Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ren.tas] | رنتس

Definisi : lintang; garis(an) ~ garis(an) yg melintang; keratan ~ keratan yg melintang; merentas 1. meretas, membuka, me­mutus­kan: kena balung ayam kenantan habis direntas taji ayam orang sebelah; 2. melalui atau menempuh (sesuatu kawasan), me­min­tas, melintasi, menjalani: jalan raya yg ~ negeri itu sangat banyak; kita ~ padang yg penuh dgn lalang; berlari ~ desa; 3. me­rintis; ~ jalan a) merintis (membuka) jalan; b) me­mintas jalan; 4. ki mencakup atau me­rangkumi: bahasa Melayu kini mampu ~ semua bidang ilmu; rentasan garisan dll yg merentas: nilaian n dapat diperoleh dr ~ graf pd paksi melintang dan ~ graf pd paksi tegak; salah satu cara yg mudah sekali utk menggambarkan kontur ialah dgn melukis ~; perentas (Mat) garisan lurus yg memotong dua atau lebih garisan lurus; ® retas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ren.tas] | رنتس

Definisi : ; merentas 1 melalui atau menempuh jalan yg terdekat; memintas; melintasi: Mereka berlari ~ desa. Dia ~ padang yg penuh dgn lalang. 2 membersihkan hutan utk membuat jalan; merintis: ~ jalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rentas
Kata Terbitan : merentasi,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
balance. (FIZ) amniocytes ampere balance Kamus Sains.indb 54 7/8/08 11:45:59 AM 55 ampere hour (ampere jam) Unit ukuran kuantiti elektrik yang melalui pada sebarang keratan rentas suatu pengkonduksi apabila arus yang tidak berubah bernilai 1 ampere mengalir pada pengkonduksi itu selama 1 jam. Sebutan tersebut juga digunakan untuk menyatakan muatan bateri. (FIZ) amperometry (amperometri) Analisis kimia form factor (faktor bentuk aras dada) Faktor bentuk yang diambil pada ketinggian piawai 1.3 m dari aras bumi. (HUT) Breit-Weigner formula (formula Breit-Weigner) Formula yang menghubungkan keratan rentas tindak balas nukleus tertentu dengan tenaga zarah tuju apabila tenaga zarah tuju tersebut hampir sama de- ngan tenaga yang diperlukan untuk membentuk aras resonans diskret nukleus komponen. (FIZ) Brennstoff Technic

Kembali ke atas