Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.cam.pur] | برچمڤور

Definisi : 1. bergaul (berbaur, berkacau, dll) menjadi satu: asid ini banyak ~ dgn air; 2. bp (bkn pasangan suami isteri) bersama dlm hubungan suami isteri: ia ~ dgn Rusiah baru tiga musim; 3. berkawan, bergaul: wanita Cina itu sudah lama ~ dgn orang Melayu; ~ bicara = ~ mulut masuk campur dlm (hal orang dll); ~ dgn rata bergaul dgn betul-betul sebati; ~ gaul bergaul, bermesra, bersahabat dgn; ~ kasih berkasih-kasihan, cinta-mencintai; ~ tangan campur tangan; ~ dgn orang pemaling, sekurang-kurangnya jadi pencecak prb bercampur dgn orang jahat, kalau tidak banyak, sedikit pun akan menjadi jahat juga; minyak dgn air adakah ~ prb orang baik kalau bercampur dgn orang jahat tidak akan menjadi jahat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.cam.pur] | برچمڤور

Definisi : 1 bergaul menjadi satu; berbaur: Ubat ini sudah ~ dgn air. Mi­nyak dgn air tidak akan ~. 2 berkenalan dan berbaik-baik; bergaul: Beliau tidak suka ~ dgn jiran-jirannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercampur

Puisi
 

Sungai Tompok airnya dalam,
     Sungguh dalam bercampur pasir;
Orang Tompok banyak Islam,
     Sungguh Islam bercampur kafir.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Bercampur dengan orang pemaling,
     sekurang-kurangnya jadi pencecak.

Bermaksud :

Bercampur dengan orang jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula. cecak = copet.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
AYAM YI XING13883/2017AYAM YI XING, Hidangan Klasik, Bubur, Nasi, Mi Nasi, Mi Telur, Hidangan Lain, Lala Sup, Daging Manis & Masam, Daging Manis Madu, Terung Goreng, Taufu Goreng, Sambal Udang, Bawang Halia Ikan, Kacang Sayur Goreng Bercampur, Daging Madu, Daging Bakar, DagingMajlis Bandaraya Petaling JayaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201704/14235Lulus05/04/201705/04/201714:43:08
Ikon Dikemuncak50535/2015IKON DI KEMUNCAK NO.1 DI DUNIA RODA FERRIS PUNCAK MEDAN BELI-BELAH PUNCAK MEWAH DI KETINGGIAN 200 M NO.1 DI ASIA HOTEL PLANET HOLLYWOOD DI KETINGGIAN 220 M 78 TINGKAT PEGANGAN KEKAL PEMBANGUNAN BERCAMPUR STESEN MRT BAWAH TANAH Direka bentuk oleDewan Bandaraya Kuala LumpurPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201512/08217Lulus15/12/201515/12/201511:04:44

Kembali ke atas