Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.but] | چابوت

Definisi : 1. tarik; 2. keluar (pergi, lari) dr sesuatu tempat: anak abang itu jangan abang ~ dr sekolah supaya ada pelajarannya sedikit; ~ lari lari meninggalkan sesuatu tempat dgn segera; bercabut (telah) dicabut, terbantun, terhunus; mencabut 1. menarik (sesuatu) supaya terlepas (keluar, tertanggal) drpd sesuatu: ~ rumput; ~ ubi kayu; ~ keris; ~ pistol; ~ bulu ayam; ~ uban; ~ gigi; ~ paku; ~ nyawa ki mengambil nyawa orang, mematikan; 2. mengambil drpd kumpulan atau tompokan (daun terup dsb), menarik (undian dll): ~ daun; ~ nombor bertuah mengambil satu nombor drpd kumpulan utk menentukan yg bertuah memenangi sesuatu hadiah; ~ undi memilih dgn mengundi; ~ undian (loteri) a) menarik undian (loteri); b) menang loteri; ~ untung mendapat (menarik, memperoleh) keuntungan; 3. menarik kembali (apa yg telah diberikan, dikatakan, dikeluarkan, dll): ia tidak mahu ~ usulnya itu; 4. membatalkan, memansuhkan, menghapuskan, meniadakan: sesuatu revolusi harus ditujukan utk membongkar dan ~ keburukan dgn akar umbinya sekali; 5. memetik, mengutip (drpd karangan dsb): puisi ini dicabut drpd majalah tersebut; mencabuti mencabut berkali-kali, mencabut banyak-banyak (sekali gus); mencabutkan mencabut (sesuatu) utk orang lain, menarikkan: Abu ~ kami beberapa perdu ubi keledek utk dibawa pulang; tercabut 1. sudah dicabut; 2. dapat (boleh) dicabut: keris itu tidak ~ drpd sarungnya; cabutan 1. apa yg (sudah) dicabut, diambil dr sesuatu; ~ bertuah undian yg dibuat dgn mencabut keratan kertas bernombor secara rambang yg menawarkan hadiah tertentu; 2. petikan (drpd karangan dsb); pencabutan perihal (perbuatan, tindakan, dsb) mencabut, penarikan (kembali), pemba­talan, penghapusan; pencabut orang yg (alat utk) mencabut; ~ paku alat utk mencabut paku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.but] | چابوت

Definisi : komisen, dalal, upah; ~ sepuluh satu dlm tiap-tiap sepuluh (sen, ringgit, dll), satu (sen, ringgit dll) diambil sbg komisen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.but] | چابوت

Definisi : ; main ~ sj permainan terup, main dua puluh satu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.but] | چابوت

Definisi : ; mencabut 1 menarik keluar supaya terlepas dr sesuatu: ~ rumput; ~ keris. 2 mengambil dr sesuatu kum­pulan dsb: ~ daun terup. ~ loteri memilih loteri yg menang. ~ nyawa mematikan seseorang; membunuh. ~ undi memilih dgn cara mengundi. ~ untung memperoleh keuntungan. mencabutkan mencabut utk orang lain: Ahmad telah ~ kami beberapa perdu ubi kayu utk dibawa pulang. tercabut 1 sudah dicabut; terhunus. 2 dpt dicabut: Akar kayu itu tidak ~ olehnya. cabutan 1 apa-apa yg (sudah) dicabut. 2 petikan. pencabut 1 orang yg mencabut sesuatu. 2 alat utk mencabut: ~ paku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cabut

Puisi
 

Tek kerencing orang semandi,
     Cabut ekor tinggal kepala;
Tak sabit barang ke mari,
     Sesal juga dalam kepala.


Lihat selanjutnya...(6)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PROMOSI HEBAT BERGANDA-GANDA 7X1829626/2015PROMOSI HEBAT BERGANDA-GANDA CABUT SAMPAI DAPAT! SEMUA WARGA SAKAN, PENIAGA DAN KAKITANGAN SERTA AHLI KELUARGA TIDAK DIBENARKAN UNTUK MENYERTAI CABUTAN INI. CABUTAN INI ADALAH UNTUK PELANGGAN YANG HADIR PADA MASA CABUTAN SAHAJA (CABUT SAMPAI DAPAT)Pihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201507/08945Lulus30/07/201530/07/201510:21:36
BANNER PEMBUKAAN 7'X18'35261/2015PROMOSI MEGA PEMBUKAAN BESAR-BESARAN MULAI SEKARANG HINGGA 10 OKT. 2015 CABUT SAMPAI DAPATPihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201509/06077Lulus07/09/201507/09/201514:46:40

Kembali ke atas