Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la] | بلا

Definisi : (béla); mencari ~ = mengambil ~ = menuntut ~ menuntut balas (dgn cara membunuh pembunuh, memukul orang yg telah memukul orang lain, dll); membela 1. membunuh diri utk ikut mati: bersama-sama di atas lorong itu ialah mayat isteri-isteri yg telah ~ kematian suami mereka; 2. membalas membunuh dll: mereka bermuafakat hendak ~ kematian ayah mereka; 3. melindungi, menyelamatkan, mempertahankan: aku ingin melihat anak aku menjadi doktor atau peguam supaya dapat ~ nasib orang miskin spt aku; jikalau mahkota ini tiada dibuangkan, tiadalah patik semua dapat ~ kenaikan ini; tradisi ~ rakyat; ~ diri mempertahankan diri (drpd tuduhan, dakwaan, dsb); terbela dapat dibela (dilindungi, diselamatkan, dipertahankan): nasib bangsa Melayu tidak ~ pd zaman penjajahan; pembelaan perihal membela: si miskin tetap menderita tanpa ~ yg sewajarnya; pembela orang yg membela; ~ uri pemain terakhir dlm permainan gasing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la] | بلا

Definisi : ; berbela terpelihara, berjaga: misainya tidak ~;berbelakan sl memeliharakan, menyelamatkan: maka orang pun semuanya datanglah ~ harta dlm istana; membela 1. memelihara: ~ ayam dan itik; ~ anak sehingga dewasa; 2. memelihara makhluk halus spt pelesit, hantu, dll; terbela dibela: harta itu tidak ~ drpd bahaya api;teperbela sl dapat dibela (dgn sungguh-sungguh): maka kenaikan ayah hamba pun tiada ~ lagi;belaan yg dibela (orang, binatang, dll), peliharaan: kerbau itu ~ jiran saya; aku tinggal anak-beranak seramai tujuh orang dan seorang anak ~;kebelaan sl belaan, yg dibela: segala raja akan ditanyai Allah drpd segala ~nya, drpd segala rakyatnya; pembelaan perihal membela, pemeliharaan; pembela orang yg membela: ~ itik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la] | بلا

Definisi : /béla/ 1 orang yg ikut mati bersama suaminya atau tuannya dgn cara membunuh diri dsb. 2 balasan yg dikenakan terhadap orang yg melakukan pembunuhan atau kejahatan: menuntut ~ membalas kejahatan orang. membela 1 membunuh diri utk mati bersama orang yg dikasihi, spt suami. 2 membalas kejahatan orang (spt membunuh): Mereka bermuafakat hendak ~ kematian ayah mereka. 3 mempertahankan seseorang supaya tidak dijatuhi hukuman oleh mahkamah; melindungi: Tidak ada seorang peguam pun yg sanggup ~ pembunuh itu di mahkamah nanti. pembelaan hal atau perbuatan membela. pembela orang yg membela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.la] | بلا

Definisi : ; membela 1 menjaga atau memelihara baik-baik; mengasuh: Ia ~ anaknya dgn penuh kasih sayang. 2 menjaga atau memelihara binatang ternakan: Di samping bersawah, ayah ~ kambing. 3 menjaga negara supaya selamat; mempertahankan supaya selamat; menyelamatkan: Jika mahkota ini tidak dibuang, tiada patik semua dpt ~ kenaikan ini. belaan yg dibela: haiwan ~. pembelaan 1 perbuatan memelihara (menjaga dsb); pemeliharaan; penjagaan: ~ orang sakit. 2 perbuatan mempertahankan negara dll supaya selamat dsb. pembela orang yg membela: ~ ayam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bela

Puisi
 

Kalau tuan pergi ke Kancung,
     Ambilkan saya papan biola;
Makan minum boleh ditanggung,
     Sakit pening siapa nak bela.


Lihat selanjutnya...(2)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PUSAT LATIHAN SENI BELA DIRI25386/2015PUSAT LATIHAN SENI BELA DIRI MUAYFIT MIXED MARTIAL ARTS MARTIAL ARTS GYM TOP 10 IN ASIAMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201507/06199Lulus24/06/201502/07/201514:26:45
Andrew Yong & Co. Peguam Bela dan Peguam Cara28654/2014Andrew Yong & Co. Peguam Bela dan Peguam Cara » Advocates and Solicitors » 77-1 Jalan Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur.Dewan Bandaraya Kuala LumpurMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201411/05484Lulus24/11/201425/11/201411:16:58
PEGUAM BELA14535/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201903/21939Lulus29/12/201616/03/201909:22:01
PEGUAM BELA DAN PEGUAM CARA2621/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201708/13479Lulus16/03/201621/08/201717:59:54
PEGUAM BELA DAN PEGUAM CARA1318/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurTiadaTiadaDBP/KPB/201611/14863Lulus05/02/201628/11/201617:17:29
PEGUAM BELA DAN PEGUAM CARA2758/2014TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201605/11240Lulus30/06/201417/05/201616:48:49
PUSAT SENI BELA DIRI2999/2016STAR TAEKWONDO 012-3047238, 012-9028238 SA 00010579-HMajlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201601/09632Lulus19/01/201620/01/201609:12:35
pembetulan bahasa4660/2016Peguam bela dan Peguam cara HARUSIN, AZUAR & PARTNERS Advocates & SolicitorsMajlis Daerah Tanjung MalimPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201601/10890Lulus28/01/201629/01/201608:08:45
Papantanda iklan49408/2016MASLIN & CO PEGUAM BELA DAN PEGUAM CARA PEGUAM SYARIE PERUNDING HARTA DAN KELUARGA SYARIE (HIBAH WASIAT DAN FARAID)Majlis Perbandaran MuarPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201610/11841Lulus07/10/201610/10/201616:01:13
FADHLY YAACOB & CO.27176/2016PERKHIDMATAN PEGUAM BELA DAN PEGUAM CARA FADHLY YAACOB & CO. NO. 4A, JALAN P11E/5 PRESINT 11, 62300 PUTRAJAYA.Perbadanan PutrajayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201606/10180Lulus03/06/201606/06/201607:54:35
12

Kembali ke atas