Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.luh] | بولوه

Definisi : sj tumbuhan yg batangnya keras (berongga dan beruas), bambu, aur; jenis-jenisnya: ~ akar a) sj buluh, Dendrocalamus pendulus; b) sj buluh, Dinochloa scandens; ~ batu = ~ tumpat sj buluh, Dendrocalamus strictus; ~ betung sj buluh, Dendrocalamus asper; ~ cina sj buluh, Bambusa nana; ~ gading sj buluh, Bambusa vulgaris; ~ kasap sj buluh, Ochlandra ridleyi; ~ peleting buluh tempat pupul benang (pd alat tenun); ~ perindu a) sj buluh, Bambusa magica; b) sj seruling; ~ sembilang (semilang) sj buluh, Dendrocalamus giganteus; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai besar), Thysanolaena maxima;berniaga ~ kasap, hujung hilang pangkal lesap prb mengerjakan sesuatu dgn tidak mengetahui caranya (mendatangkan kerugian sahaja); menebas ~ serumpun prb merosakkan nama seluruh keluarga; spt ~ perindu ditiup angin tatkala dinihari prb bunyi suara yg sangat sedih; spt pohon ~ ditiup angin prb perihal orang yg lemah lembut, tetapi keras kemahuannya;buluh-buluh sesuatu yg menyerupai buluh (panjang bulat dan kosong di dalam), paip, saluran;pembuluh 1. buluh-buluh; 2. = ~ darah saluran darah; ~ agung saluran besar yg menyalurkan darah dr seluruh badan ke jantung, vena kava; ~ labuhan hati saluran darah dr bahagian usus ke hati, vena labuhan hati; ~ paru-paru saluran darah yg beroksigen dr paru-paru ke jantung, vena pulmonari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.luh] | بولوه

Definisi : pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yg batangnya keras tetapi berlubang di tengah-tengahnya dan beruas. ~ akar buluh yg agak besar batangnya, Dendrocalamus pendulus. ~ betung buluh yg agak besar lagi tebal batangnya, Dendrocalamus asper. ~ cina buluh yg kecil dan biasanya dibuat pagar, Bambusa nana. ~ dekut seruling drpd buluh yg digunakan utk memikat burung. ~ duri buluh yg berduri. ~ gading buluh yg batang dan daunnya berwarna kuning, Bambusa vulgaris. ~ lemang (talang) buluh yg tipis kulitnya dan biasanya digunakan sbg bekas memasak lemang. ~ perindu a. buluh kecil yg menimbulkan bunyi yg merdu apabila ditiup angin, Bambusa magica. b. seruling drpd buluh. pembuluh sesuatu yg menyerupai buluh bentuknya (berongga dan bulat spt paip air): ~ darah urat yg menyalurkan darah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buluh

Puisi
 

Apa guna buluh betung,
     Buluh tidak berguna lagi;
Bunyi guruh berdentum-dentum,
     Awan berarak hujan tak jadi.


Lihat selanjutnya...(84)
Peribahasa

Mercun buluh senapang bambu,
     kepada saya jangan dituju.

Bermaksud :

Tiada guna menggertak orang yang berakal dan berilmu dengan sesuatu yang tidak ada ertinya.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
TIKAR BULUH CORAK SONGKET13166/2014JUALAN MURAH TIKAR BULUH SORAK SONGKET HARGA SERENDAH RM59 SEHELAI 27 JUN SEHINGGA 29 JULAI 2014Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201406/04910Lulus18/06/201418/06/201411:37:46
LELONG KARPET DAN TIKAR BULUH TERBESAR16344/2014LELONG KARPET DAN TIKAR BULUH TERBESAR (BERHAWA DINGIN) 1 JUTA HELAI KARPET PERLU DIHABISKAN KARPET DARI MESIR(EJEN TUNGGAL), TURKEY,CHINA,BELGIUM,IRAN,INDIA,PAKISTAN DAN NEGARA-NEGARA LAINMajlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201407/05497Lulus18/07/201422/07/201407:55:17
ANJUNG BULUH62221/2016KEDAI MAKANAN DAN MINUMANMajlis Daerah Tanjung MalimMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201612/11719Lulus09/12/201613/12/201609:46:00
GARAM BULUH SAMBOU KOREA20713/2016"Old Neighbour" is company name "C-Blok" is the place we called in our kampung. if put Blok C, nobody would know. they would think is a building's blok. hope Tuan approve. Ribuan Terima Kasih !Majlis Daerah LabisHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201605/08890Lulus30/04/201603/05/201608:37:20
Hai O Garam Buluh48283/2015TiadaTiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201511/09704Lulus26/11/201527/11/201508:52:06
GROUP ASSOCIATED [ SG BULUH ]31530/2015DDewan Bandaraya Kuala LumpurPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201508/05606Lulus10/08/201510/08/201514:58:38
Hari Hari Sungai Buluh5079/2015Promosi SensasiMajlis Bandaraya Shah AlamKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201502/05351Lulus09/02/201512/02/201508:03:47
Hari Hari Sungai Buluh71/2015Tawaran Hebat Tahun Baru CinaMajlis Bandaraya Shah AlamKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201501/04068Lulus02/01/201506/01/201508:59:41
Hai O - Garam Buluh21311/2014TiadaMajlis Bandaraya Alor SetarMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201409/03925Lulus12/09/201412/09/201415:25:41
Hai O - Garam Buluh11110/2014PRODUK PEMENANG ANUGERAH PRESIDEN KOREATiadaUbat-ubatanTiadaDBP/KPB/201405/05028Lulus27/05/201428/05/201410:11:02
123

Kembali ke atas