Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.mal]/[a.mal] | عمل

Definisi : 1. apa sahaja yg dilakukan, perbuatan, pekerjaan: banyak ~, sedikit bicara; 2. per­buatan baik (yg mendatangkan faedah kpd orang lain): bersedekah ialah satu drpd ~ kebajikan; ~ ibadat perbuatan mengerjakan perkara-perkara yg diwajibkan oleh ajaran agama (spt bersembahyang, berpuasa, mengeluarkan zakat, dll); ~ jariah perbuatan yg diredai Allah utk kepentingan atau faedah masyarakat (spt ber­derma, menolong orang dlm kesusahan, dll), kebajikan kpd orang ramai; beramal 1. berbuat amal, berbuat kebajikan: ia seorang yg suka ~; 2. = ~ ibadat mengerja­kan amal ibadat: tebal imannya dan rajin ~; 3. melakukan sesuatu sbg suatu kebiasaan; mengamalkan 1. melaksanakan, mem­prak­tik­kan, melakukan (sbg suatu kebiasaan): pemuda itu ~ falsafah hidup baharu; ~ segala yg telah dipelajari; kerajaan Malaysia ~ sistem demokrasi berparlimen; 2. membiasa­kan diri melakukan sesuatu (sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan): ~ bangun pagi-pagi dan bersenam; ~ makan buah-buahan tem­pat­­an; amalan 1. sesuatu yg dilakukan (dilaksana­kan, dikerjakan, dsb) sbg suatu kebiasaan; pd ~nya yg sebenarnya berlaku atau terdapat, pd praktiknya, pd kebiasaannya: pd ~nya, hanya sebuah parti politik dan sebuah ke­satuan sekerja sahaja yg dibenarkan ber­gerak dlm sesebuah ladang; 2. perbuatan baik, kebajikan; pengamalan 1. perihal mengamalkan: ~ sistem perhambaan; 2. kesungguhan hati menger­ja­kan sesuatu; 3. pelaksanaan; pengamal orang yg bergiat dlm sesuatu profesion (sbg pekerjaan sehari-harinya): ~ perubatan; ~ undang-undang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öa.mal]/[a.mal] | عمل

Definisi : 1 apa-apa yg dilakukan; perbuatan; pekerjaan; kerja: Tidak ada ~nya yg melayakkan dia dipuji. 2 perbuatan yg baik; sesuatu yg dilakukan utk maksud berbuat kebajikan: Kita hendaklah berbuat ~ kpd makhluk yg lemah. ~ ibadat perbuatan utk berbakti kpd Allah (spt bersembahyang, berpuasa). ~ jariah perbuatan yg diredai Allah utk kepentingan masyarakat (spt berderma). beramal 1 melakukan sesuatu utk kebaikan (spt berderma, memberikan bantuan). 2 melakukan sesuatu supaya menjadi kebiasaan atau supaya mahir. 3 = ~ ibadat mengerjakan amal ibadat. mengamalkan membiasakan diri melakukan sesuatu (sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan); melakukan sesuatu yg dipelajari (diajarkan, dipercayai dll); mempraktikkan: Kerajaan Malaysia ~ dasar demokrasi. Jika saudara ~ senaman ini, insya-Allah saudara akan berasa segar dan sihat. amalan 1 perbuatan yg baik-baik. 2 perbuatan yg biasa dilakukan; kebiasaan. pengamalan perihal atau perbuatan mengamalkan. pengamal orang yg mengamalkan sesuatu (ilmu, fahaman dsb); orang yg bergiat dlm sesuatu bidang pekerjaan (profesion): ~ undang-undang; ~ perubatan tradisional. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amal

Puisi
 

Kirim surat orang seberang,
     Surat ini bunga perada;
Saya pesan pada abang,
     Amal ibadat jangan dilupa.


Lihat selanjutnya...(3)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Majlis Makan Malam Amal41400/2016MEMBERI LEBIH BAIK DARIPADA MENERIMA Majlis Makan Malam Amal Perkataan since 2013 merupakan sebahagian daripada logo persatuan kami, manakala gambar hadiah dan perkataan gift.give merupakan logo bagi tema Majlis Makan Malam Amal tersebut.Majlis Perbandaran Johor Bahru TengahMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201608/11303Lulus20/08/201622/08/201611:46:00
Projek Amal Ramadan26969/2017Projek Amal Ramadan Bubur Lambuk Ukhuwah RM4.00 bersih* *Setiap harga termasuk 6% cukai barang dan perkhidmatan. RM3.00 daripada hasil jualan akan disalurkan kepada badan kebajikan Sepanjang Ramadan 1438H / 2017M Isnin Hingga Jumaat 4.3 petang - 6.Majlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201705/14816Lulus04/05/201707/05/201718:54:49
MAJLIS AMAL 201536221/2015MAJLIS AMAL 2015 'JB CHARITY JAM' AHAD, 8 NOV. DARI JAM 3:00PTG. - 1:00PG. THE MISSION BAR & GRILL, TINGKAT 7, KSL RESORT. PERSEMBAHAN MUZIK SEPANJANG MALAM Dianjurkan oleh:Majlis Bandaraya Johor BahruMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201509/08068Lulus21/09/201522/09/201514:41:55
Pesta Amal Antarabangsa12997/2015Pesta Amal Antarabangsa (dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris & Bahasa Cina) akan diadakan pada 5-9-2015 (Sabtu), dari 8 pagi hingga 2 petang di Taman Jaya, PJ. Untuk maklumat lanjut, sila lawat Facebook (MagnumCares) atau laman web (http://www.magnumcMajlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201504/06466Lulus13/04/201513/04/201516:08:32
JUALAN AMAL57355/2016JUALAN AMAL UNTUK ADIK SAZIRA BINTI ANUAR Terima kasih kerana menjadi rakyat yang perihatin.Majlis Perbandaran SerembanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201611/13124Lulus15/11/201617/11/201614:59:53
LARIAN AMAL32751/2016LARIAN AMAL Untuk Bantuan 4PTG- SABTU - 20 OGOS 2016 JARAK = 8KM PUSAT PENDAFTARAN : LE GRANDEUR / PALM RESORT / TJ MARTMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201607/09613Lulus01/07/201612/07/201609:35:07
LARIAN AMAL37449/2015LARIAN AMAL PALM RESORT RUN 4 FUN 4PTG.-SABTU - 7 NOVEMBER 2015 JARAK JAUH = 8KM PUSAT PENDAFTRAN : LE GRANDEUR/PALM/TJ MARTMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201509/07973Lulus21/09/201522/09/201508:14:28
Projek Amal Ramadhan18345/2015Projek Amal RamadhanMajlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201505/07006Lulus12/05/201518/05/201515:46:23
PROJEK PERUBATAN AMAL12926/2017PROJEK PERUBATAN AMAL Ceramah pada hari Sabtu. 11 Mac 2017 (Dari 7.00 mlm. - 10.00 mlm.) Perubatan dan Ceramah pada hari Ahad. 12 Mac 2017 (Dari 9.30 pg. - 5.30 ptg. dan 7.00 mlm. - 10.00 mlm.) Tempat: Bilik Rafflesia, Tingkat 1, Ujana Kewangan Labuan.Dewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201703/15056Lulus08/03/201709/03/201710:42:27
Bunting Jamuan Amal7932/2017MAJLIS JAMUAN AMAL KUTIPAN DANA AKTIVITI DAN PEMBELIAN AMBULANSMajlis Daerah PontianMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201702/12028Lulus15/02/201716/02/201708:56:32
12345678910...

Kembali ke atas