Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak boleh jadi, tidak mungkin, tidak masuk akal: dahulu orang memikirkan bahawa penyakit kusta ini ~ dapat diubati; memustahilkan menganggap mustahil, meng­anggap tidak mungkin: jangan ~ sesuatu kejadian yg belum kamu ketahui; kemustahilan 1. perihal mustahil; 2. sesuatu yg tidak mungkin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak masuk akal; tidak mungkin: Syarat-syarat yg dikemukakan oleh tuan puteri itu ~ dpt dipenuhi. memustahilkan menganggap mustahil; tidak memungkinkan. kemustahilan 1 sesuatu yg mustahil; sesuatu yg tidak mungkin. 2 keadaan mustahil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mustahil (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan tidak mungkin, tidak boleh jadi, tidak masuk akal, tidak munasabah, bukan-bukan, tidak-tidak, ganjil-ganjil, tidak beralasan, muhal, lengkara;,

Puisi
 

Bubuh di atas dulang suasa,
     Beri minum ratu Majapahit;
Mustahil kan hilang penyakit cinta,
     Jika tak dapat tidur pun sakit.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Berdengking si tua memekik,
     mustahil akan menggigit jema.

Bermaksud :

Orang yang terlalu marah serta berteriak-teriak, biasanya tidak sampai mempergunakan tangan akan memukul. si tua = harimau; jema = orang.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Hari Terbuka9082/2017Tuan/Puan, Ia adalah mustahil untuk menukar perkataan dari gambar ikon kepada bahasa kebangsaan atau dwihahasa. gambar ikon mengandungi 4 perkataan yang bermakna belajar melalui gambar-gambar. terjemahan langsung gambar ikon tersebut menjadi "Gambar" +Majlis Perbandaran Subang JayaPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201704/16114Lulus13/04/201714/04/201709:20:45

Kembali ke atas