Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tuai] | تواي

Definisi : pisau pemotong padi, pengetam, ani-ani; bertuai (telah) dipotong dgn tuai: masih banyak lagi padi yg belum ~; menuai memotong padi dgn tuai, mengetam (padi): petani-petani di sini menanam padi dlm bulan Oktober dan ~ atau mengetam­nya dlm bulan Februari; bagaimana di­tanam, begitulah dituai prb tiap-tiap per­buat­an akan mendapat balasan yg wajar; tuaian yg dituai, hasil menuai: kerajaan telah menetapkan harga padi sebanyak RM16 sepikul bagi padi ~ pertama; penuaian perihal menuai, pengetaman: ~ padi musim ini sudah dimulakan; penuai 1. alat utk menuai (padi), ani-ani, pengetam, tamin; 2. orang yg menuai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tuai] | تواي

Definisi : ; ~ rumah ketua rumah panjang kaum Iban di Sarawak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tuai] | تواي

Definisi : pisau pemotong padi; ani-ani. menuai memotong padi dgn tuai: Saya pernah ~ padi di bendang. tuaian hasil menuai. penuaian perbuatan atau hal menuai. penuai 1 orang yg menuai. 2 alat utk menuai: jentera ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuai (kata nama)
Bersinonim dengan penuai, pengetam, ani-ani, tamin, renggam, pisau pemotong padi;,
Kata Terbitan : menuai, tuaian, penuaian,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
MAT) T-toxin (toksin-T) Fitotoksin perumah khusus yang dihasilkan oleh kulat Bipolaris maydis. Ba- han ini menyebabkan nekrosis pada tisu yang mengandungi faktor mandul jantan dalam sitoplasma jagung. (BIO) tuai (tuai) Nama piawai bagi kayu Bischofia javanica daripada famili Staphyleaceae. Nama tempatannya di Semenanjung Malaysia ialah jitang. Gubal kayunya berwarna coklat kemerah-merahan dan mudah dibezakan daripada teras ka- yunya yang

Kembali ke atas