Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.tul] | بتول

Definisi : 1. benar, tidak salah: barangkali ~ kata engkau itu; 2. tepat, langsung: buah itu jatuh ~ di atas kepala saya; pukul satu ~; 3. sungguh, sangat: dia sudah gila ~; ~lah budak ini; 4. sejati, tulen: dua lagi orang Melayu ~ menjadi broker; bongkok baru ~, (buta baru celik) prb angkuh atau sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat; sebetulnya sebenarnya, sesungguhnya, nyata: itu ~ begitu;betul-betul 1. benar-benar, sungguh-sungguh: demokrasi ~ diamalkan di sini; 2. sudah sempurna, cukup, benar-benar: biarkan air itu mendidih dan ~ masak; gaulkan ramuan itu sehingga ~ sebati; 3. tepat benar: dia berdiri ~ di hadapan saya; 4. dgn baik dan sempurna, elok-elok: sikat rambutmu ~ supaya kelihatan kemas;berbetul ark 1. membaiki, merapikan (pakaian, sanggul, dll): Tun Tuah pun tersangkut pd tirai paseban itu, lalu ~; 2. sesuai, cocok: beta hendak pertaruhkan diri beta yg dagang ini kpd anak raja itu, tetapi jikalau sudah ~ pd fikiran nenek;berbetulan bertepatan (dgn), selaras (dgn), sesuai (dgn): letakkan mata gergaji itu ~ dgn tebal kayu yg hendak dibelah;membetuli 1. menujui, mengarahkan, mengenai sasaran: Panji Semirang pun segeralah mengambil anak panahnya, dikenakan pd ibunya, lalu dibetuli dan dilepaskan; 2. membaiki: sambil bangun ia ~ kain sarungnya;membetulkan 1. membaiki (kerosakan, kesalahan, dll): ia ~ duduknya; ~ ejaan yg salah; ~ jam tangannya; 2. membenarkan, menganggap betul: pembunuh itu ~ segala tuduhan;kebetulan 1. dgn tidak sengaja, dgn tidak disangka-sangka: cerita ini berdasarkan pengembaraan dan peristiwa-peristiwa ~; 2. keadaan (kejadian) yg terjadi secara tidak diduga: ini satu ~ saja; 3. tepat atau kena benar (dgn tidak sengaja), pd ketika yg sama (dgn): saya ~ ada di sana ketika ia mengucapkan kata-kata itu;berkebetulan bersamaan masanya (halnya dll): Louis Braille ~ buta sewaktu ia berumur tiga tahun;pembetulan perihal (perbuatan, kerja, dsb) membetulkan: ~ kesalahan itu boleh dibuat nanti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.tul] | بتول

Definisi : 1 tidak bohong; benar; sungguh: Berita mana yg ~, dr radio atau dr surat khabar? 2 tidak salah lagi; tidak keliru: Tanggapan engkau itu memang ~. 3 tepat benar; kena pd sasaran: Tembakannya itu kena ~ pd bahagian tengah bulan-bulan. 4 bukan olok-olok; sungguh: Dia sudah gila ~. 5 tidak bercampur dgn yg lain; tulen; jati: Ini emas ~. 6 sangat; amat: Mahal ~ telur ayam itu. betul-betul tidak main-main; benar; sungguh-sungguh: Petani mesti menjaga dan bekerja ~ supaya padi mereka tumbuh subur. berbetulan tidak bersalahan (dgn); tepat atau sesuai (dgn): Hari perkahwinan jatuh pd hari Isnin, ~ pd hari lahirnya. membetulkan 1 menjadikan betul; membaiki apa-apa yg rosak: Pekerja-pekerja sedang ~ jalan-jalan yg rosak. 2 menganggap betul; mengiakan: Ia senantiasa ~ apa-apa yg dikatakan oleh sahabatnya. kebetulan 1 dgn tidak sengaja; dgn tidak disangka-sangka: Gelang isterinya yg hilang itu telah dijumpainya secara ~ ketika ia menyapu di rumahnya. 2 pd ketika yg sama dgn: Ketua-ketua mereka telah membawa laporan mesyuarat itu kpd Nekman, dan ~ Nekman pun sedang membincangkan perkara itu juga. pembetulan perbuatan atau hal membetulkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata betul

Puisi
 

Sayang mastali benang mastali,
     Anak patu dikasi makan;
Betul-betul memegang janji,
     Seperti paku lekat di papan.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Diindang ditampi teras,
     dipilih antah satu-satu.

Bermaksud :

Jika hendak mencari isteri, menantu atau pegawai hendaklah diusul periksa betul-betul jangan tersalah pilih.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
NANDO'S32381/2014Ayam Peri-Peri. Betul, betul, betul, betul, betul, betul, betul Syiok! Nikmatilah Nando's di Lot G25, Tingkat GMajlis Perbandaran KlangMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201412/05484Lulus18/12/201422/12/201415:08:57
KEDAI SERBANEKA BETUL BETUL JIMAT26318/2014KEDAI SERBANEKA BETUL-BETUL JIMATMajlis Perbandaran Alor GajahKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201411/03842Lulus05/11/201406/11/201408:55:20
PERADUAN PERODUA8375/2014KIRA BETUL-BETUL DAN MENANG Lebih Daripada 300 Hadiah untuk dimenangi Tempoh Peraduan: 2 Mei - 15 Julai 2014Majlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201405/03925Lulus12/05/201412/05/201416:06:01
PERADUAN PERODUA LAGI LAGI BOLA10671/2014KIRA BETUL-BETUL DAN MENANG LEBIH DARIPADA 300 HADIAH UNTUK DIMENANGI! TEMPOH PERADUAN 2 MEI - 15 JULAI 2014Majlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201405/04752Lulus22/05/201426/05/201409:01:57
Kapal Api KAW RAP (Jun 2014)12092/2014Betul-Betul KAW TMTiadaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201406/04209Lulus05/06/201409/06/201407:41:09
Kapal Api KAW Spot Me (Jun 2014)12091/2014Betul-Betul KAW TMTiadaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201406/04207Lulus05/06/201409/06/201407:40:49
Nandos USJ Main Place Banner28519/2014"Ayam Peri Peri betul betul syiok ! Nikmatilah Nandos di Tingkat GF23-26. bersama dengan Nandos Logo & Halal LogoMajlis Perbandaran Subang JayaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201411/05085Lulus18/11/201420/11/201409:33:35
Nandos Ayam Peri Peri Giant Banner28516/2014"Ayam Peri Peri betul betul syiok ! Nikmatilah Nandos di LG53 & LG55, Tingkat LG " bersama dengan Nandos Logo & Halal LogoDewan Bandaraya Kuala LumpurMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201411/05084Lulus18/11/201420/11/201409:33:09
Nando's Ayam Peri Peri Giant Banner5898/2015"Ayam Peri Peri betul betul syiok ! Nikmatilah Nando's di G89, Tingkat G " bersama dengan Nandos Logo & Halal LogoMajlis Bandaraya Melaka BersejarahMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201502/05997Lulus16/02/201523/02/201509:36:01
LASER MOTOR1295/2017DISAHKAN BAHASA MELAYU DALAM IKLAN INI BETUL TOYOTA 18/01/2016 Iklan 2788/2016 yap kok hui DBP/KPB/201601/09443 19/01/2016 TOLONG RUJUK BALIK. KENAPA INI BETUL SEKARANG SALAH??? KENAPA SELALU CONFUSE KAN PERKATAAN?Dewan Bandaraya Kuala LumpurPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201701/12499Lulus10/01/201711/01/201712:18:27
123456

Kembali ke atas