Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.la.man] | هلامن

Definisi : 1. perkarangan rumah, tanah (kawasan lapang) di hadapan rumah; kam­pung ~ kampung tempat kelahiran; 2. muka buku (majalah, surat khabar, dll): berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini; ~ kanak-kanak ruangan (muka berita dll) khas utk kanak-kanak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.la.man] | هلامن

Definisi : 1 tanah lapang di hadapan rumah; pekarangan rumah: Ali bermain mercun di ~ rumahnya. 2 muka surat di dlm buku, majalah, surat khabar dll: Berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
halaman (kata nama)
1. Bersinonim dengan pekarangan rumah: laman, taman,

2. Bersinonim dengan muka surat.


Puisi
 

Serai serumpun tengah halaman,
     Tempatlah murai berulang mandi;
Tinggal kampung tinggal laman,
     Tinggal laman tempatnya mandi.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Bersihkan halaman sendiri dulu,
     baru bersihkan halaman orang.

Bermaksud :

Betulkan diri sendiri dulu baru boleh membetulkan diri orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
CADANGAN SKIM PERUMAHAN DAN PERNIAGAAN DI LOT 867, MUKIM BATU KURAU, DAERAH LARUT MATANG, PERAK DARUL RIDZUAN UNTUK HALAMAN UNIK SDN.BHD.31790/2016DIPILIH OLEH PEMAJU HALAMAN UNIK SDN BHDMajlis Perbandaran TaipingHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201606/14059Lulus29/06/201630/06/201607:46:57
Halaman Pengkalan Indah (Ipoh)23808/2017TiadaMajlis Bandaraya IpohPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201704/18148Lulus21/04/201725/04/201709:29:15
Ridgefield Residences34875/2016Halaman Seluas 25 kaki Berhadapan Taman Linear 80 kaki Berpagar dan Berpengawal Harga daripada Rm633,000Majlis Perbandaran KajangPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201607/11086Lulus20/07/201621/07/201609:03:31
Ridgefield Residences34798/2016Vila Bandar. 25' x 85' Halaman Seluas 25 kaki Berhadapan Taman Linear 80 kaki Berpagar dan Berpengawal Harga daripada Rm633,000Majlis Perbandaran KajangPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201607/11388Lulus22/07/201622/07/201615:36:21
Kwasa Damansara Hijau24046/2017Untuk kesokan hari yang lebih "hijau" 10 ekar halaman hijauMajlis Bandaraya Shah AlamMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201704/18457Lulus25/04/201726/04/201709:31:14
Apex Hoarding -528374/2015- Hak milik kekal - Kuasa untuk berjaya dalam perindustrian - Halaman hadapan kaca / siling dan tingkap tinggi / jalan masuk utama 66 kaki - Internet berkelajuan tinggi / kilang pelbagai ungsiMajlis Bandaraya Johor BahruPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201507/08072Lulus16/07/201522/07/201508:23:23

Kembali ke atas