Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bang.kit] | بڠکيت

Definisi : 1. jaga drpd tidur; 2. berdiri drpd duduk atau tidur: ia ~ drpd duduk; 3. hidup kembali: ~ dr kubur; 4. naik (ke udara): debu ~ ke udara; 5. terbit, datang (keadaan, perasaan dll); ~ gilanya datang gilanya; ~ marahnya terbit marahnya; ~ hatinya timbul keberaniannya; 6. kembang, muai (adunan): kek yg saya buat tidak ~; 7. sedar dan bergerak utk mencapai kemajuan, sedar dan maju;berbangkit 1. timbul atau terbit (bkn perasaan, perkara dsb); perkara ~ perkara (hal atau soal) yg ditimbulkan dlm mesyuarat berdasarkan minit atau catatan mesyuarat yg lalu; 2. berbalik (bkn penyakit); membangkit 1. menggerakkan supaya bangkit, mengangkat: ~ lukah yg ditahan; 2. menimbulkan, mengakibatkan (penyakit, marah, dll): ~ marah; 3. = membangkit-bangkit membongkar perkara yg lama, mengungkit: mereka bertengkar ~ hal-hal yg sudah lampau; 4. Mn memungut (menggali) hasil kebun dll;membangkitkan 1. membangunkan (orang tidur), menghidupkan kembali (orang mati): di padang mahsyar manusia dibangkitkan Allah drpd mati; 2. mengangkat ke atas: ~ pedang ke udara; 3. menimbulkan: ~ semangat orang-orang muda; ~ selera;bangkitan 1. = bangkit-bangkitan soal lama yg dibongkar-bongkar; 2. Mn hasil tanaman; 3. ucapan-ucapan bomoh utk membangkit orang halus (dlm permainan puteri);kebangkitan 1. kebangunan, kesedaran serta kegiatan yg membawa kemajuan: ~ bangsa Asia; ~ Islam sebenarnya harus didukung oleh tradisi ilmu yg mampu melahirkan tamadun besar; 2. pemberontakan: mereka mendakwa bahawa adanya penceroboh-penceroboh itu sbg satu ~ dr dlm negeri;pembangkitan perihal (perbuatan, kegiatan, dsb) membangkitkan sesuatu atau seseorang;pembangkit 1. orang yg membangkitkan (perkara lama dll); 2. alat yg membangkitkan; ~ tenaga elektrik Id alat yg membangkitkan kuasa elektrik, jana kuasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bang.kit] | بڠکيت

Definisi : 1 berdiri drpd duduk atau drpd berbaring: Beliau ~ dr katilnya lalu duduk di atas kerusi. 2 terjaga drpd tidur; bangun: Tiap-tiap hari, saya ~ pd pukul enam pagi. 3 = berbangkit timbul; terbit (bkn perasaan marah dll): ~ marahnya apabila dia melihat adiknya dipersendakan orang. 4 naik (bkn adunan, debu dll). berbangkit 1 timbul atau terbit (bkn perasaan, perkara dll): perkara ~ perkara yg ditimbulkan dlm mesyuarat berdasarkan catatan atau minit mesyuarat yg lalu. 2 berbalik (bkn penyakit). membangkit-bangkit menyebut-nyebut perkara yg lama-lama; menceritakan hal yg sudah-sudah: Jangan suka ~ hal yg lama, nanti tidak kekal persahabatan kita. membangkitkan 1 menggerakkan orang tidur supaya bangun; membangunkan: Waktu asar sudah masuk, pergilah engkau bangkitkan ayah yg sedang tidur. 2 menyebabkan datang sesuatu perasaan; menimbulkan sesuatu perasaan: Cerita yg mengharukan dan ~ semangat kita ialah kisah perjuangan seorang perajurit muda yg bernama Leftenan Muda Adnan. kebangkitan 1 hal bangkit: Parti itu menggalakkan ~ semangat kebangsaan Melayu. 2 hal dibangkitkan kembali: Ayat ini membuktikan adanya hari kiamat dan ~ selepas mati. pembangkitan usaha atau hal membangkitkan (fahaman, kesedaran dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangkit

Puisi
 

Rumah kecil tiangnya empat,
     Bangkit pagi merebus ketupat;
Pecah tempurung katak melompat,
     Barulah tahu timur dan barat.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kepala rebah mata melayang,
     bantal bangkit main wayang.

