Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.na/] | انق

Definisi : 1 baka yg diturunkan oleh ibu dan bapa; keturunan yg kedua: ~nya belum bersekolah lagi. 2 manusia yg masih kecil. 3 binatang atau pokok yg masih kecil. 4 orang yg berasal dr sesebuah negeri atau daerah: ~ Pahang; ~ Perak. 5 sesuatu yg lebih kecil drpd yg lain: ~ bukit; ~ jari. ~ Adam manusia. ~ angkat anak yg diambil dan dianggap sbg anak sendiri. ~ ayat ayat kecil yg ada subjeknya serta predikatnya tetapi menjadi sebahagian drpd ayat yg lebih besar; klausa. ~ baju baju dalam. ~ bini (isteri) anak dan isteri. ~ buah a. orang-orang yg termasuk dlm sesuatu keluarga. b. pekerja dlm kapal dll. ~ dacing batu penimbang pd dacing. ~ damak peluru sumpitan. ~ dapat anak yg diambil atau dipungut dr tepi jalan dan dijaga spt anak sendiri. ~ dara (gadis) anak perempuan yg sudah akil baligh tetapi belum berkahwin; perawan. ~ didik seseorang yg dididik, dibimbing atau dilatih supaya cekap dlm mengendalikan sesuatu atau mahir dlm sesuatu bidang. ~ haram (gampang) anak yg dilahirkan luar nikah. ~ jati seseorang yg dilahirkan dan biasanya dibesarkan di sesuatu tempat, kampung, negeri dsb. ~ kandung anak sendiri. ~ kapal pekerja dlm kapal. ~ kunci alat utk membuka kunci. ~ lidah (tekak) daging yg terjuntai pd pangkal kerongkong. ~ luar nikah anak yg dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan yg sah antara ibu dan bapanya; anak haram. ~ mata bahagian yg kecil dan bulat di tengah-tengah bola mata. ~ muda orang yg masih muda; pemuda atau pemudi. ~ murid orang yg masih belajar di sekolah dsb. ~ pagar tiang pagar. ~ panah peluru panah. ~ patung barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; boneka. ~ saudara anak kpd saudara. ~ serigala pasukan pengakap bagi kanak-kanak yg berumur bawah 12 tahun. ~ sulung anak yg tertua. ~ sumbang anak hasil drpd perbuatan sumbang antara orang-orang yg haram berkahwin. ~ sungai sungai yg kecil. ~ tangga bahagian tangga yg dipijak. ~ telinga bahagian telinga luar yg terletak di hadapan daun telinga di sebelah pelipis. ~ teruna pemuda. ~ timbangan batu (besi) dgn berat tertentu sbg pengukur berat barang yg ditimbang. ~ tunggal satu-satunya anak kpd sepasang suami isteri. ~ yatim anak yg bapanya sudah meninggal. anak-anak 1 orang yg masih kecil; anak kecil; kanak-kanak: Dia belum mengerti, masih ~ lagi. 2 = anak-anakan barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; anak patung; boneka. beranak 1 melahirkan anak: Isterinya baru saja ~ di hospital. 2 mempunyai anak: Ia sudah ~ empat, tetapi rupanya masih muda. 3 dgn anak: Dia tiga ~ tinggal di pondok itu. memperanakkan melahirkan (anak): Dia diperanakkan di negeri Kedah. keanak-anakan spt anak-anak (ttg kelakuan): Kelakuannya masih ~ walaupun usianya sudah lanjut. peranakan 1 pundi-pundi tempat anak dikandung dlm perut; rahim. 2 keturunan drpd anak negeri yg berkahwin dgn orang asing: ~ India; ~ Cina. 3 orang asing yg dilahirkan di negara kita: Cina ~ Cina yg dilahirkan di negara kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak

Puisi
 

Anak-anak di kayu tinggi,
     Tempat galah si daun pisang;
Anak dagang menumpang di sini,
     Bajulah basah kering di pinggang.


Lihat selanjutnya...(627)
Peribahasa

Anak harimau takkan menjadi anak kambing.

Bermaksud :

Orang yang berani takkan penakut. (Bandingkan dengan: a. Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat, b. Anak kambing takkan menjadi anak harimau).

 

Lihat selanjutnya...(181)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
TADIKA ANAK-ANAK BESTARI27743/2016تاديكا انق٢ بستاري TADIKA ANAK-ANAK BESTARI NO. 11, JALAN PLATINUM 7/56A, 40000, SHAH ALAM, SELANGOR D.E. TEL. : 019-2972685Majlis Bandaraya Shah AlamPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201606/10644Lulus03/06/201607/06/201617:35:39
Taska Permata Aulad Kreatif4272/2017Permata - anak-anak yang dihargai Aulad - anak-anak kecil Kreatif - mempunyai idea-idea yang menarikMajlis Bandaraya Petaling JayaPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201701/14259Lulus23/01/201723/01/201716:31:42
Sila Awasi Anak-anak Anda24106/2014Sila Awasi Anak-anak AndaMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201410/04767Lulus08/10/201413/10/201409:39:51
TASKA SERI UMI18708/2017TASKA SERI UMI Mendidik Anak-anak Menjadi Cemerlang, Gemilang dan Terbilang "pengasuh Ceria, Anak-anak Gembira" Taska Seri Umi, No. 1, Jalan TJ 8/5, Taman Temerloh Jaya, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur. Maklumat Lanjut, Hubungi: 09-296 0875Majlis Perbandaran TemerlohPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201704/13627Lulus01/04/201703/04/201718:35:28
PERKMPUNGAN ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN SELURUH MELAKA 201426539/20143 - 7 Nobember 2014Majlis Perbandaran Alor GajahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201411/03565Lulus31/10/201403/11/201413:51:26
PERKMPUNGAN ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN SELURUH MELAKA 201426538/2014TiadaMajlis Perbandaran Alor GajahMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201410/06441Lulus31/10/201431/10/201415:00:45
MAJLIS MERAIKAN ANAK ANAK YATIM5671/2015TiadaMajlis Perbandaran Alor GajahMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201502/05894Lulus13/02/201518/02/201511:10:24
ASINGKAN DEMI MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA926/2015TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201607/11813Lulus24/08/201526/07/201612:28:49
HASN51737/2016*MAJLIS PENYERAHAN ANAK-ANAK POKOK UNTUK TAMAN MINI SEKOLAH *PERINGKAT NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS *22 HB. Oktober 2016Majlis Perbandaran SerembanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201610/13950Lulus20/10/201621/10/201609:04:46
Kasih Sayang25542/2016Kasih Sayang Membuatkan anak-anak tersenyum riang bersama fiffyMajlis Daerah Hulu SelangorPakaianTiadaDBP/KPB/201605/12711Lulus24/05/201625/05/201611:19:39
12345678910...

Kembali ke atas