Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = ~ muka kaca (biasanya dicat dgn raksa dll di bahagian belakangnya) utk melihat rupa muka sendiri, kaca muka: ia menggantungkan ~ itu di dlm bilik tidur; 2. kaca, gelas: ia menjengah-jengahkan mukanya ke tempat lauk-pauk yg dilingkungi ~ tebal; 3. ki = ~ perbandingan sesuatu yg dijadikan contoh (pelajaran, teladan) utk diikuti dll: tingkah laku seseorang guru itu menjadi ~ bagi murid-murid; 4. ki sesuatu yg menggambarkan (membayangkan) keada­an lahir atau batin (spt perasaan, fikiran, dll): sastera ialah ~ masyarakat tempat ia diciptakan; ~ bantal cermin kecil pd bantal seraga; ~ cekung cermin yg melengkung ke dlm; ~ cembung cermin yg melengkung ke luar spt bahagian luar bola; ~ mata kaca mata; ~ melengkung cermin yg cekung (cembung); ~ pembesar kanta yg digunakan utk melihat sesuatu dgn lebih besar; ~ penghidupan se­suatu yg boleh menjadi contoh (teladan, pe­lajaran) utk hidup; ~ sisi cermin yg dipasang­kan pd sisi kanan atau pd kedua-dua sisi kenderaan (utk membolehkan pemandunya melihat kenderaan yg datang dr belakang); ~ tangan cermin kecil yg mempunyai tangkai pemegang; ~ telinga Id alat utk melihat dlm telinga; ~ terus sl cermin yg digunakan oleh tukang tilik (jurutenung) utk mengetahui atau meramalkan sesuatu; ~ wasiat cermin yg sakti atau hikmat; buruk muka ~ dibelah prb kerana kesalahan sendiri, orang lain yg dipersalahkan; bercermin 1. melihat muka sendiri dlm cermin (air jernih dll): ia memakai pakaian sambil ~; 2. memakai cermin, ada cerminnya, berkaca: almari pakaian biasanya ~; ~ mata memakai cermin mata; 3. ki mengambil teladan (contoh, pelajaran): kenapa kita mesti ~ kpd orang jahat; 4. ki meneliti, memeriksa; ~ bangkai mendapat (menanggung) malu; jangan ~ di air keruh prb jangan diturut teladan yg buruk; mencermini melihat pd cermin (supaya dapat melihat muka sendiri dll): bukan dicermini mukanya dahulu; mencerminkan membayangkan sesuatu yg lahir atau batin (spt sesuatu keadaan, per­golakan, perasaan, sikap, dll), menggam­barkan: akhbar tersebut ~ dasar luar Filipina; muzik dapat ~ perasaan sedih, gembira, dll; mempe(r)cermin 1. menggunakan sesuatu sbg cermin; 2. = mempercerminkan selalu melihat (menyaksikan): hatinya telah kian renggang drpd nafsu kpd wang berbilang, kpd pangkat kehormatan yg selalu dipercerminkan drpd Tuan Direktornya; tercermin tergambar, terbayang: drpd ciptaan seninya yg bersungguh-sungguh itu, ~lah seluruh pergolakan jiwanya; cerminan gambaran, bayangan: ketiga-tiga watak ini memang dimaksudkan sbg ~ setengah-setengah manusia; pencerminan perihal mencerminkan: begitu juga karyanya lebih mementingkan unsur ~ sosial. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 = ~ muka kaca yg diguna­kan utk melihat bayang diri sendiri; kaca muka: Ia membawa bedak, sisir dan ~ kecil dlm begnya. 2 benda keras yg mudah pecah dan biasanya jernih, lejas atau lesam dan dpt digunakan utk membuat penutup tingkap dsb; gelas; kaca: Bilik pegawai itu berdindingkan ~. 3 = ~ mata kaca yg diberi berbingkai dan dipakai utk menambah daya penglihatan dsb; kaca mata. 4 ki sesuatu yg menggambarkan (membayangkan) keadaan sesuatu: Sastera ialah ~ masyarakat pd sesuatu zaman. ~ cekung cermin yg melengkung ke dalam. ~ cembung cermin yg melengkung ke luar. ~ seraga cermin yg dipasang pd bantal seraga. bercermin 1 melihat bayang diri sendiri dlm cermin. 2 memakai cermin; ada cermin pdnya; mempunyai cermin: Almari itu ~. ~ bangkai ki mendapat malu. mencerminkan membayangkan se­suatu keadaan; menggambarkan: Jumlah kaum yg diambil bekerja itu hendaklah ~ imbangan peratus drpd jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia. tercermin terbayang; tergambar: Pergolakan jiwanya ~ dlm lukisannya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cermin I

Puisi
 

Bawa tombak bawa cermin,
     Rendang lada simpul pulih;
Tengok gambar dalam cermin,
     Sungguh ada nak ambil tak boleh.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Datar bak lantai papan,
     licin bak dinding cermin.