Bermaksud :

Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mata kejam, bantal membuat ragam, b. Mata tidur, bantal berjaga).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
SUKAN SEA KE-29 - BANGKIT BERSAMA OHB6065/2017BANGKIT BERSAMA SUKAN SEA KE-29 SUKAN PARA ASEAN KE-9 BANGKIT BERSAMA MERUPAKAN SLOGAN UNTUK KL SEA GAMES 2017 UNTUK RUJUKAN TUAN/PUANDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201702/10198Lulus03/02/201706/02/201710:10:20
SUKAN SEA KE-29 - BANGKIT BERSAMA6063/2017BANGKIT BERSAMA SUKAN SEA KE-29 19 - 31 OGOS 2017 SUKAN PARA ASEAN KE-9 17 - 23 SEPT. 2017 BANGKIT BERSAMA MERUPAKAN SLOGAN UNTUK KL SEA GAMES 2017 UNTUK RUJUKAN TUAN/PUANDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201702/10196Lulus03/02/201706/02/201710:07:18
SUKAN SEA KE-29 - AYUH BANGKIT BERSAMA BM6062/2017AYUH BANGKIT BERSAMA SUKAN SEA KE-29 19 - 31 OGOS 2017 SUKAN PARA ASEAN KE-9 17 - 23 SEPTEMBER 2017 BANGKIT BERSAMA MERUPAKAN SLOGAN UNTUK KL SEA GAMES 2017 UNTUK RUJUKAN TUAN/PUANDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201702/10195Lulus03/02/201706/02/201710:06:39
Bangkit Berjaya di Tuisyen Hikmah48835/2015Bangkit Berjaya di Tuisyen Hikmah Seksyen 23 03 - 5541 1771 013 - 325 3369Majlis Bandaraya Shah AlamPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201512/06607Lulus01/12/201502/12/201512:18:54
SUKAN SEA KE-29 - SELAMAT DATANG6064/2017BANGKIT BERSAMA SELAMAT DATANG KE TEMASYA KUALA LUMPUR 2017 SUKAN SEA KE-29 SUKAN PARA ASEAN KE-9 BANGKIT BERSAMA MERUPAKAN SLOGAN UNTUK KL SEA GAMES 2017 UNTUK RUJUKAN TUAN/PUANDewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201702/10197Lulus03/02/201706/02/201710:10:00
Sale Bangkit 20151568/2015Jualan Murah 2015 penghabisan stok jubah Rm128 Rm55 Korea XXXXL Rm69 Rm32Majlis Bandaraya Johor BahruPakaianTiadaDBP/KPB/201501/05367Lulus19/01/201520/01/201509:39:35
seminar bangkit 20142213/2014Tempat, Tarikh, Masa, Nombor Untuk Dihubungi, Slogan kata & gambarMajlis Bandaraya Johor BahruMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201402/03105Lulus08/02/201410/02/201408:45:27
100 Plus31891/2017Bangkit Bersama Minuman Isotonik Rasmi Kuala Lumpur 2017 Sukan Sea Ke-29, Sukan Para Asean ke-9 Sukan Sea Ke-29 19-30 Ogos 2017 Sukan Para Asean Ke-9 17-23 Sept. 2017 Baharu 100 Plus Active Replenish Tanpa Karbonasi Mengandungi Vitamin BDewan Bandaraya Kuala LumpurSukan dan PeralatanTiadaDBP/KPB/201705/19055Lulus25/05/201726/05/201719:57:10
100 Plus_07041720692/2017BANGKIT BERSAMA” will be SEA Games taglineTiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/15883Lulus12/04/201713/04/201709:49:14
Sea Games 20178812/2017Bangkit Bersama Mengejar KegemilanganDewan Bandaraya Kuala LumpurSukan dan PeralatanTiadaDBP/KPB/201702/12632Lulus20/02/201720/02/201712:21:21
12

Kembali ke atas