Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ngan] | دڠن

Definisi : 1. (ber)serta, bersama, disertai (oleh), ditemani (oleh): saya pergi menonton wayang ~ adik saya; seorang tua ~ anaknya sekali telah mati terbunuh; 2. kata yg digunakan utk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan (dicapai dll) atau alat dsb yg digunakan: Ahmad membelah durian ~ parang; kerja ini dapat diselesaikan ~ kerjasama yg erat drpd semua pihak; me­nambah ilmu pengetahuan ~ membaca; 3. melawan, menentang: bergaduh ~ adiknya; berperang ~ musuh; 4. kata yg menunjukkan atau menyatakan keadaan (gaya dsb): Ahmad menerima hadiah itu ~ terketar-ketar; men­jerit ~ sekuat hati; menghadapi masalah ~ tenang; 5. oleh, kerana, atas; ~ nama Allah atas nama Allah; ~ yg demikian oleh yg demikian; 6. kata utk menyatakan hubungan kesesuaian (ke­cocokan, keselarasan, dsb): tindakan yg diambil sesuai ~ keadaan; sependapat ~ saya; 7. kata yg menjelaskan sesuatu perolehan (pencapaian dsb): ramai pelajar yg lulus ~ mendapat gred dua; 8. kata yg menunjukkan tumpuan sesuatu perbuatan (sikap, pernyataan, dll): Sukor akan ber­bincang ~ dia sebelum membuat keputusan; barangkali demikian juga halnya ~ cerpen-cerpen di dlm Rintisan; 9. bp pada: ~ dia semua boleh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ngan] | دڠن

Definisi : 1. sl sahabat, kawan, teman; 2. Mn, sl hamba, sahaya: Datuk Bendahara itu banyak sungguh ~nya; 3. sl saya, aku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ngan] | دڠن

Definisi : 1 bersama; berserta: Bapanya mengambil parang ~ cangkul lalu pergi ke kebun. 2 memakai atau menggunakan (sesuatu alat): Dia membelah kayu ~ kapak. 3 kata yg menunjukkan atau menyatakan keadaan dll: Ali menerima berita itu ~ sedih dan pilu. Dia lulus ~ mendapat markah tertinggi. 4 oleh; kerana; atas: ~ yg demikian, barulah ia mahu pergi ke sekolah. 5 sama; serupa: Dia sependapat ~ saya. 6 melawan; menentang: Askar-askar itu berperang ~ musuh. Ali bergaduh ~ Ahmad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dengan

Puisi
 

Soldadu bercampur dengan lokan,
     Rambutan bercampur dengan pulasan;
Kera lotong tak lalu makan,
     Tupai membawa diri di dahan.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Air tuba dibalas dengan air susu.

Bermaksud :

Kejahatan dibalas dengan kebaikan. (Bandingkan dengan: Air susu dibalas dengan air tuba).

 

Lihat selanjutnya...(745)

20

A barking dog never bites

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Lembu sondol, lembu dongkol

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. " Lembu sondol, lembu dongkol ," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Pembelian dengan pembelian15738/2017Pembelian dengan Pembelian Dengan setiap pembelian RM80 dan keatas RM7.99 Harga Asal RM19.99 JIMAT RM12Pihak Berkuasa TempatanKedai/Pusat Beli-BelahTiadaDBP/KPB/201703/17832Lulus21/03/201722/03/201709:25:15
Pembelian dengan pembelian50972/2016PEMBELIAN DENGAN PEMBELIAN Dengan setiap pembelian RM80 dan ke atas dalam 1 resit tunggal. JIMAT RM30 RM19.99 HARGA ASAL RM49.99 *Tertakluk pada terma dan syarat *Sementara stok masih adaPihak Berkuasa TempatanHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201610/13497Lulus19/10/201619/10/201613:51:13
Menang dengan setiap pembelian bersempena dengan hari raya25297/2017Bermula 27/5/2017 sehingga 30/6/2017 Mari! Mari! Mari! Datang ke S.I.M MOTOR ACCESORIES SDN. BHD. Beramai-ramai untuk memenangi wang tunai & hadiah dengan keseluruhan RM 10,000.00 (Tertakluk kepada terma & syarat) S.I.M MOTOR ACCESSORIES SDN. BHD. @Majlis Daerah SegamatMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201704/19045Lulus26/04/201728/04/201716:01:07
Menang dengan setiap pembelian bersempena dengan hari raya24458/2017Bermula 27/5/2017 sehingga 30/6/2017 Mari! Mari! Mari! Datang ke S.I.M MOTOR ACCESORIES SDN. BHD. Beramai-ramai untuk memenangi wang tunai & hadiah dengan keseluruhan RM 10,000.00 (Tertakluk kepada terma & syarat) S.I.M MOTOR ACCESSORIES SDN. BHD. @Majlis Daerah RompinMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201704/18766Lulus26/04/201727/04/201711:55:36
Tronexus40459/20161. Jadilah Bos 2. Dengan Kerjasama dengan Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia 3. Powered By 4. Customer CarelineMajlis Perbandaran Johor Bahru TengahHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201608/10656Lulus17/08/201618/08/201607:51:43
SHINJUKU MENU BARU19395/2017Memperkenalkan 30 menu baru dengan tawaran istimewa. Dengan pembelian RM50, anda akan dapat menikmati mini sashimi dengan percuma.Majlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201704/14760Lulus06/04/201707/04/201709:21:11
JUALAN HARI RAYA AIDILFITRI 6.6.2016-5.7.201623779/2016DENGAN PEMBELIAN JUMLAH TERTENTU (DENGAN RESIT TUNGGAL PADA HARI TERSEBUT)DI TINGKAT 1 DAN 2 .ANDA LAYAK MENEBUS HADIAH PERAYAAN DENGAN PERCUMA tertakluk pada terma dan syarat .sementara stok masih ada PEMBELIAN RM50 PERCUMA SAMPUL HARI RAYA PEMBELMajlis Perbandaran Port DicksonMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201605/11311Lulus17/05/201618/05/201608:07:36
Lion Group7581/2017Tukar dengan kepada huruf kecil (dengan Kehijauan)Majlis Bandaraya Melaka BersejarahPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201702/12498Lulus17/02/201720/02/201708:44:06
Saya Suka Ke Sekolah60011/2016Saya Suka Ke Sekolah PERCUMA RM80 dan ke atas 1 set alat tulis *untuk pembelian produk sekolah sahaja. PEMBELIAN DENGAN PEMBELIAN Dengan setiap pembelian RM80 dan ke atas dalam 1 resit tunggal RM4.99 Harga Asal RM 6.99 RM19.99 Harga AsMajlis Perbandaran KuantanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201611/15163Lulus29/11/201630/11/201609:39:28
Saya Suka Ke Sekolah56769/2016Saya Suka Ke Sekolah PERCUMA RM80 dan ke atas 1 set alat tulis *untuk pembelian produk sekolah sahaja. PEMBELIAN DENGAN PEMBELIAN Dengan setiap pembelian RM80 dan ke atas dalam 1 resit tunggal RM4.99 Harga Asal RM 6.99 RM19.99 Harga AsPihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201611/12829Lulus13/11/201616/11/201616:36:14
12345678910...

Kembali ke atas