Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bé.bas] | بيبس

Definisi : (bébas) 1. tidak terhalang (utk bergerak, bercakap, dll), tidak terkongkong, tidak terkurung, lepas, leluasa: angkasa ~; dunia ~; politik ~; setiap orang ~ mengeluarkan pendapatnya; 2. lepas drpd kewajiban (tuntutan, ketakutan, cukai, hukuman, dll): ia ~ drpd kewajiban memberi belanja kpd bekas isterinya; tidak seorang pun ~ drpd cukai; 3. merdeka (tidak dikuasai oleh negara lain): negara-negara ~ menjadi ahli BB; ~ cukai tidak dikenakan sebarang cukai (tentang perniagaan, barang, dll); ~ tol a) tidak dikenakan bayaran utk panggilan telefon: syarikat itu menyediakan satu talian telefon ~ tol; b) tidak dikenakan bayaran utk menggunakan jalan raya, jambatan dll: kerajaan akan menyediakan laluan alternatif ~ tol bagi setiap jalan bertol;membebaskan 1. memberi keadaan bebas (utk bergerak, bercakap, dll), memberi keleluasaan, melepaskan: baru beberapa hari dibebaskan drpd tahanan, ia sudah mencuri lagi; 2. melepaskan drpd kewajiban (tuntutan, tekanan, hukuman, dll): tidak patut ia ~ diri drpd tanggungjawab terhadap gadis itu; 3. memerdekakan (drpd kekuasaan lain): angkatan bersenjata Sekutu ~ Yunani drpd tangan Fasis; 4. memberhentikan (drpd tugas atau jawatan): pegawai itu dibebaskan drpd jawatannya;kebebasan perihal (keadaan) bebas, kemerdekaan: Kedah mencari ~ negerinya drpd takluk orang-orang Siam; ~ akhbar kebebasan surat khabar menyiarkan berita (membuat ulasan dsb) tanpa dikongkong atau disekat;pembebasan perihal (perbuatan, tindakan, usaha) membebaskan: negara itu meneruskan perjuangan ~ wilayahnya yg diduduki musuh; pembebas orang (alat dll) yg membebaskan: kuman ~ nitrogen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bé.bas] | بيبس

Definisi : /bébas/ 1 tidak dihalang atau tidak disekat-sekat melakukan sesuatu: Tiap-tiap murid ~ memberikan pendapatnya. 2 tidak dikenakan apa-apa hukuman dsb; lepas drpd sebarang tuduhan dsb: Sekarang saya berasa gembira sekali kerana ~ drpd perasaan takut dan curiga. 3 tidak diperintah oleh negara-negara lain; merdeka: Bermula dr 31 Ogos 1957, negara kita ~ drpd penjajahan Inggeris. ~ tol a. (bkn talian atau panggilan telefon) tidak dikenakan bayaran: talian ~ tol. b. (bkn jalan raya, jambatan dsb) tidak dikenakan bayaran jika menggunakannya: Mereka menggunakan laluan ~ tol utk pulang ke kampung. membebaskan 1 membiarkan bergerak dan melakukan sesuatu dgn bebas: Tepat pd pukul empat petang, ia ~ anak-anaknya keluar bermain-main. 2 melepaskan seseorang drpd sebarang hukuman dsb: Tuan Hakim telah ~ Ali drpd tuduhan mencuri. 3 memberikan kemerdekaan; memerdekakan: Kita mesti bekerja keras dan sanggup berdikari utk ~ negara kita drpd cengkaman penjajah. kebebasan keadaan atau hal bebas: Pihak pembangkang telah diberi ~ utk mengemukakan pendapat di parlimen. terbebas dpt bebas atau dibebaskan; dlm keadaan bebas: Kebanyakan haba ~ dr badan ke alam sekitar melalui proses sinaran. pembebasan hal, cara, perbuatan membebaskan. pembebas 1 orang yg membebaskan. 2 alat yg digunakan utk membebaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bebas

Puisi
 

Ambil parang pergi menebas,
     Dahannya jatuh merata-rata;
Dulu hamba mergastua bebas,
     Sekarang dijerat si molek jelita.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai jawi terkurung siang.

Bermaksud :

Sangat gelisah kerana tidak bebas.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Pengangan Bebas31924/2016~Pengangan Bebas ~Superlink 3 Tingkat ~ Tempahan Kini Dibuka ~ Komuniti Selamat ~Gaya hidup teknologi sistem keselamatan terkiniMajlis Perbandaran SelayangPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201606/14222Lulus30/06/201630/06/201614:16:49
Nandos Talian Bebas Tol7790/2016Talian Bebas Tol Untuk penghantaran ayam PERI-PERI, hubungi segera 1300-88-6555 .Nandos LogoMajlis Perbandaran KuantanMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201602/08835Lulus23/02/201623/02/201616:34:40
BEBAS UBAT30126/2015MELEGAKAN SAKIT DAN PENYAKIT BEBAS UBATMajlis Bandaraya Petaling JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201508/05043Lulus05/08/201505/08/201515:20:09
bebas polisterin64681/2016Shah Alam Ke Arah Pengurangan Beg Plastik dan Bebas Polisterin 2017 - Bawa bekas makanan - gunakan bekas makanan mesra alam - tidak menggunakan beg plastik - tidak menggunakan bekas polisterinMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201612/13361Lulus22/12/201623/12/201609:07:02
Adakah premis anda bebas daripada anai-anai32500/2016Adakah premis anda bebas daripada anai-anai? Sila hubungi kami untuk mendapatkan pemeriksaan percuma.Majlis Bandaraya Johor BahruMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201607/09232Lulus30/06/201601/07/201609:28:02
Adakah premis anda bebas daripada anai-anai?10371/2016Adakah premis anda bebas daripada anai-anai? Sila hubungi kami untuk mendapatkan pemeriksaan percuma.Majlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201603/09557Lulus07/03/201608/03/201609:40:42
ANDA KINI MEMASUKI ZON MELAKA BEBAS ASAP ROKOK1460/2014ANDA KINI MEMASUKI ZON MELAKA BEBAS ASAP ROKOKMajlis Bandaraya Melaka BersejarahMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201401/03820Lulus29/01/201429/01/201415:20:52
SHAH ALAM KE ARAH PENGURANGAN BEG PLASTIK DAN BEBAS POLISTIRENA1073/2017Shah Alam Ke Arah Pengurangan Beg Plastik dan Bebas Polistirena #BEBASPLASTIK 7 HARI SEMINGGU BAWA BEKAS MAKANAN GUNAKAN BEKAS MAKANAN MESRA ALAM TIDAK MENGGUNAKAN BEG PLASTIK TIDAK MENGGUNAKAN BEKAS POLISTIRENAMajlis Bandaraya Shah AlamMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201701/12027Lulus06/01/201709/01/201712:33:20
SHAH ALAM KE ARAH PENGURANGAN BEG PLASTIK DAN BEBAS POLISTIRENA 2017731/2017Shah Alam Ke Arah Pengurangan Beg Plastik dan Bebas Polistirena 2017 - Bawa Bekas Makanan - Gunakan Bekas Makanan Mesra Alam - Tidak Menggunakan Beg Plastik - Tidak Menggunakan Bekas Polistirena Makluman Sekiranya pihak peniaga/penjaja TIDAK MENGUNAMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201701/11919Lulus06/01/201709/01/201708:59:38
BEBAS DARIPADA10184/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201812/14799Lulus26/09/201620/12/201816:54:44
12345678

Kembali ke atas