Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ca] | باچ

Definisi : ; ruang ~ bilik tempat membaca;membaca 1. memerhatikan isi sesuatu yg tertulis atau tercetak dgn teliti dan memahamkan makna kandungannya: ~ akhbar (buku, novel, surat, dsb); 2. mengucapkan apa yg tertulis atau tercetak pd buku, papan tanda, dsb secara lisan (dgn kuat): ia ~, adikadiknya mendengar; ~ khutbah berkhutbah; ~ al-Quran mengucapkan ayat-ayat suci al-Quran dgn kuat dan berlagu, mengaji al-Quran; 3. memahamkan makna sesuatu (spt tanda, huruf, dsb) tidak dgn mata tetapi dgn jari-jari: ~ Braille; 4. melihat dan mencatatkan angka yg ditunjukkan pd meter (termometer dsb): ~ meter elektrik; 5. membuat kesimpulan tentang sifat (tujuan, kehendak, dsb) seseorang dgn melihat seseorang secara luaran sahaja: drpd tutur katanya, saya dapat ~ hati budinya; ~ isi hati seseorang; bagaimana British ~ sikap orang Melayu sebelum Malayan Union? 6. mengucapkan baris-baris sajak dgn penuh perasaan di hadapan penonton, mendeklamasi: ~ sajak; 7. meneliti garis-garis pd tapak tangan utk meramalkan nasib seseorang: dia pandai ~ tapak tangan;membacai 1. membaca berkali-kali, mempelajari; 2. Jw menyindir-nyindir;membacakan membaca utk: ia ~ anaknya cerita-cerita dongeng;terbaca membaca secara kebetulan, terjumpa sesuatu (berita dsb) lalu membacanya: saya ada ~ tentang gejala yg serupa ini dlm alam bahasa Jepun; keterbacaan darjah betapa senang atau sukarnya memahami sesebuah teks;bacaan 1. bahan utk dibaca: di kapal itu, disediakan juga ~; ~ ringan bahan bacaan yg kandungannya bukan tentang hal-hal (perkara-perkara) yg serius atau yg (agak) sukar difahami; 2. cara membaca: ~ al-Quran akan diadili oleh pengadil antarabangsa; 3. hasil yg dibaca: jika alat menyukat perjalanan minyak menunjukkan ~ yg rendah, enjin hendaklah dihentikan; 4. yg digunakan utk membaca: bilik ~; bahan ~;pembacaan 1. perbuatan (usaha, kegiatan, dsb) membaca (buku, akhbar, majalah, dsb): Hikayat Panji Semirang yg diusahakan ini ialah hasil drpd ~ hikayat-hikayat tulisan tangan; ~ akhbar dlm waktu pejabat tidak dibenarkan; suatu tugas besar perpustakaan awam berusaha menggalakkan ~ yg lebih luas di kalangan orang ramai; 2. perbuatan, perihal membaca (meter dsb): ~ meter dibuat setiap awal bulan; 3. perbuatan membaca (mendeklamasi): selain ceramah, akan diadakan pula ~ sajak;pembaca orang yg membaca: majalah ini banyak mempunyai ~nya; ~ pruf orang yg tugasnya membaca (meneliti) pruf dan membetulkan kesilapan yg didapati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ca] | باچ

Definisi : ; membaca 1 membunyikan huruf-huruf yg ditulis; melihat dan memahami apa-apa yg tertulis: Ibu saya sedang ~ Quran. 2 menyebut atau melafazkan sesuatu perkataan atau ayat yg telah dihafaz: Sebelum kami makan, ayah akan ~ doa terlebih dahulu. membacakan membaca utk: Ibu ~ adik cerita sebelum tidur. terbaca 1 dpt atau boleh dibaca. 2 membaca dgn tidak sengaja. keterbacaan keadaan dpt atau boleh dibaca dan difahami: Buku itu kurang mendapat sambutan kerana tahap ~nya tinggi. bacaan 1 bahan utk dibaca (spt buku); apa-apa yg dibaca: Di perpustakaan, banyak terdapat buku ~. 2 cara membaca; hasil membaca: ~nya lancar sekali. pembacaan perbuatan atau hal membaca. pembaca orang yg membaca: Saya ingin menjadi ~ berita di radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baca

Puisi
 

Buah bacang sebiji bulat,
     Belum hiris masam dulu;
Tuan pergi kukirim surat,
     Belum baca menangis dulu.


Lihat selanjutnya...(9)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
BACA-The Reading Room & Cafe36838/2016BACA-The Reading Room & Cafe (Nama Kedai) Mempersembahkan Malam Sajak 6/8/2016 9 malam Datang, dengar dan baca sajak @BACA, DYNATON BUKIT ANGINMajlis Perbandaran TemerlohMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201607/12526Lulus28/07/201629/07/201614:01:08
BACA36406/2015KAFE BUKU BACA BUKU DAN KOMIK Dimiliki oleh The Reading Room & Cafe (CT0035070-T)Majlis Perbandaran TemerlohMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201509/07830Lulus19/09/201521/09/201508:00:46
Banner baca dan solat 12x4.548855/2015The LITTLE CALIPHS PROGRAM :: Benefiting from both worlds:: } adalah LOGO RASMI program yang berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia. ISLAM INGGERIS KREATIF Program Prasekolah Baca dan Solat seawal 4 tahMajlis Perbandaran TemerlohPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201512/06991Lulus04/12/201507/12/201508:02:38
PANDAI SOLAT PANDAI BACA SEAWAL 4 TAHUN1568/2014TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201503/04787Lulus15/12/201402/03/201517:26:57
Signboard Q-dees17201/2017TADIKA BACA RIA, Q-dees STARTERS *logoMajlis Perbandaran SerembanPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201703/18550Lulus24/03/201727/03/201709:44:41
IKLAN KEDAI1651/2014BACA BUKU BUKA DUNIAMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201401/03640Lulus26/01/201427/01/201415:52:50
Permohonan Lesen Iklan11483/2016PUSAT PERKEMBANGAN MINDA BACA RIANGMajlis Perbandaran Batu PahatPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201603/10340Lulus12/03/201614/03/201608:35:45
KELAS TUISYEN INTENSIF24391/2016KELAS TUISYEN INTENSIF; CEPAT BACA TULIS EJA; BM BI BC MATEMATIK SAINS; UMUR 4-16 TAHUN; MUDAH DAN BERKESAN; RESULTS ORIENTED; 012-2149739Majlis Bandaraya Petaling JayaPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201605/11646Lulus18/05/201619/05/201612:18:25
Pesta Buku Selangor 2015 (Banner)33308/2014BACA DAN INOVASI KE MATA DUNIA 29 Januari - 8 Februari 2015 10 pagi - 9 malam 10 pagi - 10.30 malam (Sabtu dan Ahad) SACC Shah AlamMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201412/06218Lulus29/12/201430/12/201415:43:14
Pesta Buku Selangor 2015 (Bunting)33307/2014Baca dan Inovasi Ke Mata DuniaMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201412/06217Lulus29/12/201430/12/201415:42:52
12

Kembali ke atas