Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.da] | دادا

Definisi : 1. bahagian tubuh yg di hadapan terletak di antara perut dgn leher; 2. = buah ~ susu (tetek) perempuan; 3. = rongga ~ ruang dada yg mengandungi jantung dan paru-paru; mem­busungkan ~ ki membanggakan diri, mem­per­lihatkan lagak sombong; 4. bahagian yg bertentangan dgn tulang belakang buku; ~ akhbar halaman hadapan akhbar; ~ ayam = ~ burung dada yg bergembung ke atas; ~ bidang dada yg lebar; ~ lapang ki sabar, tidak pemarah; ~ lega ki senang hati; (dgn) ~ terbuka (dgn) rela, (dgn) ikhlas; ~ manusia tidak dapat diselam prb fikiran atau isi hati orang tidak dapat diduga; belah ~ lihatlah hati prb berkata dgn benar; seluas ~ tuma prb terlalu sempit; tepuk ~ tanya selera prb berfikir dahulu sebelum membuat keputus­an; tiba di ~ dibusungkan, tiba di perut di­kempiskan prb perlakuan yg tidak adil; berdada mempunyai dada yg penuh (berisi); berdada-dadaan berlawan satu sama satu, bertempur seorang lawan seorang; mendada 1. = berjalan ~ berjalan dgn mem­busungkan dada, berjalan dgn sikap angkuh atau perasaan megah: dia berjalan ~ dgn tidak memandang ke kiri dan ke kanan; 2. menahan (menangkis) dgn dada; 3. berdada-dadaan; perang ~ perang (pertempuran) se­orang lawan seorang; dadaan bahagian badan sebelah perut (ha­dapan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.da] | دادا

Definisi : ; ~ ruan sj tumbuhan (pokok), petaling air, Homalium frustescens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.da] | دادا

Definisi : bahagian tubuh yg di hadapan di antara perut dgn leher: ~nya bidang. mendada 1 berjalan dgn membusungkan dada: Jalannya ~ saja, tidak memandang ke kiri atau ke kanan. 2 menahan (menangkis) bola dsb dgn dada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dada

Puisi
 

Anak dara pandai bergaya,
     Kain sempit berbelah dada;
Jalannya lembut berlenggang sahaja,
     Rajin bersolek malas bekerja.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Belah dada lihatlah hati.

Bermaksud :

Berkata benar.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
XIANG DADA OUTLET29223/2016TiadaDewan Bandaraya Kuala LumpurPakaianTiadaDBP/KPB/201606/12056Lulus15/06/201615/06/201614:37:46
SALUN DANDANAN RAMBUT19698/2016SALUN DANDANAN RAMBUT DADA HAIR STUDIO G10, PLAZA IDAMAN, MEDAN IDAMAN, 53100 KUALA LUMPUR. DIMILIKI OLEH: DIDA HAIR STUDIO (001733340-A)Dewan Bandaraya Kuala LumpurSalunTiadaDBP/KPB/201604/12414Lulus24/04/201625/04/201608:50:49
Unit Kecemasan & Trauma (A&E Department)42299/2016Unit Kecemasan dan Trauma (A&E Department) Bila anda perlu memanggil ambulans When should you call an ambulance • Serangan jantung/sakit dada (Heart attack/ severe chest pain) • Mengalami kesukaran bernafas (Breathing di_culty) • Mengalami pendarMajlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201609/09365Lulus05/09/201605/09/201613:51:04
promosi24577/2017Promosi “Sempena Penambahan Mesin Scan Ultrasound Teknologi Terbaru”!!! Pengimbasan Umum Badan: Tiroid, Hati, Pundi Hempedu, Pankreas, Limpa, Buah Pinggang Lelaki: Pundi Kencing, Prostat, Skrotum Perempuan: Rahim, Ovari, Buah Dada PengimbasMajlis Daerah SegamatMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201705/13665Lulus27/04/201702/05/201708:20:36

Kembali ke atas