Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.kar] | اکر

Definisi : 1. bahagian tumbuh-tumbuhan yg lazim­nya tumbuh ke dlm tanah; jenis-jenis akar: ~ bergugus, ~ bongsu, ~ luar biasa, ~ menen­gah, ~ serabut, ~ sulung, ~ tunjang; 2. asal usul, asal keturunan: saya sedar akan ~ diri saya sbg seorang Filipina; 3. Id = ~ kata inti kata yg menjadi pangkal erti beberapa kata: kata majmuk terdiri drpd dua atau lebih ~ kata; 4. Id = ~ bilangan bilangan yg diperoleh drpd huraian bilangan lain dgn kuasa tertentu; mis Ö4 = 2; 3Ö125 = 5; 5Ö243 = 3; ~ banir akar yg tumbuh (terdapat) di atas permukaan tanah (spt akar pokok bakau); ~ gantung akar yg bergantung (spt akar pokok beringin); ~ jangkang akar yg menyokong jenis-jenis pokok (spt pokok bakau) yg tumbuh di kawasan berpaya; ~ larat akar yg tampak di atas tanah (spt akar pokok bakau); ~ rambut bahagian yg halus-halus pd akar atau hujung akar; ~ serabut akar yg berambu-rambu atau bercabang kecil-kecil (spt akar pokok buluh); ~ sokong akar yg tumbuh pd buku yg hampir dgn tanah atau yg tumbuh pd dahan, dan fungsinya menyokong pokok (spt akar pokok ara); ~ tunjang akar pd pokok-pokok tertentu yg tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah (utk menegapkan pokok dll); ~ udara akar yg tumbuh di atas permukaan tanah atau yg terdedah di udara (spt akar anggerik); ~ umbi a) akar tunjang; b) kese­luruhan asas (sesuatu) yg kukuh: saya mem­bezakan antara landasan dgn warisan atau ~ umbi kebudayaan Melayu; membong­kar dan mencabut keburukan dgn ~ umbinya sekali; c) golongan biasa atau bawahan yg merupakan teras kpd sesebuah gerakan atau pertubuhan politik; ~ terjumbai tempat siamang berpegang (bergantung) prb drpd perkataannya dapat diketahui kesalahan seseorang; bergantung pd ~ lapuk prb mengharapkan pertolongan pd orang yg lemah; jikalau sepohon kayu banyak ~nya lagi teguh, apakah ditakutkan ribut prb orang yg banyak berjasa tidak perlu takut akan orang lain; kalau pandai mencen­cang ~ mati lalu ke pucuknya prb kalau pan­dai, dgn satu tindakan sahaja dapat mengalah­kan semua orang lain; tiada rotan ~ pun ber­guna prb sementara belum ada yg lebih baik bolehlah dipakai yg ada dahulu; berakar 1. mempunyai akar, (sudah) tumbuh akarnya: benih itu sudah ~; 2. = berurat ~ = ~ umbi telah mendalam benar, sudah berpegang teguh-teguh, sukar hilang (luput): pendapat yg demikian sudah ~ dlm dirinya; 3. = berurat ~ sudah beranak cucu (menetap dll): ia sudah ~ di Singapura; 4. = ~ umbi ber­tapak atau berasas kpd (sesuatu) dan se­terus­nya menjadi kukuh dan berkembang: teori beliau mengatakan bahawa sastera Melayu adalah ~ pd tradisi peribumi; berakarkan mempunyai sesuatu sbg akar atau asal usul, bertunjangkan, berteraskan: baginya amalan yg ~ animisme itu perlu dikikis; mengakar (menjadi) mendalam atau teguh (bkn pendirian, pegangan, dll): kecenderung­an ini semakin ~ dlm masyarakat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.kar] | اکر

Definisi : ; ~ asam riang sj tumbuhan (pokok memanjat), akar iangiang, akar kerayung, Vitis hastata; ~ gasing putih sj tumbuhan (pokok me­manjat), gasing-gasing, Pericamphylus glau­cus (incanus); ~ sekentut sj tumbuhan (pokok memanjat), daun kentut-kentut, ke­sim­­­bukan, Paederia foetida. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.kar] | اکر

Definisi : ® Agar II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.kar] | اکر

