Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. keharusan (yg tidak dapat dielakkan), kemestian: sembahyang dan puasa antara perkara yg menjadi ~ bagi orang Islam; 2. menjadi kemestian (utk mendapat sesuatu dll), harus, terpaksa: tiap-tiap borang permohonan ~ ditandatangani oleh pemohon; penanam getah ~ menunggu antara lima hingga tujuh tahun utk mendapat hasilnya; tidak ~ tidak mesti, tidak payah, tak usah; 3. harus ada (diperoleh), berguna, mustahak, penting: kerjasama petani-petani adalah ~ utk menjayakan rancangan tersebut; sebelum dibeli sesuatu barang baiklah kita fikirkan sudah ~kah barang itu kpd kita; 4. = ~ akan (dgn) sangat menghendaki (akan), berhajat (akan): utk melaksanakan rancangan ini kita ~ bantuan wang dan sokongan; 5. sesuatu yg dikehendaki (dipentingkan), hajat, kepen­tingan: ada ~ apa saya dikehendaki datang ke pejabatnya?; apa ~nya apa gunanya (sebabnya); 6. = ~ utk untuk, bagi, buat, guna: ia pergi ke sana ~ mengambil pakaiannya; seperlunya sekadar (setakat) yg perlu sahaja, jika perlu sahaja: ia sedia memberi bantuan ~; memerlukan 1. menjadikan perlu, memesti­kan, mewajibkan: ibu bapa digesa supaya ~ pelajaran bagi anak-anak mereka; 2. meng­hendaki (menghajatkan) sangat-sangat, mahu benar-benar: negara kita ~ banyak lagi doktor dan jurutera; 3. membuat sesuatu kerana memikir lebih perlu drpd perkara (kerja) lain; perlu-memerlukan saling memerlukan: mereka hidup dlm masyarakat yg ~ antara seorang dgn yg lain; keperluan 1. perihal perlu: ~ akan air paip sangat terasa di setengah-setengah kampung; 2. sesuatu yg diperlukan, keharusan, kemestian: undang-undang yg sempurna dan adil adalah suatu ~ utk mencapai pemerintahan yg baik; 3. sesuatu yg diperlukan (dikehendaki), sesuatu yg berguna, kepentingan: wang drpd gajinya sahaja tidak cukup untuk membeli ~ hidup utk keluarganya; ~ bersama kepentingan bersama; utk (bagi, buat, guna) ~ perlu atau digunakan utk; 4. hajat, kehendak, maksud, tujuan: ia tidak ada ~ apa-apa, hanya utk berkenal-kenal dgn mereka sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak boleh tidak; mesti; wajib: Sembahyang lima waktu sehari semalam itu ~ bagi tiap-tiap orang Islam. Tiap-tiap permohonan ~ ditandatangani oleh pemohon. 2 mesti ada; berguna; mustahak; penting: Mana-mana barang yg tidak ~ tak usahlah dibawa. 3 sesuatu yg dikehendaki; hajat; guna: Apa ~nya saya pergi bersama? memerlukan 1 menjadikan perlu; mewajibkan; memestikan: Kita tidak boleh ~ apa-apa yg sunat. Ada orang yg lebih ~ pakaian drpd makanan. 2 menghendaki atau menghajati benar-benar: Negara kita masih ~ sejumlah besar doktor dan jurutera. keperluan apa-apa yg diperlukan; apa-apa yg berguna atau yg penting: Jika ada ~ apa-apa, mintalah drpd kakakmu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perlu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: wajib, harus patut, tidak boleh tidak, hendaklah, terpaksa, pasti, tentu,

2. Bersinonim dengan berguna: berfaedah, bermanfaat, mustahak, penting,

Kata Terbitan : memerlukan, keperluan,

Peribahasa

Membesarkan kerak nasi.

