdapat pada larva lalat rumah. (BIO) amphispore (amfispora) Urediospora yang berdinding tebal, berwarna gelap dan dibentuk oleh bebera - pa spesies kulat dalam kelas ini disebut arak- nid. Badan araknid terbahagi kepada sefalotoraks dan abdomen. Pada sefaloto- raks terdapat sepasang taring yang disebut kelisera, sepasang organ deria yang disebut pedipalpa, dan empat pasang kaki yang digunakan untuk bergerak. Contoh araknid ialah labah-labah, hama dan kala jengking. Sinonim arachnid. (BIO) arachnodactyly (araknodaktili) Keadaan tidak normal yang dicirikan oleh jari tangan dan jari kaki

Kembali ke atas