Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.da] | بندا

Definisi : 1 sesuatu yg tidak diketahui benar-benar; apa-apa saja yg dikira secara umum; barang: Apa ~nya yg engkau bawa itu? 2 barang-barang yg berharga; harta: Arwah ayahnya tidak meninggalkan ~ apa jua pun. 3 segala yg berbentuk dan dpt dilihat serta dipegang; lwn roh. ~ hidup segala benda yg bernafas atau yg dpt bergerak. ~ mati segala benda yg tidak bernafas atau tidak bergerak. kebendaan 1 apa-apa yg berupa atau yg bersifat benda; yg mengenai benda. 2 yg bersifat mementingkan harta benda: golongan yg terlalu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benda

Puisi
 

Apa benda dalam pasu,
     Rebus ketupat jadi batu;
Kalau berniaga kongsi bisu,
     Jangan untung rugi tak Berniaga/untung


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Kain pendinding miang,
     wang pendinding malu.

Bermaksud :

Segala sesuatu hendaklah digunakan pada tempatnya, supaya dapat mengambil faedah daripada benda-benda itu.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Peringatan Mesra24096/2014Pelbagai jenis jet air akan dikeluarkan semasa demonstrasi pancutan air. Untuk mengelakkan basah atau kecederaan, pelawat dan penonton dinasihatkan untuk berdiri jauh dari kolam. Jangan buang benda-benda tajam, sampah atau objek lain ke dalam kolam untMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201410/04860Lulus08/10/201414/10/201408:06:43
Internet murah, laju dan tanpa quota24492/2015Hi saya nak kenapa satu boleh lulus, satu tax boleh lulus sedangkan saya hantar benda yang sama? Terima KasihMajlis Perbandaran JasinTelekomunikasiTiadaDBP/KPB/201506/09145Lulus29/06/201529/06/201510:48:30
Kain Rentang6160/2016Tiada jual beli. Tiada pertukaran barter. Semuanya percuma. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap segala kerosakan, kehilangan atau kecederaan kepada diri atau harta benda para hadirin. Semua pihak diminta untuk menjaga keselamatan.Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201602/07567Lulus11/02/201611/02/201611:42:35

Kembali ke atas