Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.pa] | باڤ

Definisi : 1. ayah; ibu ~ orang tua; 2. saudara lakilaki ibu atau bapa: ~ ngah; 3. panggilan kpd orang tua sbg tanda hormat kepadanya; 4. perintis jalan, pelopor: Dato’ Onn dapat dianggap ~ kemerdekaan Malaya; 5. Id orang yg dipandang sbg orang tua (spt guru, ketua kampung, dsb); ~ angkat orang yg tidak ada pertalian darah tetapi dianggap sbg bapa sendiri; ~ ayam a) ayam jantan; b) bapa yg tidak mempedulikan anaknya; c) lelaki yg memperdagangkan pelacur; ~ balar Tr kerbau jantan yg balar; ~ besar datuk; ~ cik a) adik laki-laki bapa atau emak; b) panggilan anak-anak kpd orang laki-laki dewasa; ~ kecil = ~ muda bapa cik; ~ saudara abang atau adik lelaki kpd ibu atau bapa; ~ Suci Paus (di Rom); ~ tiri suami emak (bukan bapa kandung); ~ tunggal lelaki bergelar ayah yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran isteri kerana perceraian, kematian dsb;sebapa mempunyai bapa yg sama (tetapi berlainan emak), seayah; berbapa 1. mempunyai bapa, berayah: sejak kecil lagi dia sudah tidak ~; 2. menganggap seseorang sbg bapa, berayah; 3. menyebut bapa;berbapakan mempunyai seseorang (yg berbangsa, berpekerjaan, bersifat, dsb yg dinyatakan) sbg bapa, berayahkan: ~ seorang Inggeris; ~ seorang polis; ~ seorang yg pembengis;kebapaan sifat sbg bapa, keayahan: dia menunjukkan sifat-sifat ~ yg tulen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.pa] | باڤ

Definisi : 1 orang tua kita yg lelaki; ayah: Sebelum keluar rumah, ia meminta izin ibu dan ~nya. 2 panggilan kpd orang lelaki yg dpt dianggap bapa dr segi usia: ~ hendak ke mana? 3 orang yg mula-mula menubuhkan sesuatu pergerakan serta banyak pula pengikutnya; pelopor: Beliau bolehlah dianggap sbg ~ kemerdekaan Malaysia. ~ saudara saudara lelaki kpd ibu atau kpd bapa sendiri: ~ tiri lelaki yg berkahwin dgn ibu kita sesudah ayah kita meninggal atau sesudah ayah bercerai dgn ibu kita. ~ tunggal lelaki bergelar ayah yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa isterinya kerana perceraian, kematian dsb. berbapa mempunyai bapa: Asyraf tidak ~ sejak kecil lagi. berbapakan mempunyai seseorang sbg bapa; berayahkan: Saufi ~ seorang pejuang bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bapa

Puisi
 

Senggarang Batu Pahat,
     Emak garang bapa jahat;


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Kasih bapa sepanjang jalan,
     kasih anak sepanjang penggalan.

Bermaksud :

Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak. penggalan = potongan.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
selamat hari bapa22530/2015- selamat hari bapa - saya sayang bapa saya - hadiah percuma dengan sebarang pembelian di kedai kami - menyediakan kek yang lazat khas untuk hari bapa - sila hubungi: 09-5393213Majlis Perbandaran KuantanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201506/07323Lulus11/06/201512/06/201510:45:51
Promosi Hari Ibu Bapa23632/2016Promosi Hari Ibu Bapa 双亲节快乐 Sebagai tanda penghargaan kepada ibu bapa hadiahkan sesuatu istimewa untuk mereka 感恩的心 回馈双亲 父母亲节,感恩您从头到脚为您而设特被推荐每项只收 RM49Majlis Perbandaran MuarMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201605/11007Lulus14/05/201617/05/201608:05:08
Sayangi ibu bapa anda24022/2017Sayangi ibu bapa anda 1 Mei - 18 Jun 2017 Slumberland Mattress Gallery @ Lot F-55 IDCC Mall T 03-5031 0099 M 016-929 0905 (Lee)Majlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201704/17949Lulus20/04/201721/04/201711:04:03
SELAMAT HARI BAPA27874/2016UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI BAPA SEDUNIA.Majlis Perbandaran Port DicksonMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201606/10531Lulus06/06/201607/06/201614:44:11
HARI IBU BAPA21555/2016SELAMAT HARI IBU BAPA,VITAMIN TREATMENT,ND-YAG LASER,Promosi 2 Orang,BELI 1 PERCUMA 3Majlis Daerah SegamatHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201605/09445Lulus04/05/201605/05/201614:28:13
Promosi Hari Ibu Bapa20635/2016PROMOSI HARI IBU BAPA 欢庆双亲节大优惠 SERUNDING AYAM罐装肉松 BELI买2PERCUMA送1Majlis Perbandaran MuarMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201604/13189Lulus28/04/201629/04/201609:00:47
Sambutan Hari Ibu Bapa19596/2016Sambutan Hari Ibu Bapa Minta maaf, attach file salah.Pihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201604/12621Lulus25/04/201626/04/201608:53:09
SELAMAT HARI IBU BAPA16199/2015SELAMAT HARI IBU BAPAMajlis Perbandaran KluangMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201504/08892Lulus28/04/201530/04/201509:01:55
promosi hari ibu bapa6843/2014promosi hari ibu bapaTiadaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201404/03357Lulus07/04/201408/04/201408:30:04
SELAMAT HARI IBU BAPA28541/2017SELAMAT HARI IBU BAPAMajlis Perbandaran Ampang JayaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201705/16036Lulus11/05/201713/05/201722:54:48
123456789

Kembali ke atas