Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.di/] | اديق

Definisi : 1. saudara kandung (laki-laki atau perem­puan) yg lebih muda; ~ bongsu adik yg ter­muda; ~ kandung = ~ seibu sebapa anak kpd ibu dan bapa seseorang yg lebih muda daripadanya; ~ seayah adik berlainan ibu; ~ seibu adik berlainan ayah; 2. panggilan (khasnya kpd saudara kandung atau saudara mara yg lebih muda atau kpd isteri dan amnya kpd orang yg lebih muda); ~ ipar adik lelaki atau perempuan kpd suami atau isteri seseorang; ~ sanak ayah anak saudara lelaki ayah (yg lebih muda); ~ sanak ibu anak saudara perempuan ibu (yg lebih muda daripadanya); ~ sepupu anak (yg lebih muda) kpd adik atau kakak ayah atau emak seseorang; bulan ~ Maulud bulan Rabiulakhir; beradik 1. mempunyai atau ada adik: biarlah dia bermanja sepuas-puasnya sementara belum ~ lagi; 2. bersaudara kandung: kami tinggal tiga ~ di rumah itu selepas pemergian ayah; adik-beradik, adik kakak 1. (beberapa orang) yg mempunyai hubungan kekeluar­gaan (kerana seayah atau seayah dan seibu), bersaudara; mereka lima ~ mereka lima bersaudara: bergaduh ~ dlm pembahagian harta pusaka; 2. (berlaku) sbg saudara, antara atau selaku adik dgn abang (atau kakak): mari kita bicarakan ~ dahulu; beradik kakak selaku adik dan kakak; memperadik memandang (memanggil, me­nyebut) adik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.di/] | اديق

Definisi : 1 saudara kandung (lelaki atau perempuan) yg lebih muda. 2 panggilan kpd saudara pupu yg lebih muda dan juga kpd isteri khasnya atau kpd orang-orang yg lebih muda amnya. beradik 1 mempunyai adik: Amir belum ~ lagi. 2 bersaudara kandung: Dua ~ itu telah pergi berjumpa dgn Datuk Penghulu. adik-beradik 1 bersaudara kandung: Kami bertiga ini ~. 2 (berlaku) sbg saudara: Mari kita bincangkan perkara ini ~ dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adik

Puisi
 

Itik-itik di Kampung Cina,
     Buah mempelam masak bercahaya;
Adik-adik abang bertanya,
     Berapa bulan kasihkan saya?


Lihat selanjutnya...(305)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
taska si adik genius43003/2016TASKA SI ADIK GENIUSMajlis Bandaraya Shah AlamPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201608/12484Lulus29/08/201630/08/201614:24:04
Al-HAFIF48928/2015- GABUNGAN NAMA ADIK- BERADIK - KEDAI MAKANDewan Bandaraya Kuala LumpurMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201512/08574Lulus16/12/201517/12/201508:08:50
Norman Auto32717/2015Gabungan nama adik kepada pemilik syarikat (Norman), dan bidang automotif yang diceburi oleh syarikat (auto). Kemaskini 1 -Telah dibetulkan.Majlis Perbandaran KluangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201509/05378Lulus01/09/201501/09/201510:50:13
JUALAN AMAL57355/2016JUALAN AMAL UNTUK ADIK SAZIRA BINTI ANUAR Terima kasih kerana menjadi rakyat yang perihatin.Majlis Perbandaran SerembanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201611/13124Lulus15/11/201617/11/201614:59:53
RESTORAN EZZAQIL16177/2014EZZAQIL adalah kombinasi nama adik beradik iaitu EZZANY dan AQILMajlis Perbandaran KluangMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201407/05291Lulus17/07/201417/07/201414:55:09
CHUNLI 3 Brothers Hardware Trading44943/2016Syarikat perkongsian adik beradikMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201609/10413Lulus13/09/201614/09/201608:13:44
ZEEMA33583/2016Antara sebab yang dipilih adalah kerana gabungan nama antara dua adik beradik yang menguruskan syarikat tersebut, iaitu zeeta dan yusma.Majlis Perbandaran Sungai PetaniButikTiadaDBP/KPB/201607/10437Lulus16/07/201618/07/201608:11:51
AURA 9 BARAKAH ENTERPRISE23286/2016Melambangkan keluarga mempunyai sembilan adik-beradikMajlis Perbandaran Sungai PetaniKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201702/09647Lulus31/01/201702/02/201708:03:31

Kembali ke atas