Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.pat] | چڤت

Definisi : 1. laju, deras, kencang, pantas (bkn ge­rakan, waktu, kejadian, dll): langkahnya makin ~; jentera tersebut berpusing dgn ~nya; ~ sekali berakhirnya pertunjukan itu; 2. lebih lekas atau terdahulu (bkn jam): jam ini ~ empat minit; 3. lekas, segera: dia yg ~ sekali pergi ke sekolah; ~ bangun pagi; ~ kaki pantas berjalan; ~ kaki, ringan tangan pantas dan rajin bekerja dll; ~ kiri kidal; ~ lidah (mulut, muncung, paruh) mudah mengeluarkan perkataan dgn tidak difikirkan lebih dahulu; ~ marah lekas marah; ~ sigap pantas atau tangkas (perbuatan dll); ~ tangan suka mencuri; ~ tangan terjembakan, ~ kaki terlangkahkan, ~ mulut terkatakan prb jika melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan buruk baiknya, boleh mendatangkan kesusahan; secepat; ~ kilat sangat cepat (spt kilat); ~ mungkin seberapa cepat yg dapat, selekas mungkin; cepat-cepat dgn pantas sekali, dgn sangat cepat: Mak Limah ~ mengesat air matanya dgn hujung lengan baju kurungnya yg lusuh; mereka ~ mengenakan pakaian masing-masing kerana sudah lewat utk pergi ke sekolah; secepat-cepatnya secepat mungkin, selekas mungkin, selekas-lekasnya; bercepat-cepat, bersecepat, bersicepat 1. berlumba-lumba, berebut-rebut hendakkan cepat; 2. lekas, terburu-buru, tergesa-gesa: tak usah ~ menyeberangi jalan, kereta terlalu banyak lalu-lalang; mencepat menjadi cepat; mencepatkan 1. melakukan (mengerjakan dll) dgn cepat, menderaskan, mengencangkan: aku pun ~ langkahku; 2. menyegerakan, melekaskan, menyebabkan berlaku lebih dahulu, memajukan waktu: rumah yg ~ mereka kaya; mempercepat menjadikan lebih cepat; cepatan kadar perubahan laju gerakan sesuatu dlm unit masa tertentu, pecutan; kecepatan 1. cepatnya sesuatu perjalanan (gerakan dll), kelajuan: ~ putaran jentera itu dikendurkan; ia menjalankan keretanya dgn ~ 50 km sejam; 2. Jk terlalu cepat; pencepatan perihal mencepatkan; pencepat alat utk mencepatkan atau mem­percepat gerakan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.pat] | چڤت

Definisi : 1 dpt mencapai jarak yg jauh dlm waktu yg singkat (ttg gerakan); pantas; laju: Kerana hendak lekas sampai, kami terpaksa berjalan ~. 2 lebih lekas atau terdahulu drpd yg sepatutnya (ttg jam dsb): Jam saya ~ 5 minit. 3 lekas; segera: Kita mesti pergi ~, jika tidak, kita akan ketinggalan bas. ~ kaki pantas berjalan. ~ kiri kidal. ~ lidah (mulut) mudah menuturkan sesuatu tanpa berfikir dahulu. ~ tangan suka mencuri. bercepat-cepat berlumba-lumba atau berebut-rebut hendak cepat; terburu-buru: Semua murid ~ masuk ke bilik darjah. mencepat menjadi cepat. mencepatkan 1 menjadikan cepat; menderaskan; melajukan: Orang itu ~ keretanya. 2 membuat supaya berlaku atau dilakukan dgn cepat; melekaskan: Semua pekerja memohon supaya pihak majikan ~ pembayaran gaji mereka bulan ini. mempercepat menjadikan lebih cepat; memperderas; memperlaju: Beliau ~ langkahnya kerana langit kelihatan mendung. cepatan ist kadar perubahan laju gerakan sesuatu dlm unit masa tertentu. kecepatan cepatnya (sesuatu gerakan); keadaan cepat; kelajuan: Kereta itu berjalan dgn ~ 96 km sejam. pencepat­an perbuatan atau hal mencepatkan; penderasan. pencepat alat utk mencepatkan sesuatu (gerakan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cepat

Puisi
 

Anak itikbawah rumah,
     Main budak cepat berlari;
Oi,
     encik orang di rumah,
Terima tidak kami ke sini.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Cepat kaki ringan tangan.

Bermaksud :

Rajin dan giat.

