Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; ~ tangan (bkn surat dsb) tidak dihantar melalui pos tetapi dihantar melalui orang (pembawa dsb); berhantar diiringi, dikawani, ditemani; datang tak berjemput, pulang tak ~ prb perihal orang yg tidak diendahkan; menghantar 1. mengiringkan (membawa, mengawal, mengawani, menemani) seseorang ke sesuatu tempat tertentu dan mening­galkannya di situ: setiap hari ayah ~ kami ke sekolah dgn keretanya; 2. membawa atau menyebabkan bergerak dr satu tempat ke tempat lain, mengalirkan: pam jantung di sebelah kanan ~ darah masuk ke dlm paru-paru melalui salur nadi; 3. menyampaikan surat (kad jemputan, laporan, dsb) melalui alat perhubungan (spt pos, telegraf, dsb), mengirim: dia ~ surat kpd ayahnya setiap bulan; 4. membawa utk diberikan (disampai­kan) kpd seseorang dsb: dia datang ke rumah ~ surat itu; 5. membawa ke sesuatu tempat (utk tujuan tertentu): ~ manusia ke bulan; ~ kereta ke bengkel utk dibaiki; 6. menyertakan sesuatu (utk dipertandingkan dsb): dlm pertandingan itu, Ramli ~ dua buah lukis­annya; 7. membiayai pelajaran dsb, mema­sukkan (ke sekolah dsb yg tertentu): kerajaan telah ~ ramai pelajar bumiputera ke luar negeri; ~ anaknya ke sekolah aliran Melayu; 8. menyuruh (mengarahkan, me­min­ta, me­maksa, dsb) pergi ke sesuatu tempat (utk melaksanakan sesuatu tugas dsb): ~ bala tentera ke sempadan; ~ perwakilan ke sesuatu persidangan; 9. menendang (membaling, memukul) bola ke sesuatu tempat atau kpd seseorang pemain lain (dlm permainan bola sepak, hoki, badminton, dll): Hassan ~ bola ke pintu gol; ~ cincin = ~ tanda membawa (memberi, mengirim) cincin utk tanda pertunangan; hantar-menghantar 1. saling menghantar, kirim-mengirim, beri-memberi: setiap Hari Raya kami saling ~ kuih dan hadiah; 2. ark berturut-turut tetapi tidak teratur antaranya: ia masih hidup kerana nafasnya ~; menghantari membawa utk diberikan kpd, mengirimi: maka dihantari baginda rakyat dan gajah kuda tidak terpermanai banyak­nya; suaminya tidak ~nya surat; menghantarkan = menghantar; hantaran 1. sesuatu yg dihantar (dikirim), kiriman: petani-petani sambilan ini mungkin mendapat ~ drpd anak dan ahli keluarga yg melakukan migrasi; 2. = ~ kahwin = wang ~ wang yg dihantar oleh pihak lelaki kpd bakal mentua utk perbelanjaan perkahwinan, belan­ja hangus; 3. (dlm majlis perkahwinan orang Melayu) hadiah (berupa makanan, pakaian, dsb) yg dibawa bersama wang hantaran: pihak pengantin lelaki membawa tujuh dulang ~; 4. (dlm permainan bola sepak dll) tendangan (balingan dsb) bola ke sesuatu tempat atau kpd pemain lain: ~nya tidak sampai kpd kawannya; penghantaran perihal (perbuatan, kerja) menghantar (mengirim dll); penghantar 1. orang yg menghantar (me­ngirim) surat dsb; 2. orang yg membawa se­suatu utk diberikan (disampaikan) ke sesuatu tempat atau kpd seseorang, pembawa: ~ surat khabar; ~ pos (surat) Id posmen; 3. orang yg membuka mesyuarat (pembicaraan dll); 4. alat utk menghantar; 5. = pengantar pan­dangan umum yg ringkas tentang isi buku, ceramah, dll; kata ~ prakata; 6. = pengantar sesuatu (bahasa) yg digunakan utk me­nyam­paikan maklumat, spt ilmu pengetahuan dll: bermula pd tahun 1982, bahasa Melayu telah digunakan sbg bahasa ~ pendidikan di peringkat sekolah menengah; berpenghantarkan, berpengantarkan me­ng­­­­guna­kan sesuatu (bahasa) sbg penghantar: kanak-kanak itu belajar di sekolah yg ~ ba­hasa ibundanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hantar
Kata Terbitan : berhantar, menghantar, hantar-menghantar, hantaran, penghantaran, penghantar,

