Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.dat]/[Öa.dat] | عادت

Definisi : 1. peraturan yg sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulukala) di dlm sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yg harus dipatuhi), lembaga: ~ Minangkabau; ~ Perpatih; ~ Rembau; 2. cara yg sudah menjadi kebiasaan, sifat, kebiasaan: ~ air cair, ~ api panas; kurang ~ tidak sopan, kurang ajar; membawa ~ haid (datang bulan); mengisi ~ menjalankan adat kebiasaan, memenuhi kewajiban; tahu ~ sopan; tak tahu ~ tidak sopan, kurang ajar; ~ dunia sifat dunia, kebiasaan di dunia; ~ gelanggang = ~ menyabung peraturan menyabung (ayam); ~ istiadat berbagai-bagai adat (peraturan) yg dituruti; ~ menyerambi adat menjamu bakal menantu laki-laki; ~ resam adat kebiasaan; ~ bersendi syarak, syarak bersendi ~ prb segala perbuatan hendaklah jangan bertentangan dgn adat dan agama; ~ diisi, lembaga dituang prb Mn mengerjakan sesuatu menurut adat kebiasaan; ~ gajah terdorong prb orang yg berkuasa biasanya menyalahgunakan kekua­saan­nya; ~ lama pusaka usang prb Mn adat yg tidak berubah-ubah sejak dahulu; ~ periuk berkerak, ~ lesung berdedak prb jika ber­kehendakkan keuntungan, haruslah susah; ~ sepanjang jalan, cupak sepanjang betung prb tiap-tiap perbuatan ada peraturannya, tiap-tiap negeri mempunyai kebiasaannya; hidup dikandung ~ mati dikandung tanah prb setiap orang harus mentaati adat selama hidup dan jangan pula melupakan bahawa dia akan mati; hilang ~ tegal muafakat prb adat lama itu boleh diubah asal dgn muafakat; beradat 1. mempunyai adat, tahu sopan santun; 2. melakukan sesuatu secara adat; mengadatkan menjadikan sesuatu adat, menjadikan sesuatu kebiasaan; adat yg diadatkan adat yg ditetapkan; teradat sudah menjadi adat atau kebiasaan; adat yg ~ adat yg terjadi kerana kebiasaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.dat]/[Öa.dat] | عادت

Definisi : peraturan yg lazim dilakukan sejak dahulukala: Majlis perkahwinan itu telah dilakukan mengikut ~ orang-orang Melayu. ~ istiadat berbagai-bagai adat yg diikut. ~ resam adat yg menjadi kebiasaan kpd sesuatu kaum (daerah dll). beradat 1 mempunyai adat; tahu bersopan santun. 2 mengikut adat (ketika melakukan sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adat

Puisi
 

Orang berperang jatuh tersungkur,
     Buat kubu sebelah kiri;
Adat di hutan harimau mengambur,
     adat Adat lalang makan api.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Adat bersendi syarak,
     syarak bersendi adat.

Bermaksud :

Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah).

 

Lihat selanjutnya...(69)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PEJABAT LEMBAGA3875/2015BALAI RASMI LEMBAGA ADAT NANING KE - 19 LOT 190 PERSIARAN BANGLO A'FARMOSA RESORT 78000 ALOR GAJAH MELAKAMajlis Perbandaran Alor GajahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201502/04584Lulus30/01/201505/02/201508:24:14
TANDA ARAH40134/2016PASAR MINI LOGO DIMILIKI OLEH: MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG (NAMA YANG TELAH DIDAFTARKAN) CAWANGAN MARANMajlis Daerah MaranKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201608/10197Lulus15/08/201616/08/201609:24:37
PASAR RAYA DARULMAKMUR11383/2015PASAR RAYA DARULMAKMUR AKAN DIBUKA DIMILIKI OLEH MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANGMajlis Daerah MaranKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201503/08503Lulus30/03/201531/03/201515:31:57
AKAN DIBUKA8473/2016PASAR RAYA PASARAYA DARULMAKMUR (nama yang telah didaftarkan) DIMILIKI OLEH: MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG (nama yang telah didaftarkan) AKAN DIBUKAPihak Berkuasa TempatanKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201602/09352Lulus25/02/201626/02/201614:49:55
PAPAN TANDA/IKLAN8295/2016PASAR RAYA PASARAYA DARULMAKMUR (Nama yang telah didaftarkan) DIMILIKI OLEH: MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG (Nama yang telah didaftarkan)Pihak Berkuasa TempatanKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201602/09239Lulus25/02/201626/02/201607:56:16
PAPAN TANDA/IKLAN7984/2016PASAR RAYA PASARAYA DARULMAKMUR (Nama yang telah didaftarkan) DIMILIKI OLEH: MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG (Nama yang telah didaftarkan)Pihak Berkuasa TempatanKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201602/09014Lulus24/02/201624/02/201615:06:15
PAPAN TANDA33198/2016STOR MUIP SUPERMARKET (KUANTAN) SDN. BHD. (nama yang telah didaftarkan) ANAK SYARIKAT MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG LOT A-37, TINGKAT BAWAH, BIM POINT, BANDAR INDERA MAHKOTA, 25200 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR.Majlis Perbandaran KuantanKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201607/10301Lulus14/07/201615/07/201609:35:43
SEPANDUK KINI DIBUKA20771/2016KAFE KINI DIBUKA DIMILIKI OLEH: MUIP SUPERMARKET GROUP SDN. BHD. - ANAK SYARIKAT MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG (NAMA YANG TELAH DIDAFTARKAN)Pihak Berkuasa TempatanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201604/13318Lulus29/04/201629/04/201616:04:00
PEMBUKAAN22376/2016PASARAYA DARULMAKMUR (NAMA YANG TELAH DIDAFTARKAN) CAWANGAN JERANTUT DIBUKA PADA 14.05.2016 SABTU DIMILIKI OLEH: MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANGMajlis Daerah JerantutMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201605/10016Lulus09/05/201610/05/201609:04:40
PASAR RAYA DARULMAKMUR11378/2015PASAR RAYA DARULMAKMUR CAWANGAN BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA AKAN DIBUKA DIMILIKI OLEH MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANGMajlis Daerah MaranKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201503/08496Lulus30/03/201531/03/201515:16:04
12

Kembali ke atas