 

Lihat selanjutnya...(24)

169

The early bird catches the worm

Yang cepat atau yang sampai dahulu akan beroleh keuntungan

Siapa cepat dia dapat

There were only five free expensive gifts to be grabbed. So, in order to not miss the opportunity, please come early. Remember that the early bird catches the worm, and whose who late will be disappointed.

Hanya lima hadiah percuma yang mahal untuk direbut. Jadi, supaya tidak terlepas peluang, datanglah awal-awal. Ingat siapa cepat dia dapat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(19)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
ABX EXPRESS SDN BHD35053/2016PERKHIDMATAN KIRIMAN CEPAT KIRIMAN CEPAT DAN MEMUASKAN LOGISTIK PENGANGKUTANMajlis Daerah Tanjung MalimPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201607/11960Lulus26/07/201627/07/201608:50:39
ABX EXPRESS SDN BHD35052/2016PERKHIDMATAN KIRIMAN CEPAT KIRIMAN CEPAT DAN MEMUASKAN LOGISTIK PENGANGKUTAN WWW.ABXEXPRESS.COM.MYMajlis Daerah TapahPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201607/11959Lulus26/07/201627/07/201608:49:25
Wow! Subsidi Sehingga RM3000 Untuk Memudahkan Rakyat5737/20151)PEMOHON YANG DISENARAI HITAM JUGA LAYAK 2)BR1M KE-V 3)BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA MOTORSIKAL 4)1 TAHUN INSURANS DAN LAIN-LAIN 5)*Tertakluk pada Terma dan Syarat 6)Cepat! Cepat! Jangan Lepaskan Peluang Istimewa Ini! 7)Laman web : wsm.gbs2u.comMajlis Perbandaran Port DicksonHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201502/05909Lulus13/02/201518/02/201511:46:12
Pembiayaan Peribadi i14805/2015Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi i KINI UNTUK SEMUA SEKTOE STASTA BAYARAN SECARA TUNAI SEKTOR AWAM POTONGAN GAJI BULANAN Cepat Lulus Cepat Dapat DuitMajlis Daerah JerantutPerbankanTiadaDBP/KPB/201504/07713Lulus20/04/201522/04/201511:19:08
Pembiayaan Peribadi i14799/2015Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi i KINI UNTUK SEMUA SEKTOE STASTA BAYARAN SECARA TUNAI SEKTOR AWAM POTONGAN GAJI BULANAN Cepat Lulus Cepat Dapat DuitMajlis Daerah RaubPerbankanTiadaDBP/KPB/201504/07706Lulus20/04/201522/04/201511:10:56
Pembiayaan Peribadi i14796/2015Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi i KINI UNTUK SEMUA SEKTOE STASTA BAYARAN SECARA TUNAI SEKTOR AWAM POTONGAN GAJI BULANAN Cepat Lulus Cepat Dapat DuitMajlis Daerah PekanPerbankanTiadaDBP/KPB/201504/07699Lulus20/04/201522/04/201511:03:50
Pembiayaan Peribadi i14788/2015Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi i KINI UNTUK SEMUA SEKTOE STASTA BAYARAN SECARA TUNAI SEKTOR AWAM POTONGAN GAJI BULANAN Cepat Lulus Cepat Dapat DuitMajlis Perbandaran KuantanPerbankanTiadaDBP/KPB/201504/07724Lulus20/04/201522/04/201511:37:36
SEMINAR CEPAT MEMBACA19437/2014SEMINAR CEPAT MEMBACA Cara Fonik Bacalah Anakku dan ReadEasy 27 SEPT. 2014 9 pg. - 12 tgh. PERPUSTAKAAN RAJA TUN UDA 03-4143 5440 www.readnetwork.com Anjuran: PPAS ReadNetwork RM 30 paling berkesan di MalaysiaMajlis Bandaraya Shah AlamPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201408/04481Lulus27/08/201428/08/201409:35:23
CEPAT! KUMPUL SEMUA SEMENTARA STOK MASIH ADA44796/2015CEPAT! KUMPUL SEMUA SEMENTARA STOK MASIH ADAMajlis Perbandaran KuantanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201511/06791Lulus05/11/201506/11/201510:01:12
ZAMZURICH Kiriman Cepat dan Logistik27597/2017Pejabat Urusan. ZAMZURICH Kiriman Cepat dan Logistik Dimiliki oleh : ZamZuRich Enterprise (CA 0219125-W) No 15A, Tingkat Bawah,Taman Seri Mahkota Aman, Batu 11 Jalan Gambang 26070,Kuantan Pahang. Tel.: 018-7851012Majlis Perbandaran KuantanPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201705/15269Lulus07/05/201709/05/201717:03:54
12345678910...

Kembali ke atas