Puisi
 

Nak dulang kubagi dulang,
     Dulang bekas hantar bertih;
Nak pulang kubagi pulang,
     Pulang cik tuan gajah putih pulang


Lihat selanjutnya...(9)

Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Hairlink Hair dan Beauty27558/2017hantar di 6/5/2017 sila mendapatkan kelulusan,hantar semula di 11/05/2017 terima kasihDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201705/15702Lulus11/05/201712/05/201708:28:40
Hairlink Hair dan Beauty27557/2017hantar di 6/5/2017 sila mendapatkan kelulusan,hantar semula di 11/05/2017 terima kasihDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201705/15701Lulus11/05/201712/05/201708:28:15
Peluang Pekerjaan33457/2016Peluang Pekerjaan Eksekutif Pramusaji Pramusaji Jururawat Terlatih Pembantu Dapur Pembantu Tukang Masak Pembantu Pengemasan Sila hantar resume melalui humanresource.petalingjaya@columbiaasia.com atau hantar ke alamat: Jabatan Sumber ManusiaMajlis Bandaraya Petaling JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201607/11094Lulus20/07/201621/07/201609:09:07
STEADFAST ADVISORY SIGNAGE29248/2016PEJABAT URUSAN STEADFAST ADVISORY Dimiliki oleh: Steadfast Advisory (M) Sdn. Bhd. (Nota: Encik / Cik, Saya sudah hantar 2 kali sebelum ini dan gambar boleh dibuka. Saya hantar sekali lagi. Sila buka file dengan Windows Photo VIewer atau, Photo GallerMajlis Perbandaran Subang JayaHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201606/11949Lulus14/06/201615/06/201609:10:27
WESTERN UNION19265/2015Hantar "DIRECT TO BANK" Sekarang Apabila menghantar melalui "DIRECT TO BANK", ia meliputi kebanyakan bank di Filipina yang hanya mengambil masa beberapa minit.Dewan Bandaraya Kuala LumpurPerbankanTiadaDBP/KPB/201505/07357Lulus19/05/201520/05/201511:53:10
WESTERN UNION19263/2015Hantar "DIRECT TO BANK" Sekarang Apabila menghantar melalui "DIRECT TO BANK", ia meliputi kebanyakan bank di Filipina yang hanya mengambil masa beberapa minit.Dewan Bandaraya Kuala LumpurPerbankanTiadaDBP/KPB/201505/07356Lulus19/05/201520/05/201511:52:45
kaprey exclusive collection31945/2017hantar di 25/05/17 sila memdapatkan kelulusan,betul di 31/05/17 sila mendapatkan kelulusan,PEMBETUL DI 01/06/2017Dewan Bandaraya Kuala LumpurButikTiadaDBP/KPB/201706/14398Lulus01/06/201701/06/201711:35:37
pusat kecantikan dan salun24676/2017hantar di 24/04/17 sila mendapatkan kelulusan,pembetulan di 29/04 terima kasihMajlis Perbandaran Ampang JayaSalunTiadaDBP/KPB/201705/13707Lulus29/04/201702/05/201709:38:02
restoran lafayette64002/2016hantar di 20/12/16 sila mendapatkan kelulusanMajlis Perbandaran SelayangMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201612/13000Lulus20/12/201621/12/201609:56:07
D'YANA32827/2014AKAN DIBUKA HANTAR KE UNTUK TAWARAN ISTIMEWA JARAK 27 DISEMBER 2014 NAMAMajlis Bandaraya Shah AlamPakaianTiadaDBP/KPB/201412/05871Lulus23/12/201426/12/201408:53:36
123456

Kembali ke atas