Bermaksud :

Menambah-nambah yang tidak perlu; membuat pekerjaan yang membazir.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Galeri Jualan15381/20151. Under the windmills (logo campaign, tidak perlu diterjemahkan) 2. Galeri jualan Eco Spring dan Eco Summer (nama company, tidak perlu diterjemahkan) 3. Chester residences (nama product, tidak perlu diterjemahkan) 4. The Charlton (nama product, tidakMajlis Bandaraya Johor BahruPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201504/08190Lulus22/04/201527/04/201509:52:07
JAWATAN KOSONG28064/2017PET FAR EASTERN (M) SDN. BHD. Jawatan Kosong! 1. Pemeriksa Kawalan Kualiti -SPM dan ke atas -Perlu bekerja mengikut syif 2. Juruteknik Pengeluaran/Operator -SPM dan ke atas -Perlu bekerja mengikut syif 3. Penjaga Stor -SPM dan ke atas -Perlu bekMajlis Daerah KulaiMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201705/15833Lulus09/05/201712/05/201709:50:29
DKSH Malaysia Sdn. Bhd.33487/2016Pejabat di sungai petani hanyalah cawangan, jadi perlu mengikut arahan dan nama perlu di seragamkan dengan ibu pejabatMajlis Perbandaran Sungai PetaniPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201607/10249Lulus14/07/201615/07/201608:19:00
Important Steps To Zika Virus65284/2016Strongman: Hai, saya Syed Fazli. Strongman: Anda tidak perlu menjadi sekuat saya untuk melawan nyamuk yang membawa virus ZIKA dan denggi. Anda hanya perlu menjadi bijak! Strongman: Langkah pertama - Pastikan tiada tempat air bertakung di kawasan rumahMajlis Bandaraya Petaling JayaRacun PerosakTiadaDBP/KPB/201612/13804Lulus27/12/201628/12/201609:42:28
Important Steps Against Zika Virus51697/2016Bahasa Malaysia Strongman: Hai, saya Syed Fazli! Strongman: Anda tidak perlu menjadi sekuat saya untuk menentang zika dan denggi. Anda hanya perlu menjadi bijak! Strongman: Langkah pertama - Pastikan tiada tempat air bertakung di kawasan rumah dan kejMajlis Bandaraya Petaling JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201610/13909Lulus20/10/201621/10/201608:13:12
CT3 Cameron Trader59062/2016Mohon semak dengan berwibawa,Saya sudah letak titik noktah untuk pengesahan kedua.Kenapa perlu titik noktah lagi semasa pengesahan ketiga?Berapa titik noktah perlu diletakkan?Majlis Perbandaran Johor Bahru TengahKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201611/15037Lulus29/11/201629/11/201614:41:33
JUE JIA 4X2053775/2015Kesemua penggunaan huruf adalah huruf besar. "PENJUAL BARANG SEMBAHYANG DAN MAKANAN RINGAN". Mengapa perlu tukar kepada "PENJUAL BARANG SEMBAHYANG dan MAKANAN RINGAN" Mengapa perlu di campurkan penggunaan huruf besar dan huruf kecil? Sedangkan ejaanTiadaKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201601/07384Lulus04/01/201604/01/201612:24:30
Jawatan Kosong27559/2016Jawatan Kosong 1.Inspektor kawalan Kualiti 2.Juruteknik Pengeluaran/Operator -SPM ke atas -Perlu bekerja mengikut syif 3.Juruteknik Penyelenggaran -Sijil atau Diploma dalam Jurutera Mekanikal -Perlu bekerja mengikut syif -Elaun KehadiraMajlis Daerah KulaiHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201606/12631Lulus20/06/201620/06/201613:40:13
UNIFI8489/2017Perlu Internet untuk seisi keluarga? Langganilah UniFi dan alami kelebihannya sekarangPihak Berkuasa TempatanTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201702/12548Lulus17/02/201720/02/201709:18:13
UNIFI43605/2016Perlu Internet untuk seisi keluarga? Langganilah Unifi dan alami kelebihannya sekarang. ADVANCE PLAN 30Mbps PRO PLAN 100Mbps Unifi Available Here / Ada di sini #For The Makers Of TomorrowMajlis Perbandaran SepangMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201609/09519Lulus06/09/201606/09/201612:09:33
12345678

Kembali ke atas