Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sam] | اسم

Definisi : 1. segala sesuatu yg masam rasanya: dia suka benar makan ~; 2. berasa spt rasa cuka, masam (spt rasa mangga muda): ~ benar buah ini; ~ arang Id asid karbonik; ~ belerang Id asid sulfur; ~ garam a) berbagai-bagai jenis asam ber­­serta garam: segala persediaan diminta oleh bidan, ~ garam, buah keras, dll; b) ki berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka); ~ ko Kd sj buah masam yg dikeringkan, asam masin; tahu ~ garam tahu selok-belok sesuatu; ~ di darat, ikan di laut (= garam di laut, ~ di gu­nung) bertemu dlm belanga = laksana garam dgn ~ prb kalau sudah jodoh akan bertemu juga betapa pun jauhnya (jodoh itu tidak dapat ditentukan); sudah se~ dan segaramnya prb sudah tidak ada celanya (peker­jaan, perbuatan); sudah banyak makan ~ garam prb sudah banyak pengalaman; mengasam membersihkan (sesuatu) dgn asam: ~ keris; mengasami membubuh asam pd; mengasamkan merendam (bahan makanan tertentu) dlm cuka atau asam supaya masam, menjeruk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sam] | اسم

Definisi : sj tumbuhan (pokok); ~ belanda sj tumbuhan (herba dan buahnya), Hibiscus sabdariffa; ~ jawa sj tumbuhan (pokok dan buahnya yg digunakan dlm masakan), Tama­rin­dus indica; akar ~ kumbang sj tumbuhan (pokok memanjat), akar sulur kerang, akar kucing suci, Embelia ribes. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sam] | اسم

Definisi : 1 (be)rasa spt rasa cuka; masam. 2 segala benda yg masam rasanya. ~ garam berbagai-bagai asam berserta garam. ~ gelugur (keping) buah gelugur yg telah dipotong-potong serta dikeringkan dan digunakan dlm masakan dsb. ~ jawa nama sj pokok atau buahnya, Tamarindus indica. mengasam membasuh sesuatu dgn asam: ~ keris. mengasamkan menjadikan masam dgn membubuh asam atau cuka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asam

Puisi
 

Bukan asam sebarang asam,
     Asam kandis dari seberang;
Bukan hitam sebarang hitam,
     Tidak puas mata memandang.


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Keluk paku asam (= kacang) belimbing;
     anak dipangku kemanakan dibimbing.

Bermaksud :

Anak dan kemanakan haruslah sama-sama dididik dan dipimpin.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
kedai makan18442/2016KEDAI MAKAN TWO CITY Patin Lemak Tempoyak . Daging Salai Lemak Cili Padi Baung Lemak Cili Padi .Asam Pedas . Patin Asam Tempoyak Waktu Urus Niaga : 11.00 pagi - 3.30 petang (Nasi Campur) 5.30 petang - 12.00 malam (Makanan Thai) No. Telefon : 012 747Majlis Perbandaran KluangMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201604/12062Lulus21/04/201621/04/201610:03:52
WARUNG ASAM PEDAS MAMA29024/2017WARUNG ASAM PEDAS MAMAMajlis Daerah BentongMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201705/16338Lulus12/05/201715/05/201716:50:19
KLUANG ASAM PEDAS2994/2017RESTORAN KLUANG ASAM PEDAS IKAN BAKAR DAN MASAKAN PANAS DIMILIK OLEH SIX STEPS HEAVEN ENTERPRISE (JM0749327-U)Majlis Perbandaran KluangMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201701/13348Lulus16/01/201717/01/201709:29:03
Empayar Asam Pedas14190/2016RESTORAN EMPAYAR ASAM PEDAS Sedap Sentiasa... Dimiliki oleh: EMPAYAR HMH (JM0759154-H)Majlis Perbandaran Johor Bahru TengahMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201603/12781Lulus30/03/201630/03/201615:13:41
WARUNG ASAM PEDAS MELAKA6353/2016WARUNG ASAM PEDAS MELAKAMajlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201602/07718Lulus12/02/201615/02/201608:56:47
RESTORAN ASAM PEDAS SIMPANG AMPAT56873/2016RESTORAN ASAM PEDAS SIMPANG AMPATMajlis Perbandaran Alor GajahMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201611/12414Lulus14/11/201615/11/201608:16:23
JOHOR ASAM PEDAS13338/2016GERAI MAKANAN JOHOR ASAM PEDASMajlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201603/12905Lulus31/03/201631/03/201608:37:43
RESTORAN ASAM PEDAS CLAYPOT PUTRA41413/2015RESTORAN ASAM PEDAS CLAYPOT PUTRAMajlis Daerah KulaiMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201510/10557Lulus28/10/201529/10/201507:54:08
RESTORAN ASAM PEDAS LIMAU PURUT7725/2015RESTORAN ASAM PEDAS LIMAU PURUT (JM0575501-W)Majlis Perbandaran Pasir GudangMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201503/05586Lulus07/03/201510/03/201508:38:46
RESTORAN ASAM PEDAS IKAN BESAR5291/2015RESTORAN ASAM PEDAS IKAN BESARMajlis Perbandaran Batu PahatMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201502/05549Lulus10/02/201513/02/201514:54:42
12345678

Kembali ke atas