Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. ragi atau bunga-bunga pd kain (barang anyaman, tenunan, dll): besar-besar ~ kain batiknya; ~ damdam corak yg berpetak-­petak empat segi (corak tapak catur); 2. warna (bunga-bunga) pd tanah kain (bendera dll): kain itu berwarna hijau dan ~nya merah; 3. ki rupa (bentuk, sifat, dll): hasil usahanya telah menukarkan ~ pertanian di negeri itu; bercorak 1. berbunga-bunga (barang tenun­an, anyaman, dll), beragi: kain ~; 2. berwarna-warna (berbunga-bunga) pd tanah kain (bendera dll): kain merah yg ~ putih; 3. ki berupa (bersifat, berbentuk, berfaham, dll): menimbulkan perselisihan yg ~ perkauman; filem Indonesia ~ ketimuran; mencoraki menjadi corak pd (bagi), menjadi ciri asas pd (bagi), mewarnai: pergantungan ~ hubungan antara negara membangun dgn negara perindustrian Barat; mencorakkan 1. memberi bercorak: kanak-kanak bagai kain putih boleh dicorakkan dan diwarna-warnikan; 2. ki membentuk (sifat, rupa, ciri-ciri, dll sesuatu) memberikan sifat-sifat yg tertentu kpd: perasaan itu biasanya dicorakkan oleh keadaan; pencorakan perihal (perbuatan dsb) men­corakkan; pencorak orang (faktor, unsur dsb) yg menentukan corak (rupa, sifat, keadaan dsb) sesuatu: kita merupakan ~ masyarakat yg telah diamanahkan utk membela nasib dan masa depan anak-anak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~-carik koyak-koyak, cobak-cabik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 gambar-gambar atau ragi pd kain (anyaman dsb): Kain ini tidak berapa bagus ~nya. 2 pelbagai warna pd warna dasar (ttg kain dll): Kain langsir itu tanahnya putih, ~nya merah. 3 ki rupa (bentuk, sifat) yg tertentu: Sejak itu, Aladin yg dahulunya sangat miskin telah bertukar ~ menjadi kaya. bercorak 1 bergambar atau beragi (ttg kain dsb): Kainnya ~ belang sawa. 2 berwarna pd tanah kain: kain merah yg ~ putih. 3 ki berupa (bersifat dll): Orkes itu sering memainkan lagu-lagu yg ~ Timur Tengah. Pemerintahan negara itu ~ demokrasi. mencorakkan 1 memberi bercorak: Kita boleh ~ kain putih dgn berbagai-bagai warna. 2 ki memberikan sifat-sifat tertentu; membentuk: Ibu bapalah yg bertanggungjawab ~ anak-anak mereka. pencorak orang, faktor, unsur dsb yg mencorakkan sesuatu atau seseorang: Sbg ~ masyarakat, kita bertanggungjawab membela anak-anak yg kurang bernasib baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata corak

Puisi
 

Kain pelikat corak bersegi;
     Isi di dulang hendak dihantar;
Kalau pemikat baik budi,
     Burung terbang pulang ke sangkar.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai kain menunjukkan corak bangsanya.

Bermaksud :

Rupa dan gaya seseorang menunjukkan asal usulnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
JUALAN MURAH16198/20161) BELI AWAL TEMPAH AWAL UNTUK RAYA TAHUN INI!!! 2) CORAK-CORAK FABRIK & LANGSIR TERBARU 3) JUALAN MURAH 70%Majlis Perbandaran MuarHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201604/10376Lulus11/04/201612/04/201607:53:22
Bersama Menghiasi Corak Kehidupanmu Jawi3118/2017Kebetulan ejaan "MENGHIAS" --> MENGHIASITiadaPerbankanTiadaDBP/KPB/201701/13872Lulus19/01/201720/01/201708:47:27
Bersama Menghiasi Corak Kehidupanmu3117/2017TiadaTiadaPerbankanTiadaDBP/KPB/201701/13609Lulus17/01/201718/01/201710:10:39
Bersama Menghiasi Corak Kehidupanmu36855/201620th Anniversary & Inspired to Serve You Better adalah logo rasmi kami.TiadaKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201608/07846Lulus02/08/201602/08/201609:04:05
Bersama Menghias corak kehidupanmu31341/2016- Bayaran Bulanan yang Berpatutan - Pembiayaan Pelbagai Jenis Barangan - Rangkaian Rakan Niaga yang TerbesarTiadaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201606/13616Lulus27/06/201627/06/201612:19:22
TIKAR BULUH CORAK SONGKET13166/2014JUALAN MURAH TIKAR BULUH SORAK SONGKET HARGA SERENDAH RM59 SEHELAI 27 JUN SEHINGGA 29 JULAI 2014Majlis Bandaraya Shah AlamHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201406/04910Lulus18/06/201418/06/201411:37:46
Jualan Hebat12273/20171. Corak Terbaharu Hari Raya Sudah Tiba 1 Mac Hingga 31 Mac 2017TiadaPakaianTiadaDBP/KPB/201703/15803Lulus13/03/201714/03/201710:12:00
Jualan Hebat12269/2017JUALAN HEBAT Corak TerkiniPihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201703/15688Lulus13/03/201713/03/201717:01:28
Promosi Ekspress (Bunting)16830/2017Ariani Promosi Hebat Corak Terkini! 24 Mac hingga 2 April 2017Pihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201703/18489Lulus24/03/201727/03/201709:10:06
ISTIMEWA HARI KEAHLIAN58749/2016LEBI BANYAK CORAK TERKINIMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201611/14110Lulus22/11/201623/11/201614:22:54
123

Kembali ke atas