Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.rap] | هارڤ

Definisi : 1. sl hasrat (kehendak) utk mendapat sesuatu, hasrat supaya terjadi sesuatu: maka sekarang ~ beta sekalian orang besar masing-masing menjaga pekerjaannya; 2. = harap­lah hendaklah, mintalah, pohonlah: ~ mak­lum; ~ cemas bimbang (ragu-ragu, khuatir); ~ hati hasrat hati (keinginan hati); ~ putus (hilang) ~ berasa kecewa sama sekali, putus asa; harapkan harap akan; ~ anak buta mata sebelah, ~ teman buta kedua-duanya prb setiap pekerjaan harus diawasi sendiri (jangan diharapkan pd orang lain); ~ guruh di langit air di tempayan ditumpahkan prb melakukan pekerjaan yg tergesa-gesa maka rugi akibatnya (kehilangan barang yg sudah dimiliki); harap-harapan sentiasa berharap (menanti-nantikan), sentiasa rindu (akan); berharap berhasrat (dan sedia menunggu) utk mendapat sesuatu atau agar terjadi (terbit dsb) sesuatu, meminta (dgn sedikit sebanyak jangkaan) supaya terjadi sesuatu: janganlah pula kamu ~ yg doktor itu dapat mengubat penyakit kamu dgn serta-merta; berharapkan berharap akan: mereka ~ perlindungan, kasih sayang, dan pimpinan; mengharap, mengharapkan 1. berharap akan, menginginkan, menjangka akan men­dapat (memperoleh): kami sudah tidak dapat membeli beras dan sayur-sayuran lagi, ikan jangan diharap; rakyat ~ pimpinan drpd mereka yg dianggap pandai; 2. percaya akan, menggantungkan nasib dll kpd, mem­percayai: maka dukacitalah ia sebab kehi­lang­an orang yg diharapkannya; memang orang itu tidak boleh diharap; terharap-harap sentiasa mengharap(kan); ~ saja menjangka-jangka tetapi tidak mem­peroleh, tidak berjaya (kecewa); harapan 1. sesuatu atau seseorang yg diharap(kan): memang tidak ada ~ yg cita-citanya akan berjaya; 2. perihal mengharap­kan: ~nya utk mendapat bantuan telah hilang; 3. = orang ~ orang yg diharapkan (dipercayai), orang kepercayaan: hanyan orang tua itu ~nya; pemuda ~ bangsa pemuda yg diharap akan memimpin dan memajukan bangsa; membilang ~ terus berharap, tidak putus-putus harapan; penuh ~ besar harapan; Pulau H~ Id Pulau Sumatera; putus ~ putus harap; ~ hati harap hati; berharapan mempunyai harapan (yg besar); pengharapan hal atau perbuatan mengha­rap­kan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.rap] | هارڤ

Definisi : keinginan utk mendapat sesuatu; keinginan atau hasrat supaya terjadi sesuatu. berharap ingin utk mendapat sesuatu atau supaya terjadi sesuatu: Ibu bapanya ~ agar dia berjaya dlm peperiksaan itu. mengharapkan 1 berharap akan mendapat sesuatu atau berlakunya sesuatu; menghajati; mengingini: Dia tidak mahu mati di atas tilam, tetapi ~ mati syahid di medan perjuangan sbg pahlawan Islam. 2 percaya akan; menggantungkan nasib dll kpd: Memang orang itu tidak dpt diharapkan. terharap-harap selalu mengharapkan. harapan 1 orang atau sesuatu yg diharapkan: Dialah ~ gurunya kerana dia bijak, berani dan tegas. 2 hal berharap: Memang ada ~ bahawa cita-citanya akan tercapai. pengharapan perbuatan atau hal mengharapkan: ~ utk mendapat bantuan telah tidak ada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harap
Kata Terbitan : berharap, mengharapkan, terharap-harap, harapan,

Puisi
 

Harap-harap kelapa puan,
     Tidak puan kelapa bali;
Harap ke mari kepada tuan,
     Tuan nak tolak ke mana lagi.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Disuruh dituruti,
     berserah sekehendak hati.

Bermaksud :

Harap-harap percaya tidak.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
LRSS Car wash65211/2016harap maaf diatas pertanya ini. di kawasan kulai kebanyakan car wash mengunakan bahasa english dalam signbroad. coustmer saya tanya kenapa tak boleh..harap faham terima kasihMencuci KeretaMajlis Bandaraya Johor BahruHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201612/14165Lulus29/12/201630/12/201608:45:12
SNIPS Hair Salon21943/2015Harap maklum itu SNIPS & SALUN RAMBUT MUSLIMAH adalah dalam satu design sebagai satu logo. Sebelum ni MPJBT telah pesan bahawa salun ini hanya boleh tulis keriting rambut atau gunting rambut sahaja, dandanan rambut adalah untuk bridal. Harap Maklum.Majlis Perbandaran Johor Bahru TengahPenjagaan Diri dan KesihatanTiadaDBP/KPB/201506/07078Lulus10/06/201510/06/201515:34:19
HARAP KUANTAN33087/2014TiadaMajlis Perbandaran KuantanPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201412/06083Lulus29/12/201430/12/201408:48:15
PENDAFTARAN 201756768/2016Harap pihak dapat meluluskan pemohonan saya secepat mungkin. Banyak terima kasih ke atas kejarsama daripada pihak. Semoga pihak maju dan sejahtera.Majlis Perbandaran KluangPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201611/12828Lulus13/11/201616/11/201616:20:38
Hari Terbuka2390/2015Harap mendapat pengesahan segera dari pihak DBP. Sekian, Terima kasih.Majlis Bandaraya Johor BahruMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201501/06355Lulus26/01/201526/01/201510:58:38
RUI Pillar Wrap3565/2014Harap mendapat pengesahan segera dari pihak DBP. Sekian terima kasih.Majlis Bandaraya Johor BahruPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201402/04189Lulus26/02/201427/02/201409:15:12
RUI Pillar Wrap3563/2014Harap mendapat pengesahan segera dari pihak DBP. Sekian terima kasih.Majlis Bandaraya Johor BahruPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201402/04194Lulus26/02/201427/02/201409:21:33
RUI Pillar Wrap3562/2014Harap mendapat pengesahan segera dari pihak DBP. Sekian terima kasih.Majlis Bandaraya Johor BahruPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201402/04197Lulus26/02/201427/02/201409:22:46
RUI Pillar Wrap3561/2014Harap mendapat pengesahan segera dari pihak DBP. Sekian terima kasih.Majlis Bandaraya Johor BahruPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201402/04198Lulus26/02/201427/02/201409:23:36
RUI - BANNER HARI TERBUKA NEW56581/2016Harap dapat pengesahan dengan segera dari pihak DBP. Sekian terima kasih.Majlis Bandaraya Johor BahruPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201611/12472Lulus11/11/201615/11/201613:37:49
12345678

Kembali ke atas