Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.di] | بودي

Definisi : 1. akal, kebijaksanaan: pendidikan juga bertujuan membentuk ~ manusia; sungguhpun tuan hamba raja, ~ tuan hamba kurang; 2. = ~ pekerti perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak: wah, terlalu sekali ahmak ~ku, kerana seorang perempuan, saudaraku kuturunkan dr atas takhta kerajaannya; 3. sifat baik, perbuatan baik, kebajikan: banyak benar ~ emak kpd kami; berhutang (terhutang, makan, tanggung) ~ berasa berterima kasih terhadap kebaikan orang; membalas ~ membalas kebaikan seseorang (dgn memberi bantuan dsb); menabur ~ sering membuat kebaikan; menanam (bertanam) ~ berbuat kebaikan (jasa dsb) kpd orang; mengenang ~ tidak lupa akan kebaikan orang; 4. bicara, daya upaya: apa ~ kita utk menentang kekejamannya? ~ bahasa tingkah laku dan pertuturan; ~ bicara a) akal; b) kebebasan membuat pertimbangan yg sewajarnya drpd seseorang yg dianggap berkuasa (berwibawa) dlm sesuatu hal: segala-galanya bergantung pd ~ bicara Ketua Pengarah; kurang ~ teraba-raba, tidak ilmu suluh padam prb orang yg kurang akal (pelajaran) akan mendapat kesusahan; sebab ~ boleh kedapatan prb kelakuannya sendiri yg menyebabkan kerugian (kerosakan); sebudi; (dgn) ~ akal dgn segala daya upaya, dgn bersungguh-sungguh; berbudi 1. berakal, bijaksana; 2. = ~ pekerti berkelakuan baik, sopan; 3. baik hati, pemurah; ~ (diri) bagai pisang lebat prb mendapat bencana kerana angkuh; memperbudikan Mn memperdayakan, menipu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.di] | بودي

Definisi : 1 akal atau fikiran sbg alat utk menimbang mana yg buruk dan mana yg baik; kepandaian; kecerdikan. 2 cara seseorang melayan orang lain; tabiat; tingkah laku; kelakuan: orang yg baik ~. 3 perbuatan yg baik; kebaikan: Banyak benar ~ tuan kpd kami. ~ bahasa adat sopan santun; kesopanan. ~ bicara akal fikiran. ~ pekerti tingkah laku; tabiat. berbudi 1 mempunyai budi. 2 bijaksana; berakal. 3 berkelakuan baik; sopan. 4 murah hati; baik hati. memperbudikan memperdaya; menipu. budiman pandai lagi bijaksana: Hulubalang raja itu sangat perkasa lagi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata budi

Puisi
 

Banyak ubi perkara ubi,
     Ubi Daik saya tanamkan;
Banyak budi perkara budi,
     Budi baik saya kenangkan.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Kurang budi teraba-raba,
     tidak ilmu suluh padam.

Bermaksud :

Orang yang kurang siasat di dalam sesuatu perkara, akhirnya akan mendapat kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(40)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
KLINIK SETIA BUDI7412/2015KLINIK SETIA BUDIMajlis Perbandaran Batu PahatHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201503/05433Lulus08/03/201509/03/201507:44:50
pusat tuisyen didik budi ceria15487/2017pusat tuisyen didik budi ceria / nama syarikat dalam bahasa cina / logoDewan Bandaraya Kuala LumpurPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201703/17586Lulus17/03/201721/03/201713:30:43
Pusat Perkembangan MInda Cahaya Budi24880/2014- Pusat Perkembangan Minda Cahaya Budi - Setia Alam - SA0275940-MMajlis Bandaraya Shah AlamPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201410/05237Lulus15/10/201416/10/201416:14:18
BUDI RESTAURANT ( MBPJ )20378/2015TiadaMajlis Bandaraya Petaling JayaMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201505/07936Lulus25/05/201525/05/201509:14:44
BUDI TERBILANG TMN PERLING31669/2014TiadaMajlis Bandaraya Johor BahruKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201412/05000Lulus13/12/201417/12/201409:45:48
BUDI TERBILANG KEDAI GUNTING RAMBUT 20141722/2014TiadaMajlis Bandaraya Johor BahruKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201401/03701Lulus27/01/201428/01/201409:23:40
Salak Budi Bunting9438/2017TiadaMajlis Perbandaran SepangPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201702/13462Lulus22/02/201723/02/201710:00:14
Salak Budi Bunting42477/2016TiadaMajlis Perbandaran SepangPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201608/12030Lulus25/08/201626/08/201614:52:52
Taman Salak Budi33672/2014TiadaMajlis Perbandaran KajangPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201501/03948Lulus31/12/201402/01/201510:41:07
HAK MILIK KEKAL20590/2017BUDI SAJA SDN. BHDPihak Berkuasa TempatanPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201704/15030Lulus07/04/201710/04/201710:44:49
12

Kembali ke atas