Definisi : bahagian tumbuh-tumbuhan (biasanya terdapat dlm tanah) yg menghisap makanan dan air. ~ ceracak akar yg mencuar ke atas dan digunakan utk bernafas (terdapat pd tumbuh-tumbuhan yg hidup terapung di atas air atau yg tumbuh di kawasan yg selalu digenangi air). ~ gigi bahagian gigi yg di dlm gusi. ~ jangkang akar yg keluar menganjur berkeping-keping dr pangkal pokok (spt yg terdapat pd pokok beringin); banir. ~ panjat akar yg terbentuk drpd batang tumbuh-tumbuhan memanjat. ~ serabut akar yg tumbuh spt serabut pd pangkal atau pd batang pokok jenis monokotiledon dan juga pd tekung pokok menjalar. ~ sokong akar yg tumbuh dr batang dan juga dr dahan beberapa jenis pokok (spt pokok mengkuang) dan menjadi sokong yg kuat kpd pokok itu. ~ tumpang akar yg tumbuh pd mana-mana bahagian pokok selain pd akar ulung. ~ tunjang akar yg tumbuh pd pangkal pokok terus ke dlm tanah. ~ udara akar yg tumbuh bergantungan dr sesuatu pokok utk menyerap air dr udara. ~ ulung akar yg mula-mula tumbuh dr biji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akar

Puisi
 

Tetaklah akar akar merah,
     Semut meniti di dalam talam;
Badan berpeluh mataku merah,
     Angkat mengucap di tengah malam.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Baik berjagung-jagung,
     sementara padi belum masak.

Bermaksud :

Sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sementara menanti padi masak, berjagung-jagunglah dulu, b. Sementara mendapat rotan, akar-akar pun jadilah).

 

Lihat selanjutnya...(24)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PENJUAL PAKAIAN AKAR KURNIA28620/2016PENJUAL PAKAIAN AKAR KURNIA PEMBEKAL DAN PENJUAL KELENGKAPAN HAJI, UMRAH DAN ZIARAH, KELENGKAPAN IBADAH, BUSANA MUSLIM DAN MUSLIMAH, KITAB – KITAB DAN MAKANAN SUNNAH DIMILIKI OLEH : AKAR KURNIA SERVICESMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahPakaianTiadaDBP/KPB/201606/11324Lulus09/06/201610/06/201609:22:05
PENJUAL KELENGKAPAN HAJI DAN UMRAH29105/2016PENJUAL KELENGKAPAN HAJI DAN UMRAH AKAR KURNIA DIMILIKI OLEH : AKAR KURNIA SERVICES (JM 0641836 – W) MPJBT (L/I)Majlis Perbandaran Johor Bahru TengahKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201606/11580Lulus12/06/201613/06/201609:16:50
akar daya (m)sdn bhd4918/2014KEDAI ALAT TELEKOMUNIKASI AKAR DAYA (M)SDN BHDDewan Bandaraya Kuala LumpurTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201403/03635Lulus16/03/201417/03/201410:48:20
AKAR WARISAN22839/2015PERKHIDMATAN WANG BERLESENMajlis Bandaraya Johor BahruPerbankanTiadaDBP/KPB/201506/07686Lulus08/06/201516/06/201509:38:43
TAKAFUL MALAYSIA6352/2017DIMILIKI OLEH:AKAR PADU ENTERPRISE ( NAMA PERNIAGAAN )Pihak Berkuasa TempatanInsuransTiadaDBP/KPB/201702/10725Lulus07/02/201708/02/201711:08:05
Papan Tanda Syarikat41864/2016Akar Bina Strategik Sdn Bhd Pengurusan Acara Pengiklanan Latihan Pengubahsuaian Rumah dan Pejabat Cenderamata www.akarbina.comMajlis Perbandaran Subang JayaPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201608/11694Lulus23/08/201624/08/201621:03:15
KLINIK PERGIGIAN45721/2015RAWATAN GIGI AM/GENERAL DENTAL TREATMENTS KORONA/ BRIDGE RAWATAN AKAR/ROOT CANAL TREATMENT PEMUTIHAN GIGI/ WHITENING ORTODONTIK/ORTHODONTIKS IMPLAN GIGI/ DENTAL IMPLANTSMajlis Perbandaran Subang JayaPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201511/07863Lulus16/11/201517/11/201514:51:22
KLINIK PERGIGIAN40380/2016KLINIK PERGIGIAN 017-6068176 -RAWATAN PERGIGIAN AM/ GENERAL DENTAL TREATMENTS -GIGI PALSU -PENSKALERAN ( CUCI GIGI) / SCALING & POLISHING -KORONA (CROWN) / JAMBATAN (BRIDGE) -RAWATAN AKAR / ROOT CANAL TREATMENT -PEMUTIHAN GIGI / WHITENING -ORTODOMajlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201608/10773Lulus17/08/201618/08/201612:29:51
KLINIK PERGIGIAN32248/2015KLINIK PERGIGIAN 017-6068176 -RAWATAN GIGI AM/ GENERAL DENTAL TREATMENTS -GIGI PALSU -PENSKALERAN ( CUCI GIGI) / SCALING & POLISHING -KORONA (CROWN) / JAMBATAN (BRIDGE) -RAWATAN AKAR / ROOT CANAL TREATMENT -PEMUTIHAN GIGI / WHITENING -ORTODONTIK/Majlis Perbandaran Subang JayaPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201508/06131Lulus14/08/201514/08/201515:14:41

Kembali ke atas