Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tanda yg panjang halus yg dibuat pd sesuatu permukaan, garisan: melukis dr ~ A ke ~ B; 2. calar: ~-~ di badannya masih kelihatan akibat kena rotan; 3. kedut pd kulit muka; 4. tanda yg panjang halus pd tapak tangan; 5. (dlm beberapa permainan) tanda yg dibuat utk membatasi gelanggang atau bahagian-bahagiannya, garisan; 6. baris pertahanan (kubu dll), garisan: pasukannya dapat menembusi ~ pertahanan musuh; 7. had, batas, ketentuan: kita harus menunaikan tugas kita menurut ~-~ yg telah ditentukan;~ akhir baris penghabisan dlm perlumbaan; ~ bahagi garis yg membahagi dua sesuatu sudut; ~ belakang barisan yg tidak terlibat langsung dlm medan perang; ~-~ besar perkara-perkara yg mustahak; ~ depan a) barisan yg paling depan; b) garis pertahanan yg menghadapi musuh; ~ haluan = ~ panduan panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan; ~ miring garis yg condong ke bawah dan menyerong; ~ pemisah garis (batas, sempadan, panduan) yg memisahkan sesuatu dgn yg lain; ~ pusat garis yg menerusi pusat dan disempadankan oleh lilitan bulatan; ~ rentas garis yg menghubungkan dua titik pd bulatan; ~ sendeng (Mat) hipotenus; ~ sentuh garis yg menyentuh suatu titik pd lilitan bulatan; ~ singgung garis yg bersentuhan (terlalu rapat); ~ tegak garis lurus yg membuat sudut 90° dgn garis yg lain; ~ tengah Id garis pusat; bergaris mempunyai garis: kad ~;bergaris-garis banyak garisnya; menggaris membuat garis; menggariskan 1. membuat garis pd (sesuatu), menandakan (sesuatu) dgn garis: ~ perkataan-perkataan yg dieja salah; 2. menyatakan aspek-aspek atau ciri-ciri utama sesuatu (biasanya secara am atau tidak terperinci): Rancangan Malaysia Kelima ~ beberapa dasar, strategi, dan program utama; garisan 1. tanda yg halus panjang pd sesuatu permukaan yg tidak ada tebalnya dan lebarnya, garis: beberapa ~ berwarna hijau terdapat pd kertas itu; 2. coret panjang yg dibuat utk menandai batas atau sempadan, garis: dia menendang bola itu keluar ~; 3. barisan kubu utk bertahan, deretan benteng utk mempertahankan kawasan yg dikuasai, garis: pasukan komando kita telah berjaya menawan ~ musuh; ~ bujur (Geog) garis di peta dr kutub utara sampai ke kutub selatan; ~ lintang (Geog) garis di peta yg selari dgn khatulistiwa;~ penamat garis yg menandakan tempat berakhirnya perlumbaan; ~ pusat garis pusat; ~ rentas garis rentas; ~ sejajar = ~ selari dua garis yg sama jarak antaranya;penggaris = kayu ~ kayu berskala utk membuat garis atau mengukur panjang garis dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata garis I

Peribahasa

Sumbing melalui (= meluaki),
     retak melampaui tara (= garis).

Bermaksud :

Perbuatan yang sudah melampaui batas. (Peribahasa lain yang sama makna: Retak melampaui tara [= garis]).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Promosi34819/2015Promosi RAWATAN KRISTAL HYPEROXIA 高氧水晶疗程 • Keberkesanan cepat 功效有光泽 • Perubahan kulit menjadi halus 皮肤细嫩改 • Memperbaiki liang pada muka 善毛孔粗大 • Menghilangkan bintik hitam 改善黑黄皮肤 • Mengurangkan garis-garis halus 减少细纹 Hanya RM 68 Harga Asal RM 288Majlis Perbandaran MuarKosmetikTiadaDBP/KPB/201509/06380Lulus03/09/201509/09/201508:04:52
Banting51460/2016Logo Asia Pacific Awards adalah trademark antarabangsa. Ikut garis panduan, kita tidak boleh tukar namanya ke BM. Terima Kasih.Majlis Perbandaran KuantanPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201610/13776Lulus18/10/201620/10/201611:02:55
Balau Rides50794/2015Iklan bagi papan tanda telah dikemaskini mengikut garis panduan yang dibenarkan.Lembaga Bandaran Johor TenggaraHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201512/08517Lulus16/12/201516/12/201515:37:05
Tadika Seri Nobel PLT57098/2016Ketiga-tiga iklan ini adalah letak pada premise sama dan disambungkan sekali. Tetapi kerana size terhad dalam computer file, maka kena diasingkan kepada 3 garis. Oleh itu submit sebagai satu iklan.Majlis Perbandaran Subang JayaPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201611/12883Lulus14/11/201616/11/201618:03:15
huan le resources24090/2017sila rujuk lampiran. semua perkataan dalam Bahasa Mandarin itu sudah di terjemahkan dalam Bahasa Malaysia. seperti Perkhidmatan sewaan dan transit, dan penjual alat tulis itu merupakan terjemahan bagi ayat dalam B.Mandarin dalam garis kuning.Majlis Perbandaran KluangHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201704/18039Lulus20/04/201721/04/201716:50:40

Kembali ke atas