Bermaksud :

Keputusan yang sangat adil.

 

Lihat selanjutnya...(5)

474

The pot calling the kettle black

Orang yang mengkritik atau mengata orang lain sedangkan dia pun sama seperti hal yang dikatakan itu.

Biasa di sayak di bawa ke dulang, biasa di awak ke orang

My grandmother overheard her neighbour gossiping that she had no dignity as she had married another woman's husband. She rebuked by saying: ''Well, look who''s talking. Weren't you the one who got attacked by those women when they heard that you wanted to marry their husband? Talk about the pot calling the kettle black!''

Nenekku terdengar umpatan jirannya yangmengatakan bahawa dia tidak ada maruah kerana berkahwin dengan suami orang. Dia menempelak kembali dengan berkata: ''Cermin diri kau dulu. Bukankah kau dulu diganyang oleh madu-madu kau apabila mereka mendapat tahu yang kau hendak merampas laki mereka? Biasa di sayak di bawa ke dulang, biasa di awak ke orang, konon!''

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
PERKHIDMATAN KEDAI CERMIN15649/2015PAKAR TUNTUTAN INSURANS MEMBAIKI KEROSAKAN CERMIN CERMIN GELAP / CERMIN PUTIHMajlis Perbandaran Subang JayaPengangkutan dan AutomobilTiadaDBP/KPB/201504/08323Lulus24/04/201527/04/201515:30:11
KEDAI CERMIN KENDERAAN42204/2016KEDAI CERMIN KENDERAAN CERMIN KENDERAAN TUNTUTAN INSURANSMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201608/11844Lulus24/08/201625/08/201612:20:11
PENJUAL CERMIN KENDERAAN38741/2016PENJUAL CERMIN KENDERAAN CERMIN KENDERAAN TUNTUTAN INSURANSMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201608/10704Lulus17/08/201618/08/201608:32:21
PAKAR CERMIN TMJ SDN BHD19279/2017PAPAN TANDA PAKAR CERMIN KERETA PAKAR CERMIN TMJ SDN BHD PAKAR PEMASANGAN CERMIN KERETA, PERKHIDMATAN GANTIAN DAN TUNTUTAN INSURANSMajlis Perbandaran TemerlohAksesori dan Alat Ganti KeretaTiadaDBP/KPB/201704/13723Lulus03/04/201704/04/201708:45:52
PROMOSI TAHUN BARU31323/2014BELI BINGKAI PERCUMA CERMIN , CERMIN BERUBAH GELAP CUMA TAMBAHAN RM80 SAHAJATiadaOptikTiadaDBP/KPB/201412/04823Lulus10/12/201416/12/201408:54:11
PROMOSI TAHUN BARU31322/2014BELI BINGKAI PERCUMA CERMIN , CERMIN BERUBAH GELAP CUMA TAMBAHAN RM80 SAHAJATiadaOptikTiadaDBP/KPB/201412/04822Lulus10/12/201416/12/201408:53:37
PROMOSI TAHUN BARU31321/2014BELI BINGKAI PERCUMA CERMIN , CERMIN BERUBAH GELAP CUMA TAMBAHAN RM80 SAHAJAMajlis Perbandaran Alor GajahOptikTiadaDBP/KPB/201412/04821Lulus10/12/201416/12/201408:48:52
PROMOSI TAHUN BARU31320/2014BELI BINGKAI PERCUMA CERMIN , CERMIN BERUBAH GELAP CUMA TAMBAHAN RM80 SAHAJAMajlis Perbandaran Alor GajahOptikTiadaDBP/KPB/201412/04763Lulus10/12/201415/12/201416:16:56
Promosi Kanta Mata Bulanan45481/2015SUPER VALUE PAKEJ => PAKEJ NILAI HEBAT UP TO 60% => HINGGA 60 KES CERMIN => BEKAS CERMIN MATA Terima Kasih untuk Pertunjukan.Majlis Perbandaran KluangMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201511/07615Lulus13/11/201516/11/201508:33:19
PUSAT CERMIN MATA KARAK15166/2016KEDAI CERMIN MATA PUSAT CERMIN MATA KARAK CA0147563-MMajlis Daerah BentongKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201604/08994Lulus31/03/201601/04/201608:08:16
12345678910...

Kembali ke atas